Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[al.go.rit.ma] | الݢوريتما

Definisi : 1. satu siri atau set arahan, peraturan atau prosedur yg diikuti utk menyelesaikan masalah (terutama dlm komputer): golongan profesional meminati teknik berfikir secara analitis yg menggunakan pelbagai teori dan ~; 2. (Komp) cara penyelesaian masalah dgn melakukan jujukan proses atau peraturan yg ditentukan utk mencapai matlamat atau ob­jektif. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata algoritma


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya telah mewujudkan satu bilik yang diberi nama 'Bilik Algoritma Dokumentasi'. Bilik ini berfungsi untuk meletakkan dokumen2 pentadbiran, akademik yang sulit dan yg bukan sulit. Tujuan digunakan Algoritma adalah bersesuaian dengan susuan bilik dimana dokumen disusun mengikut kategori, yang perlu dilupus, Sulit, Soalan Peperiksaan yang telah tamat tempoh, Dokumen Semasa, Laporan2 Amali diasingkan yang perlu dilupus dan masih dalam perhatian. Mohon pandangan pihak yang lebih arif adakah sesuai penggunaan 'Algoritma' digunkana untuk Bilik Dokumentasi (Bilik Algoritma Dokumentasi). T.Kasih di atas makluman segera.Nama yang dicadangkan ialah Bilik Dokumentasi. Berdasarkan maksud "algoritma" yang diberikan dalam pangkalan data istilah DBP dan Kamus Dewan Edisi Keempat, kami berpendapat perkataan "Algoritma" tidak sesuai digunakan dalam konteks ini. Contohnya, dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, algoritma bermaksud 1. satu siri atau set arahan, peraturan atau prosedur yang diikuti untuk menyelesaikan masalah (terutama dalam komputer) 2. (Komputer) cara penyelesaian masalah dengan melakukan jujukan proses atau peraturan yang ditentukan untuk mencapai matlamat atau ob­jektif.Istilah05.08.2016
adakah perkataan algoritma kunang-kunang ada dalam istilah teknologi maklumat/komputer.Ya betul.Algoritma kunang-kunang merupakan padanan bahasa Melayu bagi istilah 'firefly algorithm'.Istilah03.08.2022
Apa istilah yang sesuai untuk algoritma "Canny Edge Detection" dalam konteks Teknologi Maklumat.Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah Canny edge detection ialah pengesanan tepi Canny. Padanan ini berdasarkan ciri semantik istilah Canny itu sendiri yang merupakan kata nama khas. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah22.05.2023
Salam. Apakah terjemahan yang disarankan bagi istilah-istilah berikut? "Cryptominer" - skrip komputer yang diletakkan pada laman sesawang untuk menggunakan sumber komputer pengguna bagi mengumpul kriptowang tanpa diketahui oleh pengguna. "Fingerprinter" - Entiti yang mengumpul maklumat tentang pengguna pelayar Internet seperti konfigurasi dan maklumat tetapan komputer yang boleh dilihat oleh laman sesawang yang dilawati. Fingerprinter akan menggunakan maklumat ini bagi mencipta satu profil tentang sesuatu pengguna dengan menggunakan sejenis algoritma bagi tujuan komersial dan lain-lain. Fingerprinter ini tiada kaitan dengan cap jari biometrik, tetapi merujuk kepada 'device fingerprint' (https://en.wikipedia.org/wiki/Device_fingerprint). "Device Fingerprint" - (Seperti dinyatakan di atas)Cadangan terjemahan yang sesuia bagi "Cryptominer"  mengikut konteks yang diberikan ialah aplikasi pelombong krypto, manakala terjemahan bagi "Fingerprinter" masih belum ada dalam pangkalan data kami. Pihak kami akan membincangkan terlebih dahulu dalam jawatankuasa istilah kami bagi mendapatkan padanan yang sesuai mengikut konteks yang diberikan.Makna28.11.2020

Kembali ke atas