Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata alami


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum. Apakah istilah bahasa Melayu yang setara dengan istilah bahasa Arab ini: (اِسْمُ الْعَلَمِ)? Adakah: (i) isim al-alami, (ii) isim al-alam, (iii) isim alami, (iv) isim alam, (v) kata nama al-alami, (vi) kata nama al-alam, (vii) kata nama alami, (viii) kata nama alam, (ix) kata nama semula jadi, atau (x) suatu istilah lain yang selain daripada yang disenaraikan di atas? Terima kasih.Soalan puan telah dihantar kepada pakar bahasa Arab untuk mendapatkan jawapan yang tepat.  Pihak DBP akan menghantar jawapan soalan puan ini sebaik menerima maklum balas daripada pakar.  Terima kasih.Makna04.05.2017
Alami Transformasi Perodua Memperkenalkan Perodua Sentral, cawangan utama pusat jualan dan servis terunggu Perodua. Alami khidmat jualan dan servis serba baru untuk kereta Perodua anda. Semuanya dalam satu di premis yang pertama seumpamanya. Di Perodua, kami memacu transformasi, kerana anda keutamaan kami. Untuk maklumat lanjut mengenai jualan atau servis, sila hubungi 03-79474600.Untuk mendapat sijil pengesahan bahasa,  sila klik "Khidmat Pengesahan Bahasa" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). Untuk kali pertama puan perlu mendaftar dahulu dan dapatkan kata laluan (password) yang dihantar kepada e-mel yang telah didaftarkan dan ikutilah tatacara yang seterusnya.Lain-lain09.04.2015
Nikmati ciri-ciri yang belum pernah anda alami yang membolehkan anda untuk mengurus dan menjejaki akaun bil anda dengan lebih baik. Soalan saya: menjejak atau menjejaki? Terima kasih.Berdasarkan contoh ayat yang diberi, perkataan yang betul ialah menjejaki.Tatabahasa06.09.2023
assalam, perlukan bantuan penggunaan ayat dibawah ini: "Alami suasana baharu di Perodua" Terima kasih atas kerjasama anda.Permohonan tuan telah diproses, sila kembali ke domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP".Lain-lain05.08.2015
assalam, perlukan bantuan penggunaan ayat dibawah ini: "Alami dunia baharu di Perodua" Terima kasih atas kerjasama anda.Permohonan tuan telah diproses, sila kembali ke domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP".Lain-lain05.08.2015
assalam, perlukan bantuan penggunaan ayat dibawah ini: "Alami dimensi baharu di Perodua" Terima kasih atas kerjasama anda.Permohonan tuan telah diproses, sila kembali ke domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP".Lain-lain05.08.2015
Adakah ada kemungkinan untuk saya mengalami kesan sampingan? Saya mengalami atau Saya Alami?Ayat yang betul ialah "Adakah kemungkinan saya mengalami kesan sampingan?" Tatabahasa21.03.2024
Salam & Selamat Pagi, Memohon pihak DBP untuk menyemak bahasa dalam text dibawah. Terima kasih. Alami Transformasi Baharu Perodua Nikmati servis tahap baharu mulai Mei 2015 iniUntuk pengesahan iklan, sila klik "Khidmat Pengesahan Bahasa" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). Untuk kali pertama puan perlu mendaftar dahulu dan dapatkan kata laluan (password) yang dihantar kepada e-mel yang telah didaftarkan dan ikutilah tatacara yang seterusnya.Lain-lain09.04.2015
Saya sedang menulis buku berkaitan natural farming. Apakah terjemahan yang paling cocok untuk natural farming? Adakah Pertanian Alami sebagaimana saudara kita, Indonesia terjemahkan?

Dalam data rujukan kami, belum terdapat padanan khusus bagi istilah “natural farming”.

Walau bagaimanapun, terdapat istilah dalam bidang pertanian iaitu “natural planting” yang dipadankan sebagai tanam semula jadi dan “commercial farming” yang dipadankan sebagai pertanian dagangan.

Oleh itu, cadangan kami bagi istilah “natural farming” ialah pertanian semula jadi.

Istilah09.10.2019
Apakah terjemahan terbaik untuk istilah natural farming? Hal ini kerana istilah pertanian organik tidak berapa tepat. Adakah sesuai diterjemahkan sebagai pertanian alami?Istilah  natural farming masih belum ada dalam pangkalan data kami, cadangan daripada pihak kami, terjemahan natural farming ialah perladangan, pertanian atau penternakan semula jadi mengikut kesesuaian konteks ayat yang ingin digunakan.Makna13.05.2019
123

Kembali ke atas