Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[al.ga] | الݢا

Definisi : kumpulan tumbuhan paling ringkas (terdiri drpd satu sel atau berbilang sel), kebanyakan­nya hidup di dlm air dan tumbuhan ini penting dlm rangkaian makanan (mis rumpai laut). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[al.ga] | الݢا

Definisi : kumpulan tumbuh-tumbuhan paling ringkas yg terdapat klorofil di dlmnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata alga


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ALGA

Alga ialah organisma ringkas yang hidup dalam

laut, tasik, sungai, kolam, dan tanah lembap.

Organisma tunggal daripada jenis ini dikenali

sebagai alga.

UMUM 
LIKEN

Liken ialah organisma yang terdiri daripada

alga dan kulat yang hidup bersama sebagai

satu unit. Alga boleh membuat makanannya

sendiri dengan bantuan cahaya matahari. Kulat

tidak boleh membuat makanannya sendiri, tetapi ia

cepat menyerap air.

UMUM 
AGAR-AGAR

Agar-agar ialah bahan seperti gelatin yang

diperoleh daripada rumpai laut seperti lumut

Ceylon. Agar-agar digunakan sebagai kultur (asas)

tempat bakteria berkembang untuk kerja saintifik.

Tukang masak Timur menggunakan agar-agar

sebagai makanan. Agar-agar ini juga digunakan

dalam perubatan. Agar-agar rumpai laut adalah

daripada jenis alga merah. Alga ini terdapat di Asia

tropika dan di sepanjang pantai Lautan Pasifik di

Amerika Syarikat.

UMUM 
SELANGAN GENERASI

Selangan generasi ialah istilah bagi kitaran

hidup kebanyakan tumbuh-tumbuhan dan

sesetengah alga. Istilah generasi menimbulkan

kekeliruan kerana ia merujuk kepada dua fasa yang

berbeza yang membentuk satu kitaran hidup.

UMUM 
MONERAN

Moneran ialah sekumpulan organisma satu sel

yang primitif. Kumpulan ini terdiri daripada

bakteria dan alga hijau. Organisma ini hidup

bersendirian atau berkumpulan yang dikenali

sebagai koloni. Organisma individu hanya boleh

dilihat dengan mikroskop, tetapi sesetengah

koloni boleh dilihat dengan mata kasar.

UMUM 
MIKROBIOLOGI

Mikrobiologi ialah kajian tentang organisma

mikroskopik. Organisma ini ada kalanya dikenali

mikrob . Ia terdiri daripada alga, bakteria, kulapuk,

protozoa, virus dan yis. Ahli mikrobiologi juga

mengkaji zarah berjangkit yang seni seperti prion,

viroid dan juga plasmid.

UMUM 
SPORA

Spora ialah struktur khusus halus yang boleh

tumbuh menjadi organisma. Hampir semua jenis

tumbuh-tumbuhan, termasuk jenis tertentu alga,

bakteria, kulat, dan protozoa, mengeluarkan spora.

Spora membantu organisma atau spesiesnya untuk

hidup dan bergerak dari satu tempat ke satu tempat.

UMUM 
PROTIS

Protis ialah nama sekumpulan organisma, yang

kebanyakannya adalah organisma mikroskopik.

Kumpulan ini terutamanya terdiri daripada

organisma satu sel seperti diatom, protozoa dan

alga tertentu. Protis membentuk Protista, satu

daripada lima alam biologi organisma hidup. Alam-

alam lain ialah Monera (moneran), kulat (kulat),

Plantae (tumbuh-tumbuhan) dan Animalia (haiwan).

UMUM 
KLOROFIL

Klorofil ialah pigmen hijau pada tumbuh-tumbuhan

yang menyerap tenaga cahaya untuk

digunakan dalam fotosintesis. Klorofil juga terdapat

pada organisma mudah yang dinamakan alga

dan pada sesetengah bakteria.

UMUM 
SYAL MINYAK

Syal minyak ialah batu endapan yang lembut

dan berbutir halus. Daripada syal minyak

diperoleh minyak dan gas asli. Syal minyak terdiri

daripada lapisan kelodak berwarna coklat muda

dan lapisan kerogen yang lebih gelap, iaitu bahan

organik berlilin yang berasal daripada tinggalan

alga biru-hijau dan jirim hidup yang lain.

Mendapan batu syal yang banyak terdapat di

selatan Brazil, timur laut China, Estonia, Sweden,

dan Amerika Syarikat.

UMUM 
12

Kembali ke atas