Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.li] | الي

Definisi : Ar tinggi; mengali memperlihatkan diri utk menarik perhatian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.li] | الي

Definisi : ; gula ~ gulali, sj penganan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ali

Puisi
 

Ali Hasan anak baginda,
     Tidur semalam di Kalamati;
Duduk makan sedang bercinta,
     Air mata jatuh ke nasi.


Lihat selanjutnya...(29)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaAda berempat sahabat nabi, Ada seorang jadi khalifah; Abu Bakar, Omar, Usman, dan Ali, Saidina Ali suami Fatimah.
Kurik Kundi Merah SagaAli Hasan anak baginda, Tidur semalam di Kalamati; Duduk makan sedang bercinta, Air mata jatuh ke nasi.
Kurik Kundi Merah SagaCik Ali membelah kundur, Kundur terletak atas papan; Apa jadi saya tak undur, Tumpah darah atas papan.
Kurik Kundi Merah SagaEncik Ali membawa galah, Sampai kuala menjala ikan; Bukit tinggi dijadi Allah, Lautan dalam siapa galikan?
Kurik Kundi Merah SagaCik Ali menikam pari, Tala suntung tala sumpit; Bukan sengaja saya ke mari, Bawa pantun dengan nasib.
Kurik Kundi Merah SagaEncik Ali mengerat nibung, Kapaknya tumpul mari diasah; Putus tali boleh disambung, Putus sahabat hati gelisah.
Kurik Kundi Merah SagaCik Ali anak Cik Hassan, Hendak menggulai kambing jantan; Sahabat baik saya berpesan, Santan mabuk jangan dimakan.
Kurik Kundi Merah SagaCik Ali pergi berperang, Pergi berperang dengan senjata; Awan di langit kalau terang, Cahaya bintang baru nyata.
Kurik Kundi Merah SagaCik Ali menembak berdetus, Bunyi sampai tepi madrasah; Nampak genting tidak putus, Dengar berderak tidak patah.
Kurik Kundi Merah SagaCik Ali memacu kuda, Jangan diregang tali ragam; Asal matahari matahari juga, Bulan terbit terangkan alam.
123

Kembali ke atas