Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.li] | الي

Definisi : Ar tinggi; mengali memperlihatkan diri utk menarik perhatian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.li] | الي

Definisi : ; gula ~ gulali, sj penganan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ali

Puisi
 

Ali Hasan anak baginda,
     Tidur semalam di Kalamati;
Duduk makan sedang bercinta,
     Air mata jatuh ke nasi.


Lihat selanjutnya...(29)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Yang manakah adalah betul? 1) berguru kepada Ali atau berguru dengan Ali? 2) belajar kepada Ali atau belajar dengan Ali atau belajar daripada Ali? 3) berpandu pada peta atau berpandukan peta atau berpandu dengan peta? 4) semua orang murid atau semua murid? 5) setiap orang murid atau setiap murid? 6) sesetengah murid atau sesetengah orang murid? 7) beberapa kereta atau beberapa buah kereta? 8) persahabatan antara Ali dan Abu atau persahabatan antara Ali dengan Abu? Terima kasih.1. Berguru kepada Ali.
2. Belajar dengan Ali atau belajar daripada Ali - kedua-duanya betul dengan konteks makna yang berbeza.
3. Berpandukan peta. 
4. Semua murid.
5. Setiap murid.
6. Sesetengah murid. 
7. Beberapa buah kereta. 
8. Persahabatan antara Ali dengan Abu.
Tatabahasa07.10.2022
'Ali telah makan kek itu.' 'Kek itu telah dimakan oleh Ali.' 'Ali sedang makan di kantin.' Oleh sebab ayat pertama dapat dipasifkan menjadi ayat kedua, adakah ini bermakna 'makan' merupakan kata kerja transitif? Namun, ayat ketiga menunjukkan bahawa 'makan' dapat berdiri sendiri yakni merupakan kata kerja tak transitif tanpa pelengkap. Harap dapat jelaskan.Perkataan 'makan' ialah kata kerja transitif. Kata kerja transitif dibahagikan kepada dua, iaitu kata kerja dalam ayat aktif dan kata kerja dalam ayat pasif. Kata kerja transitif yang wujud dalam ayat aktif ialah kata kerja yang menerima awalan meN- dengan atau tanpa akhiran -kan atau -i. Kata kerja transitif yang wujud dalam ayat pasif pula ialah kata kerja hasil daripada proses transformasi atau perubahan ayat katif menjadi ayat pasif. Untuk makluman kata kerja transitif makan dalam ayat pertama ialah kata kerja transitif biasa yang penggunaannya tidak memerlukan imbuhan. Perkataan 'makan' dalam ayat ketiga ialah kata kerja tak transitif  yang tidak memerlukan penyambut atau objek sesudahnya.Tatabahasa05.05.2011
Adakah penggunaan kata kerja tunggal berikut diterima betul? 1. Ali "sapu" kaya pada roti. 2. Ali "mop" lantai. 3. Ali "lap" cermin. 4. Ali "tarik" pam tandas. *Terima kasih*
Penggunaan yang betul ialah:
1. Ali menyapu kaya pada roti.
2. Ali mengemop lantai.
3. Ali menarik pam tandas.
Tatabahasa04.05.2014
a) Ali rajin membaca buku. b) Ali membaca buku dengan rajin. c) Ali malas membaca buku. d) Ali membaca buku dengan malas. e) Ali membaca buku dengan kuat. mohon pandangan tuan, ayat yang mana mematuhi hukum tatabahasa.

Ayat: Ali rajin membaca buku; Ali malas membaca buku; dan Ali membaca buku dengan kuat adalah betul. Ayat pertama dan kedua adalah betul kerana rajin dan malas itu adalah sifat kepada pelaku (Ali); manakala ayat ketiga menunjukkan cara perbuatan itu (membaca dengan kuat) dilakukan. Ayat: Ali membaca buku dengan rajin dan Ali membaca buku dengan malas adalah salah kerana rajin dan malas tidak boleh menjadi cara sesuatu itu (membaca) dilakukan. Lihat buku Tatabahasa Dewan, halaman 280. 

 

Tatabahasa23.02.2011
a.bersama dengan Ali, b.bersama-sama Ali, c. bersama Ali. yang mana satu frasa tersebut betul?Frasa yang betul ialah bersama dengan Ali  dan bersama-sama Ali.Tatabahasa17.01.2011
Yang manakah betul? a. Rumah Ali berdekatan dengan kedai runcit Pak Ali ./ Rumah Ali berdekatan kedai runcit Pak Ali. b. Bekas yang dijinjingnya berisikan jus oren. / Bekas yang dijinjingnya berisikan jus oren. Terima kasih.Salam sejahtera,

Jawapan yang betul ialah

1. Rumah Ali berdekatan dengan kedai runcit Pak Ali
2. Bekas yang dijinjingnya berisikan jus oren
Tatabahasa08.07.2020
Yang mana satu betul eg: Prof. Ali atau Prof Dr. Ali kalau merujuk Prof. dalam bidang falsafah sahaja tanpa ada ISM Profesional. Dr telah diubah menjadi Prof. Manakala, pendapat saya Prof. Dr. Ali ini bermaksud Prof (Jawatan diiktiraf uni daripada Dr. yang akan kembali menjadi Dr. sahaja selepas bersara) dan Dr. (gelaran pengamal perubatan). Jadi pendapat saya berbeza "Prof. Dr. Ali dan Prof. Ali". begitu juga "Prof Madya Dr. Ali - Prof Madya. Ali", "Prof Emeritus Ali - Prof Emeritus Dr. Ali". Namun begitu, Phd dalam bidang perubatan tetap kekal Dr. Ali (Phd Md) --- Mohon pencerahan. Terima Kasih
Sama ada seseorang itu doktor perubatan atau doktor falsafah, beliau boleh memakai gelaran Dr. pada awal namanya. Bagi doktor falsafah, sekiranya beliau seorang profesor atau profesor madya semasa berkhidmat di pusat pengajian tinggi, maka ditambah gelaran Prof.  atau Prof. Madya di hadapan Dr. sebelum namanya. Apabila beliau telah bersara, gelaran yang tinggal ialah Dr. sahaja.
Lain-lain01.03.2021
1"Ali mop lantai." 2"Ali mengemop lantai." soalan:ayat 1atau ayat 2 atau kedua-dua ayat ini betul? sekian terima kasih.Ali mengemop lantai atau Ali mengelap lantai.Tatabahasa25.11.2014
Ali sudah mengambil barang itu semalam. Adakah ayat songsang berikut betul? (A) Barang itu semalam Ali sudah mengambil.Ali sudah mengambil barang itu semalam.

Ayat songsang:

1. Sudah mengambil barang itu semalam Ali.
2. Semalam Ali sudah mengambil barang itu.
Tatabahasa03.11.2015
Salam, saya terkeliru dengan ayat-ayat berikut, yang mana satukah betul? 1. Bapa Ali ialah seorang Melaka. 2. Bapa Ali ialah orang Melaka. 3. Bapa Ali seorang Melaka. 4. Bapa Ali orang Melaka. 5. Bapa Ali seorang Melayu. 6. Bapa Ali orang Melayu. Minta tunjuk ajar, terima kasih.Ayat yang betul ialah:
2. Bapa Ali ialah orang Melaka. 
4. Bapa Ali orang Melaka. 
6. Bapa Ali orang Melayu.
Tatabahasa10.11.2014
12345678910...

Kembali ke atas