Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.la.mat]/[Öa.la.mat] | علامت

Definisi : 1. sesuatu yg dianggap (ditafsirkan dsb) sbg menandakan bahawa sesuatu kejadian dll yg baik atau buruk akan berlaku, tanda, pertanda: dia merasakan bahawa mimpinya itu memberinya sesuatu ~; 2. sl matlamat, sasaran, bulan-bulan, tumpuan: beberapa kali ia menembak ~ itu tetapi tidak kena; 3. butir keterangan (spt nombor rumah, nama jalan, nama bandar, dll) yg menunjukkan tempat tinggal seseorang: pastikan bahawa ~ penerima surat itu telah dituliskan dgn terang dan lengkap pd sampul surat; 4. (Komp) kod pengenalan unik yg digunakan sbg nama atau tanda kedudukan ingatan, daftar, dll dlm sesuatu sistem komputer; 5. ark nama buku dll: ~ buku ini dituliskan dgn huruf besar; 6. bermakna bahawa, menandakan, menunjuk­kan: burung berkicau ~ hari nak siang; ~ tunduk bendera putih tanda menyerah (kalah); alamatnya tandanya: jika ada negara yg mengatur rancangan perangnya sendiri, ~ pakatan itu tidak akan mencapai tujuan bersama; beralamat 1. mempunyai alamat, memberi­kan tanda (pertanda): mimpi yg ~ buruk; awan gelap biasanya ~ turunnya hujan; 2. mempunyai matlamat (sasaran, tumpuan); menembak ~, berkata bertujuan prb tiap per­buatan harus ada maksudnya; 3. mempunyai atau bertulis dgn alamat (keterangan tempat tinggal): setiap sampul surat hendaklah ~ dgn terang dan bersetem; mengalamati membubuh alamat pd: ~ surat; mengalamatkan 1. menunjukkan alamat (tanda), memberi tanda bahawa: matahari telah condong ke barat sbg ~ hari sudah petang; 2. menujukan (surat dll): ~ surat kpd ahli-ahli pertubuhan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.la.mat]/[Öa.la.mat] | علامت

Definisi : 1 butir-butir keterangan spt nama tempat, nama jalan, nombor rumah, poskod utk menunjukkan tempat tinggal seseorang: Dia sudah berpindah tetapi saya tidak tahu akan ~ barunya. 2 sesuatu yg menjadi tanda akan berlakunya sesuatu; tanda: Hari mendung ~ akan hujan. beralamat ada alamatnya: Surat ini belum ~. mengalamati membubuh alamat pd: ~ surat. mengalamatkan 1 mengirim sesuatu menurut alamat; menujukan: Dia telah ~ surat itu kpd adiknya di kampung. 2 memberi tanda; menunjukkan: Fajar sidik ~ bahawa waktu subuh sudah masuk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata alamat

Puisi
 

Sayang Encik Ahmad menikam Rahmat,
     Kembang melur kuntum melati;
Minta alamat syukur selamat,
     Di dalam telur lagi nanti.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Jika terjamah benda bertuan,
     alamat nyawa akan melayang.

Bermaksud :

