Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[al.ha.sil] | الحاصل

Definisi : Ar kesudahannya, hasilnya, akhirnya: ~, dia sendiri juga yg menanggungnya; ~ simposium itu tidak dapat mencatatkan apa-apa yg bernas kecuali salah seorang peserta bangun dan membetulkan beberapa fakta; ® hasil. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata alhasil


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Antara tiga perkataan berikut yang manakah yang betul: Al-Azhar al-Syarif atau al-Azhar asy-Syarif atau al-Azhar as-Syarif? Boleh jelaskan sebab?

Perkataan bahasa Arab seperti al-, an-, as- dieja dengan huruf kecil dan diletakkan tanda sempang sekiranya diikuti dengan huruf besar selepasnya seperti al-Quran dan as-Siddiq. Sekiranya diikuti dengan kata nama am, perkataan bahasa Arab tersebut dieja bersambung tanpa tanda sempang seperti alkisah dan alhasil. Walau bagaimanapun, perkataan bahasa Arab tersebut dieja dengan huruf besar sekiranya berada pada awal ayat.

Merujuk pertanyaan saudara berkaitan dengan penggunaan awalan al-, asy- atau as-, DBP tidak dapat mengesahkan penggunaan perkataan Arab yang betul, kecuali saudara dapat memberikan ejaan dalam bahasa Arab bagi awalan tersebut.

Tatabahasa24.03.2024
Apakah ejaan yang betul bagi perkataan al-Attas atau alAttas? Begitu juga dengan al-Arabiah atau alArabiah? Ini kerana ada sesetengah dieja rapat dan ada sesetengahnya diletakkan tanda sengkang. Begitu juga dengan nama Syed Muhammad Alsagoff. Adakah Alsagoff atau alSagoff atau al-Sagoff atau Al-Sagoff? Adakah penggunaan 'al' itu harus diletakkan tanda sengkang selepasnya atau tidak dan bagaimana pula dengan huruf 'A' adakah 'al' atau 'Al'?Perkataan Arab "al-" yang diterima sebagai kata nama khas dieja dengan tenda sempang dan diikuti dengan huruf besar selepasnya, seperti al-Quran dan al-Attas, manakala kata nama am seperti alkisah dan alhasil dieja bersambung.Ejaan28.08.2012

Kembali ke atas