Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata albida


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
fairy buttermentega langsuirBiologiMikologiNama am bagi Exidia albida, iaitu kulat yang biasanya tumbuh di celah-celah batu atau di sekeliling akar pokok tua.
alanalanPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Shorea Albida daripada famili Dipterocar paceae. Spesies ini menghasilkan dua kumpulan kayu balak yang berbeza dari segi berat, iaitu alan batu dan alan bunga. Kayu alan banyak terdapat di hutan paya gambut di Sarawak.
alan batualan batuPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama dagangan Shorea Albida yang lebih berat. Nama tempatan di Sarawak termasuk empenit, meraka, meraka alan, sengawang, dan seriagawan. Gubal kayu alan batu berwarna coklat kelabu dan beransur-ansur berubah kepada warna teras kayunya, iaitu coklat kemerah-merahan. Tekstur kayu ini kasar dan sekata dengan ira yang lurus atau bersimpul. Ketumpatan keringan udara kayu ini berjulat antara 800 hingga 925 kg/m3, dan kayu ini tergolong dalam kumpulan kayu keras sederhana. Alan batu mudah dikerjakan, dikemas siap, dikeringkan dan sederhana tahan. kayu ini digunakan untuk lantai , papan panel, dan kayu kumai, dan dalam pembuatan perabot dan perahu.
Cryptocoryne sp.Cryptocoryne sp.PerikananAkuakulturTumbuh-tumbuhan dalam kategori tumbuhan timbul. Cryptocoryne sp. ini terdapat di Malaysia dan tumbuh di kawasan paya, dalam sungai dan kawasan air terjun. Tumbuh-tumbuhan ini mempunyai tuber yang juga merupakan tempat tumbuhnya daun. Salah satu keistimewaan tumbuhan ini ialah bunganya berbentuk seperti trompet. Cryptocoryne sp. ini juga merupakan antara tumbuhan yang sering digunakan untuk menghias akuarium. Antara contoh Cryptocoryne sp. ialah Cryptocoryne affinis, Cryptocoryne albida, Cryptocoryne becketii, Cryptocoryne ciliata dan Cryptocoryne cordata.

Kembali ke atas