Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[al.go.rit.ma] | الݢوريتما

Definisi : 1. satu siri atau set arahan, peraturan atau prosedur yg diikuti utk menyelesaikan masalah (terutama dlm komputer): golongan profesional meminati teknik berfikir secara analitis yg menggunakan pelbagai teori dan ~; 2. (Komp) cara penyelesaian masalah dgn melakukan jujukan proses atau peraturan yg ditentukan utk mencapai matlamat atau ob­jektif. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata algoritma


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cryptographic algorithmalgoritma kriptografiTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerAlgoritma yang menggunakan sains kriptografi termasuk algoritma penyulitan, algoritma cincang kriptografi, algoritma tandatangan digital dan algoritma persetujuan kekunci.
secret key algorithmalgoritma kekunci rahsiaTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerAlgoritma penyulitan yang menggunakan kekunci yang sama untuk penyulitan dan penyahsulitan data. Contoh algoritma kekunci rahsia ialah piawaian penyulitan dan (DES), DES ganda tiga (3DES), dan algoritma Rijndael. Sinonim algoritma penyulitan simetri.
RC2/RC4 algorithmalgoritma RC2/RC4Teknologi MaklumatKeselamatan KomputerDua jenis algoritma penyulitan berbeza yang dihasilkan sebagai produk penyulitan. Algoritma RC2 ialah sifer blok yang menggunakan kekunci bersaiz antara 8 hingga 128 bit untuk menyulitkan blok data bersaiz 64 bit dalam 18 kitaran penyulitan. RC2 digunakan sebagai kaedah alternatif kepada algoritma DES untuk penyulitan umum dan hampir tiga kali lebih laju daripada DES. Algoritma RC4 pula ialah sifer alir yang menggunakan kekunci bersaiz antara 40 bit hingga 256 bit. Algoritma RC4 pula ialah sifer alir yang menggunakan kekunci bersaiz antara 40 bit hingga 256 bit. Algoritma ini digunakan untuk SSL dan protokol penyulitan tanpa wayar WEP.
Skipjack encryption algorithmalgoritma penyulitan SkipjackTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerAlgoritma penyulitan yang digunakan sebagai fungsi penyulitan asas dalam cip Clipper. Algoritma ini ialah suatu sifer blok yang menggunakan kekunci 80 bit untuk menyulitkan blok data bersaiz 64 bit dalam 32 kitaran penyulitan. Oleh sebab saiz kekunci yang lebih besar dan kitaran penyulitan yang lebih banyak, Agensi Keselamatan Negara Amerika Syarikat (NSA) yang merupakan pengasas algoritma ini mendakwa bahawa keselamatan algoritma ini lebih kukuh berbanding algoritma DES. Walau bagaimanapun, ciri algoritma ini dirahsiakan oleh NSA dan hingga kini hanya wujud dalam bentuk cip litar Clipper dan tidak wujud dalam bentuk perisian.
picture processingpemprosesan gambarTeknologi MaklumatTiadaProses untuk mengecam atau memanipulasi gambar dengan menggunakan gabungan beberapa algoritma seperti algoritma penipisan dan penapisan. Sinonim pemprosesan imej.
picture processingpemprosesan gambarTeknologi MaklumatTiadaProses untuk mengecam atau memanipulasi gambar dengan menggunakan gabungan beberapa algoritma seperti algoritma penipisan dan penapisan. Sinonim pemprosesan imej.
digital signature algorithm (DSA)algoritma tandatangan digital (DSA)Teknologi MaklumatKeselamatan KomputerAlgoritma kriptografi tak simetri yang menghasilkan tandatangan digital dalam bentuk pasangan nombor perdana yang besar, yang digunakan dalam piawai tandatangan digital. Algoritma El Gamal dibangunkan oleh Taher El Gamal pada tahun 1985 menggunakan kerumitan pengiraan logaritma diskret yang merupakan salah satu contoh algoritma tandatangan digital.
Diffie-Hellman algorithmalgoritma Diffie-HellmanTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerAlgoritma persetujuan kekunci yang dihasilkan pada tahun 1976 oleh Whitfield Diffie dan Martin Hellman. Algoritma ini mewujudkan kekunci yang digunakan bagi penyulitan, operasi pengurusan kekunci ataupun kriptografi yang lain.
public-key algorithmalgoritma kunci-awamTeknologi MaklumatTiadaAlgoritma kriptografi dengan salah satu daripada kuncinya dijadikan milik awam atau diedarkan kepada pengguna berdaftar dan satu lagi kunci disulitkan. Padanan algoritma kedua-dua kunci yang serasi akan membolehkan maklumat dinyahsulit dan dibaca. Contoh
Data Encryption Standard (DES)Piawai Penyulitan Data (DES)Teknologi MaklumatKeselamatan KomputerAlgoritma yang menjadi piawai untuk penyulitan dan penyahsulitan data sejak tahun 1977. Algoritma ini dihasilkan untuk menyelaraskan algoritma yang digunakan untuk penyulitan komunikasi bagi tujuan perniagaan dan merupakan satu sifer blok berkekunci simetri. DES terdiri daripada jujukan operasi yang berulang sebanyak 16 kali serta menggunakan satu kekunci yang bersaiz gandaan 64 bit. Penyahsulitan dilakukan dengan menyongsangkan algoritma DES dengan kekunci yang sama. Lihat juga sifer blok dan kekunci simetri.
12345678910...

Kembali ke atas