Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
weighting scalealat penimbangPerubatanTiadaTiada
loadometerlodometerKejuruteraan AutomotifTiadaAlat penimbang yang digunakan untuk merekodkan beban gandar.
hydraulic scaleskala hidraulikKejuruteraanKejuruteraan MekanikAlat penimbang yang digunakan dalam perindustrian bagi menukarkan beban yang dikenakan pada omboh sel beban kepada tekanan hidraulik terjana yang setara. Skala hidraulik terdiri daripada transduser tekanan hidraulik atau penderia yang dipasang pada silinder hidraulik pengangkat beban dan alat paparan. Tekanan yang dikenakan oleh beban terhadap silinder hidraulik akan dicerap oleh penderia dan menghantar maklumat tersebut secara elektrik kepada pemproses sebelum ditukar dan dipamerkan kepada unit yang dikehendaki pada skrin paparan.
CalibrationPenentukuran  PertanianAgronomi

Pengujian sesuatu alat pengukur seperti penimbang untuk menentukan alat itu memberi ukuran yang tepat. Bahan piawai yang diketahui beratnya secara tepat digunakan dan sekiranya ukuran yang ditunjuk pada alat yang diuji tidak tepat, alat itu akan diperbetul. Penentukuran alat seperti penyembur racun, melibatkan ujian supaya penyembur yang digunakan dapat mengeluarkan isi padu yang ditentukan.

letter scalepenimbang suratPentadbiran PerniagaanTiadaAlat untuk mengukur berat surat untuk dikenakan bayaran mengikut kadar yang ditentukan.
parcel scalepenimbang bungkusanPentadbiran PerniagaanTiadaAlat yang digunakan untuk menimbang bungkusan.
weighing scalepenimbang; dacing; mizanPentadbiran PerniagaanTiadaAlat untuk mengukur berat benda pos.
balanceneracaFizikMekanikAlat pengukur jisim yang terdiri daripada satu lengan tegar yang terpangsi di atas fulkrum, dan di hujung tiap-tiap lengan itu tergantung piring penimbang. Objek yang hendak ditimbang diletakkan di atas satu piring sementara beratan-beratan piawai diletakkan pada piring yang satu lagi sehingga lengan neraca tersebut mendatar dan terimbang.
weight bridgejambatan timbangKejuruteraanKejuruteraan MekanikPlatform penimbang yang dilengkapi dengan sistem tuil. Beban yang besar diletakkan di atas platform boleh diimbangi dengan pemberat bersaiz kecil yang digelangsarkan pada batang pengukur berskala atau bersenggat. Alat ini biasanya digunakan untuk menimbang kenderaan bermuatan tinggi seperti lori dan truk pengangkut kontena.

Kembali ke atas