Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : tandanya: jika ada negara yg mengatur rancangan perangnya sendiri, ~ pakatan itu tidak akan mencapai tujuan bersama; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata alamatnya


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
salam bahagia. saya ingin membuat pertanyaan menggenai pengunaan perkataan PLAZA utk satu skim perniagaan. contohnya alamatnya seperti berikut: No. 10 - 4, Blok A, Plaza Prima, Jalan Tasik Prima 5/2, Taman Tasik Prima,’ 47100 Puchong, Selangor Darul Ehsan. dan mengenai penggunaan perkataan NOVA, contoh alamat spt berikut: No. 24A-1, Blok C, Pusat Perdagangan Nova, Jalan Tasik Prima 5/2, Taman Tasik Prima,’ 47100 Puchong, Selangor Darul Ehsan. sekian terima kasih.Dalam konteks yang saudara maksudkan plaza merujuk kompleks membeli-belah, "plaza prima" merujuk kompleks beli-belah yang mengandungi juga ruang perniagaan yang lain. Oleh itu, "plaza prima" ialah kata nama khas untuk tempat. Begitu juga dengan "Pusat Perdagangan Nova", untuk makluman saudara nova bermaksud bintang yang secara tiba-tiba saja bersinar terang tetapi kemudiannya beransur-ansur pudar semula, walau bagaimnapun kata ini boleh digunakan untuk penamaan tempat.Makna04.03.2009
Afif Abd Rahman 16:30 Terima kasih di atas maklum balas yang diberikan. Saya nak tanya lagi, sekiranya tempat kerja baru saya ini, boleh kah alamatnya ditulis dalam bentuk sebegini? (Buat masa ini masih belum ada alamat rasmi) Cawangan Penguatkuasa Farmasi Johor Utara d.a. Klinik Kesihatan Batu Pahat Jalan Kluang 83000 Batu Pahat Johor Untuk makluman, pejabat ini terletak di belakang klinik kesihatan batu pahat. (Bangunan berasingan). Terkma kasih.Seen by Afif Abd Rahman at 16:30Penggunaan alamat seperti di atas boleh digunakan. Terima kasih.Lain-lain09.11.2016
Assalamualaikum & Salam Sejahtera, Saya masih ingin bertanyakan tentang perkhabaran manuskrip saya. Saya ada menghantar manuskrip saya pada 16 JUN 2010 di alamat yang diberikan oleh Khidmat Nasihat DBP. Ini adalah Judul manuskrip dan alamatnya : 1. Ketua Editor, Bahagian Penerbitan Sastera, Tingkat 11, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Judul : 1. Kura-kura Yang Rajin 2. Persahabatan Sang Gajah, Sang Kancil dan Sang Semut 3. Dunia Azim 2. Ketua, Pusat penyelidikan dan Pengembangan Sastera Kanak-kanak dan Remaja ( PURNAMA ), Dewan Bahasa dan Pustaka, 50926 Kuala Lumpur. Judul : Buku cerita kanak-kanak : 1. Mari Dengar Cerita Kakak Nurul ( Siri 1, 2,3,4 ) SETELAH menghantar kesemua manuskrip itu, saya tidak mendapat sebarang maklum balas dari pihak DBP. Saya khuatir pihak DBP tidak menerima manuskrip saya. Saya menghantar manuskrip saya melalui Pos Ekspres. Harap dapat bantu saya. Saya ingin mengetahui status manuskrip saya itu. Jika ada sebarang kesulitan, bolehlah hubungi saya di : NAMA PENUH : NURUL FAREHAH BINTI JAAMAD ALAMAT : 1888-A, KM 8, JALAN HASHIM, KAMPUNG ALAI, 75460 MELAKA. NO.IC : 900521045508 NO. TEL : 0176665803 NO.RUMAH : 06-2680260Dimaklumkan bahawa manuskrip puan telah diterima dan sedang dinilai. Kami akan memaklumkan keputusan penilaian tersebut pada minggu hadapan. Lain-lain18.08.2010
Adakah kamus dwibahasa Inggeris-Melayu masih disenaraikan di dalam perkhidmatan elektronik DBP? Pautan ke perkhidmatan tersebut tidak lagi saya ketemui sejak laman DBP telah diperbaharui sejak kebelakangan ini. Fez.

tuan boleh menggunakan alamat berkenaan untuk mendapatkan perkhidmatan kamus elektronik. Alamatnya ialah:

www.karyanet.com.my   .Portal ini ialah meyediakan bahan rujukan elektronik dalam talian iaitu istilah, kamus, daftar ejaan dan lain-lain lagi. Terima kasih kerana menggunakan bahan terbitan DBP.

Lain-lain27.01.2008
Assalammualaikum tuan editor.saya ingin bertanya saya mempunyai kemahiran dalam mencipta sajak.bagaimana saya hendak menghantar sajak saya kepada dewan bahasa dan pustaka(DBP).boleh tak saya menjadi sebahagian daripada keluarga dewan bahasa dan pustaka?Adik boleh menghantar sajak-sajak adik ke Majalah Dewan Siswa dan majalah Tunas Cipta. Berikut alamatnya: Editor Tunas Cipta, Bahagian Majalah, Tingkat 20, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.Lain-lain25.07.2008
Salam, Saya ada soalan mengenai pernerbitan buku yang di terjemah. Saya ada berminat untuk menterjemah sebuah buku akademik. Siapa yg perlu sy hubungi dan prosedur yang sepatutnya. Terima kasihUntuk maluman, Dewan Bahasa dan Pustaka tidak mengendalikan lagi tugas menterjemah buku. Fungsi berkenaan telah diambil alih oleh Institut Terjemahan dan Buku Malaysia. Mohon tuan hubungi pihak yang berkenaan. Alamatnya ialah seperti yang berikut: Institut Terjemahan dan Buku Malaysia, Wisma ITBM, No. 2, Jalan 2/27E, Seksyen 10, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur.Lain-lain30.05.2013
bagaimana cara untuk menghantar artikel ke dalam majalah DBP, sama ada dewasa, pelita bahasa dan sebagainya? saya ada puis, artikel bahasa, komen.. dan apakah kriteria-kriteria yang melayakkan sesuatu karya itu diterbitkan di dalam sesuatu majalah? dan mengeai bayaran..Terima kasih kerana berminat menyumbangkan karya dalam majalah DBP. Karya seharusnya bertaip dua langkau, dikirim melalui e-mel , pos, atau faks dan alamatnya ada dinyatakan dalam majalah DBP. Setiap karya yang terbit memungkinkan penulisnya menerima honoraruim mengikut kadar DBP. Lain-lain22.07.2008

Kembali ke atas