Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata alasannya


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, Soalan pertama: Antara berikut, yang manakah betul dan apakah alasannya? 1) Lebih kurang 70-80 peratus bumi diliputi air 2) Lebih kurang 70 peratus-80 peratus bumi diliputi air Soalan kedua: Perlukah kata sendi nama diulang dalam ayat berikut dan apakah alasannya? - Mereka akan bercuti ke Perak dan ke Sabah. - Dia menyiram pokok bunga pada waktu pagi dan pada waktu petang. - Murid-murid yang berada di perpustakaan dan di makmal komputer perlu menutup suis selepas menggunakannya.1. Lebih kurang 70- 80 peratus bumi diliputi air.
2. Mereka akan bercuti ke Perak dan Sabah.
3. Dia menyiram pokok bunga pada waktu pagi dan petang.
4. Murid-murid yang berada di perpustakaan dan makmal komputer perlu menutup suis selepas menggunakannya. 

Tidak perlu pengulangan kata kerana ayat tersebut sudah mantap.
Tatabahasa10.04.2013
Salam, s 1. Adakah penggunaan perkataan petender (merujuk kepada orang yang membeli tender) betul? Tolong juga jelaskan alasannya. 2. "Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk" Betulkan penggunaan ayat ini? 3. Bolehkan perkataan YBhg Dato' ditulis dengan jawatan? Contohnya Dato' Ali adalah seorang Naib Presiden. Bila kita menulis kepada Dato' Ali, bolehlah kita menulis YBhg Dato' Naib Presiden? 4. Betulkah penulisan ayat ini: "Penganjuran Majlis Makan Malam itu melibatkan kos sebanyak Ringgit Malaysia Enam Ribu sahaja (RM6,000.00)? Alasannya? 5. Dalam pembinaan ayat yang melibatkan angka, bagaimanakah ayat itu ditulis? Empat (4) orang penjenayah atau 4 (empat) orang penjenayah? Alasannya?

1. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, petender ialah orang (syarikat dsb) yg mendapat tender. Oleh itu pemahaman saudara itu betul. 

2. Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk adalah betul.

3. Ungkapan Yang Berbahagia digunakan sebagai sapaan sebelum nama gelaran bagi anugerah bintang atau pingat dan seumpamanya yang terletak di depan nama orang . Contohnya YBhg. Dato Ali, Naib Presiden Tenaga Nasional Berhad.

4. Ayat yang betul ialah Penganjuran Majlis Makan Malam itu melibatkan kos sebanyak RM6,000.00 sahaja. (Ringgit Malaysia: Enam Ribu). Ini merupakan cara penulisan yang standard.

5. Ayat yang betul ialah Empat orang penjenayah. Dalam sistem penomboran teks (ayat), angka 1- 9 perlu dieja penuh. Kekecualian hanya dalam penulisan data ataupun statistik yang menggunakan angka.  
 

