Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata alat pendengaran


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kami ingin mendapatkan pengesahan penggunaan perkataan “Kedai Fon” dalam papan iklan di stor kami di seluruh Malaysia. Adakah pengunaan perkataan “Kedai Fon” betul? Sekiranya salah, tolong nasihatkan penggunaan bahasa yang tepat dan betul. Nasihat pihak DBP akan digunakan untuk permohonan lesen iklan di masa yang akan datang. Sekian Terima Kasih. Thilaga Nagappan Eksekutif Pematuhan Undang-Undang Tesco Stores (Malaysia) Sdn. Bhd.Fon dalam sumber rujukan kami bermaksud alat yang dilekapkan pada sebelah atau kedua-dua belah telinga untuk mendengar lagu atau peranti yang diselitkan pada telinga untuk membantu pendengaran. Jika "Kedai Fon" yang digunakan membawa maksud fon yang dinyatakan dalam huraian tersebut, maka perkataan tersebut boleh digunakan.Istilah14.06.2012
Salam, saya ingin bertanya. Padanan untuk headphone ialah fonkepala. Earphone ialah fon telinga. Kenapa fonkepala dieja rapat manakala fon telinga dijarakkan? Terima kasih.

Dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020: 603) fon kepala dan fon telinga dieja dua perkataan dan takrifannya adalah seperti yang berikut:

 

fon kepala

sepasang alat pendengar berupa cekak yg dipakai di kepala dgn bahagian pembesar suara dilekapkan pd kedua-dua belah telinga utk mendengar radio, perbualan telefon, rakaman muzik dsb

 

fon telinga

a sepasang alat pendengar yg disumbatkan pd lubang telinga atau diselitkan pd cuping telinga utk mendengar radio, perbualan telefon, rakaman muzik dsb

 

b alat bantu dengar yg diselitkan pd cuping telinga utk membantu pendengaran

Lain-lain02.07.2021

Kembali ke atas