Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.lap] | الڤ

Definisi : Sl sopan, santun: lemah lembut ~ santun. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.lap] | الڤ

Definisi : ; mengalap Kd, Jw mengambil (mengait, menjolok) buah-buahan dgn galah yg mema­kai pisau atau kait di hujungnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata alap


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
alapalapMuzikTiada

Melodi tidak bermeter yang diimprovisasikan pada permulaan muzik klasik Hindustani di India Utara. Alap menunjukkan struktur dan perasaan raga. Alap dimainkan oleh alat melodi seperti sitar sebelum komposisi lagu bermula dan ti­dak diiringi alat dram. Di India Selatan, alap dikenali juga sebagai alapana. Alap dimainkan dalam alat melodi seperti vina.

alap (In)alapKesenianTiadaPengenalan lagu yang mempunyai irama bebas.
jorjorMuzikTiada

 Bahagian alap dalam muzik Hindustani apabila rentak mula dimainkan secara teratur. Pada permulaannya, alap dimainkan secara improvisasi tanpa meter tetap. Tempo alap juga menjadi lebih cepat pada bahagian jor. Lihat juga alap.

antaraantaraMuzikTiada

 Keratan kedua dalam bahagian karya yang dicipta dalam muzik Hindustani. Antara mengandungi lata yang tetap dan dimainkan selepas bahagian alap yang diimprovisasikan. Keratan pertama pula dinamai sthayi. Lihat juga chiz, khyal, dhrupad.

dhrupaddhrupadMuzikTiada

 Genre vokal Hindustani yang diiringi 12 bit, iaitu dhrupad tal. Dhrupad didahului alap yang panjang dan terdiri daripada empat bahagian iaitu sthayi, antara, san chari dan ab hog, Sinonim dhruvapada.

chizchizMuzikTiada

 Bahagian yang dicipta dalam muzik vokal khyal yang di­mainkan selepas bahagian alap yang diimprovisasikan. Chiz mengandungi tala yang tetap. Dalam muzik Hindustani, chiz terbahagi kepada dua bahagian, iaitu sthayi dan antara.

thumrithumriMuzikTiada

Genre vokal klasik ringan India Utara yang berasaskan teks romantik tentang Krishna. Thumri berasal dari Lucknow dan Benares di India Utara pada abad ke-19 dan diiringi alat har­monium, tambura, tabla dan sarangi. Melodi thumri menggunakan raga dan tala yang kurang kompleks daripada muzik klasik Hindustani yang lain dan improvisasi alap biasanya tidak diperkembang.

kritikritiMuzikTiada

 Genre muzik klasik Karnatak yang dicipta dan bermeter yang dipersembahkan dalam konsert klasik India Selatan. Tema lirik tentang kasih sayang dan jasa kepada dewa seperti Krishna, Govinda dan Keshava. Genre muzik ini menggunakan bahasa Telugu, Sanskrit atau Tamil. Kriti dipersembahkan selepas improvisasi alap dan dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu pallavi, anupallavi dan charanam.


Kembali ke atas