Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.la.miah]/[Öa.la.miah] | عالمية

Definisi : bersifat semula jadi, natural: undang-undang ~ yg tidak bertulis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata alamiah


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SOLANDER, DANIEL CHARLES

Solander, Daniel Charles (1736–1782) ialah

ahli alamiah Sweden. Pada tahun 1768, ahli

alamiah Inggeris, Sir Joseph Banks mengupah

Solander sebagai pembantu saintifik dalam

pelayaran penjelajahan pertama James Cook.

Solander menjadi setiausaha dan pustakawan

Bank, dan bekerja dengannya dalam beberapa

buah projek sejarah alamiah.

UMUM 
MURRAY, SIR JOHN

Murray, Sir John (1841–1914) ialah ahli alamiah,

pengkaji laut dan peneroka laut dalam Britain. Dia

menjadi pakar mengkaji dasar laut. Dia ialah salah

seorang ahli alamiah yang menyertai ekspedisi

H.M.S. Challenger, yang membuat kajian saintifik di

dalam lautan dan dasar lautan pada tahun 1872

hingga tahun 1876. Kemudian, Murray mengedit 50

jilid laporan saintifik yang ditulis tentang ekspedisi

itu. Dia juga menulis The Depths of the Ocean (1912)

dan The Ocean (1913), dan tulisan itu dianggap

klasik dalam bidang tersebut. Murray lahir di

Kanada. Dia memperoleh ijazah dari University of

Edinburgh. Dia membuat kajian yang penting

tentang tasik-tasik di Scotland.

UMUM 
RAY, JOHN

Ray, John (1627–1705), ahli alamiah Inggeris,

yang dianggap sebagai pengasas zoologi

sistematik.

UMUM 
PERON, FRANÇOIS

Peron, François (1755–1810), ahli alamiah

Perancis. Dia ialah orang pertama yang menulis

perihal Orang Asli Tasmania.

UMUM 
MUIR, JOHN

Muir, John (1838–1914), penjelajah Amerika, ahli

alamiah, dan penulis, berkempen bagi

pemuliharaan tanah, air dan hutan di Amerika

Syarikat. Usahanya mempengaruhi Kongres untuk

meluluskan rang draf undang-undang Taman

Negara Yosemite pada tahun 1890, menubuhkan

Taman Negara Yosemite dan Sequoia. Muir

membantu memujuk Presiden Theodore Roosevelt

untuk menyediakan kawasan seluas 59 900 000

hektar untuk hutan simpan. Hutan redwood dekat

San Francisco dinamakan Muir Woods pada tahun

1908 sebagai menghargai jasanya.

UMUM 
DARWIN, CHARLES ROBERT

Darwin, Charles Robert (1809–1882), ahli

alamiah Inggeris yang terkenal kerana teorinya

tentang evolusi. Seperti beberapa ahli sains

sebelumnya, Darwin percaya bahawa, melalui

berjuta-juta tahun, kesemua spesies tumbuhan

dan haiwan melalui evolusi (berkembang secara

beransur-ansur) daripada keturunan yang sama.

UMUM 
MERENSKY, HANS

Merensky, Hans (1871–1952) ialah ahli geologi

dan ahli alamiah yang terkenal di Afrika Selatan.

Dia memberi sumbangan yang sangat bermakna

kepada pembangunan sumber asli negara tersebut.

UMUM 
MARAIS, EUGENE

Marais, Eugene (1871–1936) ialah wartawan dan

ahli alamiah Afrika Selatan. Hasil kerjanya yang

terkenal telah diterbitkan dalam bahasa Afrika.

UMUM 
MAETERLINCK, MAURICE

Maeterlinck, Maurice (1862–1949) ialah

dramatis, penyair (pemuisi), ahli alamiah, dan ahli

falsafah Belgium. Dia dianugerahi Hadiah Nobel

tahun 1911 bagi kesusasteraan. Karya sastera

Maeterlinck ialah karya simbolik dan falsafah. Dalam

cerita-ceritanya, Maeterlinck mencadangkan

mencari roh untuk kesempurnaan dan pemahaman

karyanya yang paling terkenal, The Blue Bird (1908)

merupakan cerita dongeng yang mengisahkan

seorang kanak-kanak mencari keseronokan di serata

tempat, tetapi akhirnya menemui keseronokan itu di

rumahnya sendiri. Drama-drama ringkasnya yang

lebih realistik, seperti The Blind dan The Intruder

(kedua-duanya pada tahun 1891), merupakan kisah

sedih yang menekankan keperluan mencari kasih

sayang dan kegembiraan dalam kehidupan sehari-hari.

Pelléas dan Mélisande (1893) ialah drama

simbolik tentang kekasih unggul yang musnah

kerana mencari kesempurnaan.

UMUM 
NORRIS, FRANK

Norris, Frank (1870–1902), novelis dan wartawan

Amerika dan pemimpin gerakan alamiah. Norris

percaya bahawa sesebuah novel harus berfungsi

untuk tujuan moral. “Novel dengan tujuan,” jelasnya,

“menarik perhatian orang ramai tentang tragedi dan

kepiluan orang lain” dan “membuktikan bahawa

ketidakadilan, jenayah, dan ketidaksamaan hak

memang wujud”.

UMUM 
12

Kembali ke atas