Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata alba


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ALBA, DUKE OF

Alba, Duke of lihat Alva, Duke of.

UMUM 
ALVA, DUKE OF

Alva, Duke of (1508?–1582?), juga dikenali

sebagai Duke of Alba, ialah jeneral dan diplomat

Sepanyol yang berkhidmat dengan Raja Charles I

dan Philip II, Raja Sepanyol. Pada tahun 1567, Raja

Philip melantiknya sebagai Gabenor Belanda, dan

mengarahkannya menghapuskan pemberontakan

terhadap Sepanyol yang terjadi di Belanda.

UMUM 
TASIK ALBANO

Tasik Albano, terletak di genahar gunung

berapi mati di barat tengah Itali. Untuk lokasi, lihat

Itali (peta fizikal). Orang Rom purba bercuti di tasik

ini, yang ketika itu dinamakan Albanus Lacus.

Menurut legenda, bandar Alba Longa diasaskan di

sini oleh Ascanius, anak lelaki kepada wira Trojan

yang bernama Aeneas.

UMUM 
TELIPUK

Telipuk, juga dinamakan lili kolam, ialah nama

yang popular bagi pelbagai tumbuhan air yang

cantik, yang tumbuh dalam iklim sederhana dan

panas. Telipuk mempunyai tangkai daun dan

bunga yang panjang, kuat yang tumbuh dari dasar

berlumpur dalam air yang cetek, jernih. Daunnya

yang hijau, sempit hingga bulat biasanya kelihatan

terapung di atas permukaan air tetapi boleh juga

terbenam dalam air. Telipuk biasanya timbul di atas

permukaan air pada tangkai yang panjang. Telipuk

berbunga putih adalah yang paling biasa didapati.

Bunganya mungkin 30 sentimeter lebarnya.

Sesetengah telipuk mekar pada waktu siang

manakala yang lain pula mekar pada waktu malam.

Lihat juga Bunga (gambar: Bunga di hutan jarang

dan hutan).

Pengelasan saintifik. Telipuk tergolong dalam famili

telipuk, Nymphaeaceae. Telipuk putih ialah Nymphaea

alba.

UMUM 

Kembali ke atas