Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[al.dé.hid] | الديهيد

Definisi : (aldéhid) (Kim) kumpulan sebatian organik yg mempunyai radikal -CHO (mis formaldehid dan asetaldehid). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[al.dé.hid] | الديهيد

Definisi : /aldéhid/ ist kumpulan sebatian organik yg terhasil melalui proses pengoksidaan alkohol. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aldehid


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
aldehyde condensationkondensasi aldehidKimiaTiadaKondensasi aldehid dengan aldehid, keton, asid, dan lain-lain.
aldehydealdehidKimiaTiadaKumpulan sebatian organik yang mempunyai radikal –CHO sebagai ciri utamanya dan mempunyai formula am RCHO (R ialah kumpulan alkil atau aril). Aldehid lazimnya berupa cecair yang tidak berwarna, mempunyai bau cirian, dapat dioksidakan kepada asid karboksilik, dan diturunkan kepada alkohol primer. Kumpulan sebatian ini terhasil melalui pengoksidaan alkohol primer dan juga penurunan asid karboksilik. Aldehid merupakan agen penurunan menghasilkan tindak balas positif dengan reagen Schiff, reagen Tollen dan reagen Fehling. Kumpulan sebatian ini juga dapat menjalani tindak balas penambahan dan kondensasi. Misalnya, formaldehid (metanal) dan asetaldehid (etanal).
aliphatic aldehydealdehid alifatikKimiaTiadaSebatian alifatik yang mengandungi gugus aldehid -CHO.
aldehyde ammoniaaldehid ammoniaKimiaTiadaSebarang sebatian yang terbentuk melalui penyatuan aldehid dengan ammonia.
aldehyde resindamar aldehidKimiaTiadaDamar yang terhasil melalui kondensasi aldehid dengan soda kaustik yang kuat.
aldosealdosaKimiaBiokimiaKumpulan monosakarida polihidroksi aldehid atau terbitannya yang mengandungi kumpulan aldehid pada C-1. Monosakarida pentosa dan heksosa, seperti D-glukosa, penting dalam biokimia.
reducing sugargula penurunHerbaFitokimiaSebatian gula yang mempunyai kumpulan aldehid atau keton yang boleh berubah kepada aldehid. Kesemua monosakarida dan beberapa disakarida seperti laktosa dan maltosa merupakan gula penurun. Sebatian ini menurunkan Cu(II) kepada Cu(I) ataupun Ag(I) kepada Ag dan sebatian gula teroksida kepada terbitan asidnya. Penurunan ini boleh dikesan dengan melihat perubahan warna yang berlaku pada Cu(II) yang berwarna biru kepada Cu(I) yang berwarna perang, atau perubahan larutan tidak berwarna Ag(I) kepada mendakan cermin perak Ag. Kehadiran gula penurun dalam air kencing manusia boleh diuji dengan kaedah ini dan digunakan sebagai salah satu cara untuk mengesan penyakit kencing manis.
reducing sugargula penurunKimiaTiadaGula yang dapat menurunkan larutan Benedict atau fehling, iaitu gula yang mengandungi kumpulan aldehid atau keton yang boleh berubah kepada aldehid. Kesemua monosakarida seperti glukosa dan fruktosa, dan beberapa disakarida seperti laktosa dan maltosa merupakan gula penurunan.
aldolaldolKimiaTiada1. Sebarang sebatian organik yang mempunyai satu kumpulan hidroksil dan satu kumpulan aldehid yang masing-masing terikat pada atom-atom karbon yang bersebelahan. Sebatian ini trhasil melalui kondensasi aldehid. 2. Asetaldol, CH3, CHOHCH2, CHO, yang terhasil melalui kondensasi asetaldehid.
aldehydealdehidFizikTiadaTiada
123456789

Kembali ke atas