Istilah14.02.2010
Adakah penggunaan "mencntoh" dan "mencontohi" dalam ayat-ayat di bawah betul/ Jika salah, apakah alasannya. Terima kasih a) Adik mencontohi gerak-geri kakak saya semasa menari. b) Adik mencontoh gerak geri kakak saya semasa menanri. c) Anak-anak akan mencontohi sikap baik ibu bapa mereka. d) Anak-anak akan mencontoh sikap baik ibu bapa mereka. e) Kanak-kanak harus mencontohi tabiat orang dewasa. Adakah penggunaan "mencntoh" dan "mencontohi" dalam ayat-ayat di atas betul. Jika salah, apakah alasannya. Terima kasih.Semua ayat yang menggunakan perkataan "mencontohi" betul,   manakala ayat yang menggunakan perkataan "mencontoh" salah.  Hal ini kerana perkataan "contoh" tidak menerima awalan Men- sahaja, tetapi harus diapit dengan men- dan ...-iLain-lain02.10.2014
Bolehkah tuan terangkan penggunaan dan alasannya: 1a. dijatuhi 1b. dijatuhkan 2a. menjatuhi 2b. menjatuhkan 3a. tertarik oleh 3b. tertarik dengan 4a. membeli 4b. membelikan 5a. atau 5b. ataupun 6a. menghindari 6b. menghindarkan1. Perkataan "menjatuhi" diikuti objek bernyawa seperti Hakim menjatuhi pesalah hukuman gantung sampai mati, perkataan menjatuhkan diikuti objek tidak bernyawa seperti Hakim menjatuhkan hukuman gantung sampai mati kepada pesalah. Perkataan dijatuhi dan dijatuhkan ialah bentuk pasif perkataan menjatuhi dan menjatuhkan. Lihat contoh ayat pesalah dijatuhi hukuman gantung sampai mati dan hukuman gantung sampai mati dijatuhkan kepada pesalah.
2. Frasa "tertarik oleh" dan "tertarik dengan", kedua-duanya sama maksud dan fungsinya.
3. Membeli bermaksud memperoleh barang dengan membayar, seperti "membeli kereta"; manakala membelikan bermaksud membeli untuk, seperti membelikan isterinya sebuah kereta.
4. Menghindari bermaksud menjauhkan diri daripada seperti ayat saya berusaha menghindarinya: dan menghindarkan bermaksud mengelakkan daripada seperti ayat Undang-undang telah digubal utk menghindarkan perbuatan rasuah.
Makna29.09.2014
Salam, manakah yang lebih betul? Alasannya? 1. Tolong ajar saya cara membuat wau. 2. Tolong ajarkan saya cara membuat wau. Terima kasih.Ayat yang betul ialah "Tolong ajarkan saya cara-cara membuat wau".Tatabahasa12.03.2014
hari Deepavali atau Hari Deepavali? alasannya. TQ.Ejaan yang betul ialah hari Deepavali kerana Deepavali bermaksud hari perayaan bagi penganut agama Hindu, sama seperti hari Krismas (hari besar yang dirayakan oleh orang Kristian). Walau bagaimanapun tidak salah untuk kita mengeja Hari Deepavali dan Hari Krismas bagi menyelaraskan ejaannya dengan hari yang lain seperti Hari Raya Puasa, Hari Kebangsaan dan Hari Guru.Ejaan04.09.2012
ayam kari atau kari ayam? alasannya. TQ

Saudara/Saudari,

Mengikut Hukum D-M, iaitu diterangkan dan menerangkan. Diterangkan, merupakan unsur inti - dalam hal ini jenis masakan, iaitu kari; manakala menerangkan, merupakan unsur penerang kepada jenis masakan, iaitu ayam. Frasa yang betul ialah ... makan kari ayam.

Tatabahasa04.09.2012
Yang mana satu ayat yang betul, dan apakah alasannya? 1. Ali membasuh tangan kerana baru saja lepas makan menggunakan sabun. ATAU Ali membasuh tangan dengan sabun kerana baru saja lepas makan. 2. Ali mencuci tangan supaya bersih di singki. ATAU Ali mencuci tangan di singki supaya bersih.Binaan ayat yang betul, iaitu Subjek + Predikat ialah:
1. [Ali membasuh tangan dengan sabun] + [kerana baru sahaja lepas makan]
2. [Ali mencuci tangan di singki] + [supaya bersih].
Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan.
Tatabahasa10.10.2012
Manakah antara ayat yang berikut betul dan apakah alasannya? 1. Soalan berkaitan sistem bahasa... 2. Soalan berkaitan dengan sistem bahasa...Yang betul ialah Soalan berkaitan dengan sistem bahasa.Tatabahasa15.09.2009
Assalamualaikum, Antara berikut, yang manakah lebih tepat dan apakah alasannya? Berjihad pada jalan Allah atau Berjihad di jalan Allah? Terima kasih.
Waalaikumsalam,
Jawapan yang betul ialah Berjihad di jalan Allah. Penggunaan kata sendi nama di dalam digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Manakala kata sendi nama dalam hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak. 
Untuk keterangan lebih lanjut, saudari boleh rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, muka surat 265 dan 274.
Lain-lain02.03.2020
12345678

Kembali ke atas