Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
dacingsj alat penimbang (yg terdiri drpd batang yg berskala atau bersenggat, batu penimbang serta tempat meletak barang); anak (buah, batu) ~ logam pd dacing sbg pengimbang berat (ketika menimbang); lidah ~ jarum (pd dacing) yg menunjukkan kese­imbang­an timbangan; ~ palingan tangan, lidah palingan hati prb tidak sama antara cakap dgn niat; berdacing 1. sl bertimbang: sudah terkam­pung semuanya lada maka ~lah ke kapal; 2. menggunakan dacing (sbg alat penimbang barang); 3. mempunyai dacing; mendacing menimbang dgn dacing.Kamus Dewan Edisi Keempat
teraju1. sj alat penimbang yg memakai dua buah piring yg digantungkan pd lengannya, neraca; 2. tali utk merentangkan (meregang­kan) khemah, tali (rantai) utk menggantung lampu dll; 3. tali yg diikatkan pd rangka layang-layang (dr atas ke bawah); 4. ki kuasa tertinggi, pucuk pimpinan; ~ pemerintahan kuasa yg tertinggi dlm pemerintahan; ~ pimpinan pucuk pimpinan (pimpinan yg tertinggi); ~ palingan tali, manusia palingan Tuhan prb perihal hati yg cenderung kpd kebaikan; ~ yg tak palingan prb hukuman yg adil (saksama); menerajui memegang teraju pimpinan, me- memimpin, mengetuai, mengendalikan: usia yg semuda itu dirasakan belum cukup utk ~ sebuah organisasi yg besar dan penting; empat orang yg telah ~ pimpinan pentad­biran Malaysia selama ini adalah orang-orang yg ~ pimpinan Barisan Nasional; peneraju orang yg memegang teraju pim-pinan.Kamus Dewan Edisi Keempat
timbangan1 hasil menimbang; imbangan: ~nya tidak tepat kerana alat penimbang itu rosak. 2 fikiran atau renungan ttg baik buruk sesuatu perkara dll.Kamus Pelajar Edisi Kedua
penimbangan1. perihal menimbang: neraca kimia ini ialah sejenis alat penimbang yg terlalu tepat ~nya; 2. tempat menimbang barang;Kamus Dewan Edisi Keempat
timbangan1 hasil menimbang; imbangan: ~nya tidak tepat kerana alat penimbang itu rosak.Kamus Pelajar
timbang; ~ rasa1 hasil menimbang; imbangan: ~nya tidak tepat kerana alat penimbang itu rosak.Kamus Pelajar
neraca1 alat penimbang yg berdaun dua dan lengannya sama panjang (pd daunnya yg sebelah diletakkan barang dan pd daun yg sebelah lagi diletakkan batu penimbang). 2 sesuatu yg diguna­kan utk menimbang. ~ spring neraca yg memakai spring.Kamus Pelajar Edisi Kedua
neraca1 alat penimbang yg berdaun dua dan lengannya sama panjang (pd daunnya yg sebelah diletakkan barang dan pd daun yg sebelah lagi diletakkan batu penimbang). 2 sesuatu yg digunakan utk menimbang. ~ springeraca yg memakai spring.Kamus Pelajar
berdacing1. sl bertimbang: sudah terkam­pung semuanya lada maka ~lah ke kapal; 2. menggunakan dacing (sbg alat penimbang barang); 3. mempunyai dacing;Kamus Dewan Edisi Keempat
jarum1 besi halus yg tajam hujungnya dan berlubang pangkalnya utk menjahit: Saya selalu menolong emak mencucukkan benang pd ~ utk menjahit. 2 sesuatu yg tajam dan panjang yg menyerupai jarum jahit (utk mencucuk, memasukkan ubat dll): Doktor telah menyuntiknya dgn ~ yg kasar. ~ peniti (penyemat) jarum utk menyemat kertas atau kain. 3 alat penunjuk pd jam atau pd alat penimbang: ~ pendek menunjukkan pukul dua belas. 4 ki tipu muslihat secara halus: Sungguh pandai dia menjalankan ~nya utk melagakan pasangan suami isteri itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12

Kembali ke atas