Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata alata


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cassia (Cassia alata)gelenggang (Cassia alata)PertanianTiadaTiada
greater yam (Dioscorea alata)ubi tiang (Dioscorea alata)PertanianTiadaTiada
Senna alataGelenggangPertanianTiadaTumbuhan dalam famili Fabaceae ini juga dikenali sebagai gelenggang padang dan gelenggang kasar. Tumbuhan ini jenis renik. Daunnya jenis pinat mengandungi 10-12 pasang anak daun. Anak daun tersusun bertentang. Jambak bunganya tumbuh menegak di bahagian terminal. Bunganya berwarna kuning. Buahnya jenis lenggai mempunyai struktur seperti sayap. Bijinya berbentuk segi tiga. Pokok ini tumbuh liar di kawasan semak. Daunnya mengandungi asid krisofanik dan beberapa jenis antrakuinon, glikosid, fiskion, kempferol, aloe emodin krisofanol, deoksikoelutin, senosid, rein, sitosterol, isokrisofenol dan dihidro-3-hidroksiantron. Daunnya digunakan secara luaran untuk merawat kurap, kayap, gatal, edema, ekzema dan gigitan serangga. Kulit pokok digunakan sebagai tampalan untuk merawat kayap dan bengkak. Air rebusan daun, bunga, akar atau kayu diminum sebagai pelawas. Bijinya digunakan untuk merawat kurap dan kecacingan.
Senna alatagelenggangHerbaBotani dan BioteknologiPokok renek dalam famili Fabaceae. Tumbuhan ini hidup liar di belukar dan tepi hutan. Daunnya besar jenis majmuk pinat mengandungi 9 hingga 12 pasang anak daun yang tersusun kemas pada rakis. Anak daun berbentuk bujur panjang dan bulat di hujung. Bunganya tersusun padat melingkari jambak spika yang tegak dan bertangkai panjang. Kelopak bunga berwarna kuning cerah. Brakteanya besar dan berwarna jingga. Buahnya jenis lenggai, panjang dan bersayap empat. Air rebusan daun dibuat mandian herba untuk merawat penyakit kulit seperti gatal dan ekzema. Daunnya bersifat antiparasit dan antikulat serta berkesan untuk penyakit kulit seperti kudis, kayap dan kurap. Daunnya mengandungi terbitan antrasen dan aloe emodin yang bersifat purgatif.
corpora allatakorpora alataBiologiHistologi dan SitologiKelenjar endoktrin pada bahagian belakang otak serangga yang merembeskan hormon juvana.
corpora cardiacakorpora kardiakaBiologiHistologi dan SitologiJasad neurokelenjar yang terdapat di antara korpora alata dengan ganglion serebrum.
antifungalantikulatHerbaPemiawaianSifat agen yang menghalang, memusnahkan atau menyekat pertumbuhan kulat. Contohnya, ekstrak metanol daripada daun gelenggang besar (Cassia alata) yang bersifat antikulat.
antisyphiliticantisifilisHerbaPemiawaianSifat agen yang mencegah atau merawat sifilis yang berkaitan dengan penyakit kelamin. Contohnya, ekstrak daun pegaga (Centella asiatica) atau daun gelenggang (Senna alata) yang bersifat antisifilis.
plant classificationpengelasan tumbuhanHerbaBotani dan BioteknologiPembahagian alam tumbuhan kepada kumpulan atau takson yang merujuk kepada beberapa kategori mengikut aturan taksonomi. Kaedah ini digunakan berdasarkan ciri-ciri morfologi tumbuhan. Kepentingan kaedah ini adalah untuk mengenal pasti tumbuhan dengan tepat. Contohnya, Senna alata (gelenggang) dalam famili Fabaceae di bawah order Rosales, genusnya ialah Senna dan alata ialah spesies.
flavonoid glycosideflavonoid glikosidaHerbaFitokimiaKumpulan sebatian flavonoid yang mengandungi unit gula ringkas terikat pada atom C atau O struktur asas flavonoid. Contohnya, rutin daripada pokok gelenggang (Senna alata).
12

Kembali ke atas