Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[al.gé.bra] | الݢيبرا

Definisi : (algébra) cabang matematik yg meng­gunakan huruf-huruf dan tanda-tanda (lam­bang-lambang) sbg mewakili angka atau kuan­titi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[al.gé.bra] | الݢيبرا

Definisi : /algébra/ satu cabang ilmu hisab yg nombor-nombornya diganti dgn lambang atau huruf. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata algebra


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
i. Menambah atau menolak dua pecahan algebra yang mempunyai penyebut yang sama. ii. Menambah atau menolak dua pecahan algebra dengan penyebut yang sama. Adakah dua ayat di atas sama makna? Terima kasihKedua-dua ayat tersebut mengandungi makna dan arahan yang sama.Tatabahasa08.04.2011
Assalamualaikum, Saya mohon pencerahan berkenaan ayat di bawah. Adakah penggunaan "dan/atau" dalam ayat di bawah dibenarkan@gramatis? Jika salah, bagaimana cara untuk membetulkannya? CONTOH AYAT Anda telah pelajari bahawa ungkapan algebra ialah gabungan dua atau lebih sebutan algebra dengan operasi tambah dan/atau tolak. Terima kasih.

Waalaikumussalam. Ayat yang gramatis ialah:

Anda telah mempelajari bahawa ungkapan algebra ialah gabungan dua sebutan algebra atau lebih, dengan operasi tambah dan/atau tolak.

Sekian. Terima kasih.
Tatabahasa08.06.2017
Assalamualaikum, Saya mohon pencerahan berkenaan ayat di bawah. Adakah penggunaan "dan/atau" dalam ayat di bawah dibenarkan@gramatis? Jika salah, bagaimana cara untuk membetulkannya? CONTOH AYAT Anda telah pelajari bahawa ungkapan algebra ialah gabungan dua atau lebih sebutan algebra dengan operasi tambah dan/atau tolak. Terima kasih.Cadangan kami: Anda telah mempelajari bahawa ungkapan algebra ialah ungkapan yang terdiri daripada simbol dan operasi aljabar.Lain-lain14.06.2017
Assalamualaikum pihak DBP, di sini ingin saya mengajukan soalan berhubung dengan tulisan jawi dan bidang matematik. Bagaimanakah kita ingin menjawikan istilah matematik? Misalnya dalam bab algebra, logaritma, trigonometri, bulatan, pengamiran dan lain-lain. Mohon pihak DBP memberi respons yang memuaskan.Untuk menyemak ejaan Jawi dalam pelbagai bidang termasuklah istilah Matematik, seperti ejaan algebra, logaritma dan trigonometri, tuan boleh merujuk www.prpm.gov.my. Sila tulis dengan huruf kecil dan ejaan Jawi akan terpapar bersama-sama entri berkenaan. Sekiranya istilah tersebut tidak ditemukan dalam PRPM (bermakna tulisan Jawi juga tidak ditemui), tuan boleh menghubungi kami untuk mendapatkan maklumat lanjut.Ejaan28.02.2024
mengapa tidak menggunakan tulisan jawi sebagai tulisan rasmi? apakah kita mesti menggunakan roman sebagai tulisan rasmi? jikalau ingin membubarkan PPSMI, perlu adanya perkataan-perkatan sendiri dalam istilah perubatan. bukannya mengadaptasi bahasa asing. saya seorang pelajar sains. dulu saya mempelajari biologi, fizik dan kimia dalam Bahasa Melayu, saya mendapati banyak istilah-istilah hanya dimelayukan, bukannya asal daripada Melayu sendiri. bagaimanakah untuk memperjuangkan Bahasa Melayu? tolong beri perhatian.

Sekiranya tulisan Jawi dijadikan tulisan rasmi sayalah antara orang yang paling gembira sekali. Saudara bagaimana? Kadang-kadang kita perlu membuka minda dan memahami bahawa sifat sesuatu bahasa itu tidak statik. Ia akan berubah mengikut perkembangan zaman. Itulah tanda bahawa bahasa itu hidup. Kalau tiada orang menggunakan bahasa, ia akan mati seperti bahasa Hawaii contohnya. Banyak istilah yang berkaitan dengan pelbagai bidang termasuklah bidang sains dan teknologi telah dimelayukan. Kalau saudara mempertikai tentang penyaduran istilah tersebut, cuba saudara berikan contoh satu perkataan dan daripada bahasa mana asal kata tersebut? Saya yakin bahawa asalnya bukan hanya daripada bahasa Inggeris sahaja. Orang Inggeris pun meminjam banyak istilah daripada bahasa lain, contohnya: algebra - B.Arab, amuck- B.Melayu, combat - B.Latin, Science - B.Latin melalui B.Perancis, Technology - B.Greek, dll. Kalau dikaji sebahagian besar kata dalam bahasa Inggeris itu dipinjam drp. bahasa lain. (Sila baca bahan yang berkaitan dengan perkembangan bahasa Inggeris).

Lain-lain25.12.2008

Kembali ke atas