Orang yang mengganggu rumah tangga orang lain tak dapat tiada akan menerima akibatnya.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
quad-precisionkepersisan berganda empatTeknologi MaklumatPerisianFormat pernomboran dalam komputer yang memenuhi empat lokasi storan dalam ingatan komputer pada alamat, alamat+1, alamat+2 dan alamat+3. Nombor kepersisan berganda empat juga dikenali sebagai kuad yang boleh ditakrifkan sebagai integer, titik tetap atau titik terapung. Dalam piawaian IEEE 754-2008, format 128 bit dirujuk secara rasmi sebagai binari 128. Contoh nombor kepersisan berganda empat adalah seperti yang berikut: 3fff 0000 0000 0000 0000 0000 0000 0000 = 1 c000 0000 0000 0000 0000 0000 0000 0000 = -2 7ffe ffff ffff ffff ffff ffff ffff ffff ~ 1.189731495357231765085759326628007 x 104932 3ffd 5555 5555 5555 5555 5555 5555 5555 ~ 1/3
IP addressalamat IPTeknologi MaklumatTiadaAlamat yang diumpukkan kepada setiap subrangkaian, domain, dan nod komputer dalam Internet. Setiap subrangkaian, domain, dan nod komputer akan mempunyai alamat IP yang unik. Alamat IP ini dianalogikan sebagai alamat rumah bagi membolehkan data dihantar ke komputer destinasi yang tepat. Alamat IP diungkapkan dalam bentuk XXX.XXX.XXX.XXX dengan X adalah sebarang nombor antara 0 hingga 9, serta setiap tiga digit XXX adalah sebarang nombor antara 001 hingga 256. setiap XXX diwakili oleh 8 bit dan keseluruhan alamat IP diwakili oleh 32 bit. Ungkapan XXX.XXX.XXX.XXX juga dikenali sebagai “4 nombor berdot” atau “kuad berdot”. Contohnya alamat IP adalah 202.185.39.218 yang setara dengan 11001010. 10111001. 00100111. 11011010. Digit 202 merujuk kepada kelas Internet (Kelas C). Digit 185 merujuk kepada domain rangkaian. Digit 39 Alamat IP dibahagikan kepada beberapa kelas hierarki dengan melihat 4 bit pertama alamat IP iaitu:Kelas A : alamat yang bermula dengan 0xxx, atau nombor 1 hingga 126. * Kelas B : alamat yang bermula dengan 10xx, atau nombor 128 hingga 191 * Kelas C : alamat yang bermula dengan 110x, atau nombor 192 hingga 223 * Kelas D : alamat yang bermula dengan 1110, atau nombor 224 hingga 239. Alamat kelas ini digunakan untuk multisiar. * Kelas E : alamat yang bermula dengan 1111, atau nombor 240 hingga 254. Alamat ini disimpan untuk kegunaan masa akan datang dan tidak boleh digunakan untuk alamat hos. Alamat IP 32-bit menghasilkan 4,294,967,296 alamat (232). Bagaimanapun ini masih tidak mencukupi. Alamat IP yang baru kini berasaskan kepada IPv6.yang berasaskan kepada 128 bit (berbanding kepada yang berasaskan 32 bit) dan boleh menghasilkan kepada 2 128 alamat IP yang berbeza.
ghost-formbentuk bayanganKesusasteraanTiadaTanda-tanda yang kelihatan sebagai bukti kepada satu kejadian yang akan berlaku. Contoh: alamat-alamat yang terjadi sewaktu kelahiran seseorang tokoh seperti kelahiran Raden Inukartapati dalam Panji Melayu di mana bulan terang-benderang, angin sepoi-sepoi bahasa, istana raja patah puncaknya dan sebagainya yang membawa petunjuk bahawa tokoh tersebut akan menjadi seorang yang terbilang kemudiannya.
Address Resolution ProtocolProtokol Peleraian AlamatTeknologi MaklumatTiadaProtokol TCP/IP untuk menentukan alamat perkakasan atau alamat fizikal bagi suatu nod dalam rangkaian kawasan setempat yang terhubung kepada Internet hanya apabila alamat IP atau alamat logik diketahui.
RARP (reverse address resolution protocol)RARP (protokol peleraian alamat songsang)Teknologi MaklumatTiadaProtokol TCP/IP untuk menentukan alamat IP atau alamat logik dalam LAN yang dihubungkan ke Internet apabila alamat perkakasan (atau alamat fizikal) sahaja diketahui.
access addressalamat capaianTeknologi MaklumatPerisianAlamat yang disediakan dalam ruang ingatan komputer bergantung pada bilangan bit alamat bas. Sekiranya saiz alamat bas ialah 20 bit, maka alamat yang boleh dicapai adalah daripada 00000H hingga FFFFFH atau dalam perpuluhan daripada 0 megabait hingga 1 megabait.
address resolutionpeleraian alamatTeknologi MaklumatTiadaPenukaran alamat internet kepada alamat fizikal yang sepadan.
redirection requestpermohonan ubah alamatPentadbiran PerniagaanTiadaPermohonan untuk mengubah alamat lama ke alamat baru.
DAT (dynamic address translator)DAT (penterjemah alamat dinamik)Teknologi MaklumatTiadaLitar perkakasan yang menukar alamat ingatan maya kepada alamat sebenar.
protocol addressalamat protokolTeknologi MaklumatTiadaAlamat numerik yang diberikan kepada pelayan dan pengguna yang mencapai Internet. Bagi pelayan, alamat protokol diterjemahkan ke dalam bentuk pelayan nama domain (DNS). Bagi pengguna, alamat protokol diberikan oleh Penyedia Perkhidmatan Internet (ISP)
12345678910...

Kembali ke atas