Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata alexander


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
La Alexander De Ghaza assalamualaikum dan selamat menyambut aidil adha buat admin yang bertugas terpanggil saya untuk mengunakn medium yang ada untuk bertanya DPB yang mempunyai kuasa dan organisasi yang bertanggungjawab memartabatkan Bahasa kebangsaan. saya masih keliru dengan pengunaan aidil fitri ataupun eidul fitri ? manakah yang lebih tepat ? jika boleh mengunakan eidul fitri , kenapa sebelum-sebelum ini perkataan tersebut tidak digunakan . terima kasih,moga saya dapat sesuatu melalui jawapan yang diberikan oleh pihak admin DBPSaudara boleh ajukan pertanyaan tersebut dalam laman Khidmat Nasihat DBP. Soalan tersebut akan dijawab oleh Pemudah Cara DBP: http://sbmb.dbp.gov.my/kndbp/nb_halaman_utama.aspx Halaman Utama sbmb.dbp.gov.myLain-lain15.10.2013
Saya ingin menulis nama rakan saya dalam tulisan Jawi. John, William dan Alexander. Terima kasih.

Ejaan Jawi untuk nama John, William dan Alexander:

John   =  جون

William  =  ويليام

Alexander  =  ايليکسزيندر

Ejaan03.12.2014
Bolehkah tuan menyemak tatabahasa ayat di bawah terutamanya melibatkan 'di antara' 'antara' 'antara..dengan'? Bahagian landasan di antara stesen LRT Damai dengan stesen LRT Pasar Seni ditutup (arah selatan dari stesen LRT Gombak). Lima unit bas dua tingkat terdiri daripada Alexander Dennis Enviro500 dan Volvo B8L milik RapidKL dikendalikan di antara stesen LRT Pasar Seni dengan stesen LRT Ampang Park secara percuma pada waktu puncak. Bas-bas percuma ini beroperasi setiap 15 hingga 20 minit dan akan membawa penumpang di antara stesen LRT Pasar Seni dan stesen Ampang Park ke mana-mana stesen. LRT disasarkan kembali beroperasi seperti biasa sepenuhnya tiga hari selepas kemalangan.

Penggunaan yang betul ialah seperti yang berikut:

Bahagian landasan dari stesen LRT Damai ke stesen LRT Pasar Seni ditutup (arah selatan dari stesen LRT Gombak). Lima unit bas dua tingkat terdiri daripada Alexander Dennis Enviro500 dan Volvo B8L milik RapidKL dikendalikan dari stesen LRT Pasar Seni ke stesen LRT Ampang Park secara percuma pada waktu puncak. Bas-bas percuma ini beroperasi setiap 15 hingga 20 minit dan akan membawa penumpang dari stesen LRT Pasar Seni dan stesen Ampang Park ke mana-mana stesen. LRT disasarkan kembali beroperasi seperti biasa sepenuhnya tiga hari selepas kemalangan.
Tatabahasa26.05.2021
Tuan yang bijaksana: Dalam menulis judul buku, kata sendi dan kata hubung mestilah menggunakan huruf kecil. Bagaimana pula dengan kata pemeri seperti ialah dan adalah? Perlukah kata pemeri menggunakan huruf kecil juga? Contoh tajuk buku : Alexander adalah Zulqarnain.Sama seperti penggunaan kata sendi nama, kata pemeri juga ditulis dengan huruf kecil dalam konteks yang tersebut.Tatabahasa12.02.2012

Kembali ke atas