Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.li.ba.ba] | الي

Definisi : cara perusahaan yg memakai nama Melayu atau kelihatan saja dimiliki atau di­urus­kan oleh orang Melayu tetapi sebenar­nya kepunyaan (diselenggarakan oleh) orang Cina atau bangsa asing yg lain: yg mendapat ke­untungan ialah orang asing melalui cara ~; mengalibabakan menjual hak-hak yg khas bagi orang Melayu kpd orang Cina atau bangsa asing yg lain: ada orang Melayu yg ~ hak-hak mereka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ali baba


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Sejak tahun 2008 saya mula melihat berlaku satu tradisi baru dalam menggunakan gelaran 'Tuan' pada nama seseorang terutama sekali dikalangan ahli politik yang mendapat jawatan menerusi lantikan politik. contoh : Tuan Lim Gong Gon, Ahli Majlis Perbandaran Kota Lama. YB. Tuan Ali bin Kalim, Exco kerajaan negeri YB. Tuan Lim Guang In, Menteri Persekutuan Adakah penggunaan 'Tuan' dibolehkan? Atau sepatutnya digunakan 'Encik' Contoh : YAB Encik Ghaffar Baba, Timbalan Perdana Menteri MalaysiaBerdasarkan Surat Pekeliling Am Bilangan 4 Tahun 2014, Panggilan Hormat dan Kaedah Penggunaannya, gelaran bagi Ahli Parlimen ialah YB, seperti YB Ali bin Kalim dan bagi yang bukan Ahli Parlimen gelarannya ialah Encik, seperti Encik Lim Gong Gon. Tiada pekeliling tentang pemakaian gelaran/sapaan tuan bagi penjawat jawatan melalui lantikan politik.Lain-lain11.03.2022

Kembali ke atas