Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.li] | الي

Definisi : Ar tinggi; mengali memperlihatkan diri utk menarik perhatian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.li] | الي

Definisi : ; gula ~ gulali, sj penganan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ali

Puisi
 

Ali Hasan anak baginda,
     Tidur semalam di Kalamati;
Duduk makan sedang bercinta,
     Air mata jatuh ke nasi.


Lihat selanjutnya...(29)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ALI-ALI

Ali-ali ialah sejenis senjata yang paling kuno.

Kemungkinan, tarbil merupakan senjata yang

pertama direka bentuk untuk melontar batu dengan

lebih kuat berbanding dengan lontaran yang mampu

dilakukan oleh manusia dengan tangan.

UMUM 
ALI AUDAHPenterjemah dan penulis Indonesia.SASTERATokoh
RAJA ALI KELANA RAJA MUHAMMAD YUSUF

RAJA ALI KELANA RAJA MUHAMMAD YUSUF (? – 1927), penulis dan tokoh agama. Tarikh dan tempat lahirnya tidak diketahui. Nama sebenarnya ialah Raja Ali. Dia ialah anak Raja Muhammad Yusuf, Yang Dipertuan Muda Riau yang ke-10. Gelaran ‘Kelana’ ditambah di hujung nama Raja Ali sebagai tanda dia telah dilantik sebagai calon Yang Dipertuan Muda. Walau bagaimanapun, jawatan itu akhirnya disandang oleh Raja Abdul Rahman (saudaranya berlainan ibu) akibat campur tangan Belanda. Di Riau, Raja Ali Kelana dikenal sebagai Engku Ali Johor, manakala di Johor dan Singapura, dia dikenal sebagai Engku Ali Riau. Di Pulau Penyengat, dia digelar Engku Ali Bukit.

SASTERATokoh
AKHFASH, ALI AL-

Akhfash, Ali al-( ? –315 H./? –927 M.) ialah ahli

nahu. Nama penuhnya ialah Abu al-Hassan ‘Ali ibn

Sulayman ibn al-Fadl.

UMUM 
ADONIS, ‘ALI AHMAD SA‘ID (1930– )

Adonis, ‘Ali Ahmad Sa‘id (1930-           ) ialah penyair

dan pengkritik. Dia berasal dari Lubnan dan lahir di

Syria. Nama sebenarnya ialah ‘Ali Ahmad Asbar tetapi

dia terkenal dengan nama ‘Ali Ahmad Sa‘id atau lebih

dikenali sebagai Adonis.

UMUM 
ALI ‘ABD AL-RAZIQ

Ali ‘Abd al-Raziq (1305 H.–1385 H./1888 M.–1966

M.), ahli fikir Mesir. Nama penuhnya ialah Syeikh ‘Ali

‘Abd al-Raziq.

UMUM 
SURAH ALI ‘IMRAN

Surah Ali ‘Imran ialah salah satu daripada surah

Madaniyyah, surah yang ketiga mengikut susunan

surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 200 ayat.

Surah ini dinamakan Ali ‘Imran kerana terdapat

kisah sebuah keluarga, iaitu keluarga Imran, bapa

Maryam, ibu Nabi Isa a.s. Surah ini memperlihatkan

kekuasaan Allah S.W.T. dengan kelahiran Maryam

dan kelahiran anaknya Isa a.s.

UMUM 
ALI IBN ABI TALIB

Ali ‘ibn ‘Abi Talib (23 S.H.–40 H./600–661 M.),

sahabat yang mulia, seorang dalam kalangan

empat orang Khulafa’ al-Rasyidin dan sepupu

Rasulullah SAW. Nama penuhnya ialah ‘Ali ‘ibn ‘Abi

Talib ‘ibn ‘Abd al-Muttalib ibn Hasyim ‘ibn ‘Abd

Manaf.

UMUM 
SULTAN ALI ISKANDAR SYAHSULTAN ALI ISKANDAR SYAH (1824-1877), Sultan Johor (1840-1877). Baginda ialah putera kedua Sultan Husin Syah, Sultan Singapura-Johor. Walaupun Sultan Husin mangkat pada tahun 1835 di Umbai, Melaka, tetapi Tengku Ali hanya diakui sebagai Sultan pada 16 September 1840. Baginda memakai gelaran Sultan Ali Iskandar Syah. Pengisytiharan Sultan Ali dipersetujui oleh Gabenor Negeri-Negeri Selat, Murchison dan diakui oleh kerajaan British.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SULTAN ALISULTAN ALI (  ?  -1871), Sultan Perak yang ke-24 (1865-1871). Baginda bergelar Sultan Ali al-Mukammal Inayat Syah menggantikan Sultan Jaafar Muazzam Syah yang mangkat pada 20 Mac 1865. Baginda bersemayam di Sayong, Kuala Kangsar, Perak. Semasa baginda menjadi sultan, Raja Abdullah telah dilantik sebagai Raja Muda dan bersemayam di Batak Rabit, manakala Raja Ismail dilantik sebagai Raja Bendahara dan bersemayam di Belanja. Sultan Ali mewarisi pemerintahan yang kurang stabil disebabkan perebutan takhta di kalangan keluarga diraja, pergaduhan antara orang Cina di kawasan perlombongan bijih timah di Larut, dan minat awal yang ditunjukkan oleh British untuk campur tangan di Perak.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
12345678910...

Kembali ke atas