Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ® alfu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : huruf pertama dlm abjad Yunani yg ditulis dgn simbol A, a. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata alfa


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya, apakah nama generasi selepas generasi Z? Kalau dalam bahasa Inggeris, mereka menggelarkan generasi yang lahir selepas tahun 2010 sebagai generasi alpha.. boleh saya tahu kalau istilah dalam bahasa Melayu adakah sama ejaan alpha atau ditukar menjadi alfa? Atau, dalam bahasa Melayu ada istilah lain untuk generasi alpha ini? Terima kasih.Nama generasi selepas generasi Z ialah generasi alfa.Gelaran ini diberikan kepada generasi yang lahir pada tahun 2010 sehingga tahun 2014.Ejaan 'alpha' dalam bahasa Melayu ialah alfaIstilah01.08.2022
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya tentang kesalahan pada papan tanda premis perniagaan yang saya dapat kenal pasti. Antaranya: 1)Perabut Rejek/Terpakai 2)Keropok Leko 3)Pusat Pakaian Alfa Boutique's Collection 4)Ikan Bakar SpecialStruktur tatabahasa yang betul dalam papan tanda perniagaan ialah:

a. Kedai Perabot Terpakai
b. Kedai Keropok Lekor
c. Pusat Pakaian ( DBP tidak berkuasa untuk mengubah nama kedai yang telah didaftarkan seperti ALFA BOUTIQUE'S COLECTION)
d. Kedai Ikan Bakar Istimewa
Tatabahasa22.04.2014
Bagaimanakah ejaan yang betul bagi `alpha' dalam konteks ayat ini: "Semasa hendak tidur, minda anda berada pada tahap alpha. Dalam keadaan alpha, anda mengalami aliran pemikiran yang hebat untk menjana idea dan kreativiti. Apakah sesuai diganti ejaannya dengan `alfa' atau dikekalkan `alpha'? Telah disemak dalam `Kamus Dewan ' dan `Kamus Inggeris-Melayu Dewan' tetapi tiada terjemahan yang tepat.Tuan boleh menggunakan ejaan "alfa" bagi istilah "alpha". Terima kasih.Istilah12.06.2014
Apakah terjemahan untuk "alpha-like" dan "beta-like"? Contoh ayat: Normal human hemoglobins are tetrameric proteins composed of two pairs of globin chains, each of which contains one alpha-like (α-like) chain.Kami mencadangkan alpha-like diterjemahkan sebagai "bak alfa", manakala beta-like diterjemahkan sebagai "bak beta". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.Istilah07.02.2022
Assalamualaikum. Saya ingin tahu padanan paling tepat bagi istilah 'alpha users' - merujuk kepada individu yang mudah terpengaruh dengan tarikan idea tertentu dan mungkin menyebarkannya. Terima kasih.Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "alpha users". Istilah bahasa Melayu yang dicadangkan ialah pengguna alfa.Istilah01.04.2013
Sila terjemah bahasa Inggeris di bawah ke bahasa Malaysia 1) Distilled monoglycerides 2) Mono- and diglycerides of fatty acids (E 471) 3) Alpha- Tocopherol ( E 307 ) 4) Citric acid esters of mono- and diglycerides ( E 472c )Kami mencadangkan padanan istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut:

1. Distilled monoglycerides - monogliserida suling
2. Mono- and diglycerides of fatty acids - asid lemak monogliserida dan digliserida
3. Alpha- Tocopherolalfa-tokoferol
4. Citric acid esters of mono- and diglycerides - ester asid sitrik monogliserida dan digliserida

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Penyemakan dan penterjemahan18.10.2022

Kembali ke atas