Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[al.ga] | الݢا

Definisi : kumpulan tumbuhan paling ringkas (terdiri drpd satu sel atau berbilang sel), kebanyakan­nya hidup di dlm air dan tumbuhan ini penting dlm rangkaian makanan (mis rumpai laut). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[al.ga] | الݢا

Definisi : kumpulan tumbuh-tumbuhan paling ringkas yg terdapat klorofil di dlmnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata alga


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
algaalgaeKumpulan tumbuhan yang paling ringkas dan tidak mempunyai batang serta daun yang jelas. Alga boleh melakukan proses fotosintesis. Kebanyakan alga terdapat di dalam air, tanah dan batang tumbuh-tumbuhan. Contohnya, rumpai laut. Lihat RajahSekolah Rendah
algaalgaeKumpulan mikroorganisma yang terdiri daripada satu atau berbilang sel. Kebanyakan alga terdapat dalam air dan memainkan peranan yang penting dalam siratan makanan. Contoh alga ialah Chlamydomonas, Euglena dan Spirogyra.Menengah Rendah
algaalgaeKumpulan organisma autotrof, yang bersifat unisel atau multisel. Contohnya, Spirogyra, Chlamydomonas, dan Euglena. Lihat RajahMenengah Atas
likenlichenAlga dan kulat yang tumbuh bersama dan hidup secara simbiosis. Lihat RajahMenengah Rendah
fitoplanktonphytoplanktonAlga seni, sumber oksigen atmosfera yang penting dan sumber asas bahan makanan haiwan akuatik.Menengah Atas
euglenaeuglenaKumpulan alga hijau yang terdiri daripada satu sel berbentuk gelendong dan mempunyai vakuol yang boleh mengecut. Organisma ini lazimnya terdapat dalam air tawar yang dicemari dengan bahan organik. Nama saintifik Euglena sp. Lihat RajahMenengah Rendah
likenlichenSimbiosis antara alga dan kulat.Menengah Atas
konjugasiconjugationProses pembiakan seksual dalam alga dan kulat tertentu, berlaku secara gabungan sementara atau kekal yang menyebabkan penyatuan antara gamet jantan dan gamet betina.Menengah Atas
dinding selcell wallStruktur yang menyokong dan melindungi semua sel bagi tumbuhan, alga, kulat dan kebanyakan bakteria. Lihat RajahMenengah Rendah
mikroorganismamicroorganismHidupan seni yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar. Contohnya, bakteria, virus, protozoa, alga dan yis. Lihat RajahSekolah Rendah
12

Kembali ke atas