Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata albuquerque


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ALBUQUERQUE

Albuquerque (pend. 384 736; pend. kaw. met.

480 577) ialah bandar terbesar di New Mexico, negeri

di Amerika Syarikat. Ia berfungsi sebagai pusat

perindustrian perdagangan dan pengangkutan di

Barat Daya.

UMUM 
BAHASA MELAYU KRISTANG

BAHASA MELAYU KRISTANG, bahasa orang Portugis Peranakan yang tinggal di Melaka. Mereka ialah keturunan orang Portugis yang datang ke Melaka bersama-sama Alfonso de Albuquerque yang menakluki Melaka pada tahun 1511.

BAHASAKonsep
UTIMUTIRAJA

UTIMUTIRAJA ( ? -1511), saudagar keturunan Jawa dan menjadi penghulu masyarakat Melaka keturunan Jawa di kawasan Upeh.  Dia juga dikenal sebagai Timuturaja.  Seorang yang bersikap oportunis, dia telah berbaik-baik dengan orang Portugis yang telah ditahan di Melaka kerana didapati mengintip kekuatan tentera dan pertahanan Melaka.  Malah seorang daripada wanita Jawa di kawasannya, telah bercinta dengan salah seorang pengintip Portugis itu.  Apabila mereka ditangkap dan dipenjarakan, wanita Jawa tersebut telah berenang ke kapal Lopez de Squiera, ketua orang Portugis itu, dan memberitahunya tentang peristiwa itu.  Tindakan itu telah membolehkan de Squiera dan beberapa orang pengikutnya melarikan kapalnya dan belayar ke Goa (India) untuk memberitahu Alfonso de Albuquerque tentang peristiwa penangkapan tersebut.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas