Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.la.miah]/[Öa.la.miah] | عالمية

Definisi : bersifat semula jadi, natural: undang-undang ~ yg tidak bertulis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata alamiah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1) Bagaimana translate "fruity baby powder" kepada BM? Adakan "bedak bayi beraroma buah-buahan" ? 2) "Natural" in BM ada kata ini?

Betul, padanan bahasa Melayu untuk “ "fruity baby powder" ialah bedak bayi beraroma buah-buahan.

Terdapat perkataan “natural” dalam bahasa Melayu yang sama maksud dengan semula jadi, alamiah dan penggunaan perkataan tersebut bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.

Makna23.02.2024
APAKAH MAKSUD BAHASA???

Saudara Suraya,

Perkataan bahasa bermaksud 1. sistem lambang bunyi suara yg dipakai sbg alat perhubungan dlm lingkungan satu kelompok manusia (antara seorang individu dgn individu yg lain dsb): ~ Melayu; ~ Tagalog; 2. percakapan yg baik, tingkah laku yg baik, sopan santun; kurang ~ kurang sopan; tidak tahu ~ tidak sopan santun; ~ alamiah = ~ tabii bahasa yg digunakan oleh manusia dlm keadaan semula jadi; ~ asing  bahasa selain bahasa ibunda, yg biasanya dipelajari secara formal atau sebaliknya.

Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 106. 

Makna12.02.2010

Kembali ke atas