Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.lias] | الياس

Definisi : 1. disebut juga, sama dgn (digunakan pd nama seseorang yg mempunyai lebih drpd satu nama): Kasim ~ Hasyim bin Samad; 2. (Komp) nama ganti atau nama tambahan bagi sesuatu unsur dlm sistem komputer. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.lias] | الياس

Definisi : ist nama ganti atau nama tambahan bagi sesuatu unsur dlm sistem komputer. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata alias


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
assalamulaikum sy pelajar kolej mara seremban saya ad buat kajian tentang novel Alias Ali iaitu Krisis terbitan Federal Berhad....saya nk mendapatkan biografi pengarang Alias Ali dan Sinopsis novel ni..... terima kasih...

Waalaikumusalam wbk. Bagi mendapatkan biografi pengarang Alias Ali, sdr bolehlah mendapatkan/merujuk kepada buku Biografi Penulis WAJAH (Edisi Ketiga), terbitan DBP, 2005. Buku tersebut boleh dibeli di mana-mana kedai utama atau dirujuk di mana-mana perpustakaan utama di tempat sdr atau di Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50926 Kuala Lumpur. Tentang sinopsis novel Krisis karya penulis tersebut, sdr bolehlah merengkaskan ceritanya selepas karya tersebut dibaca.

Sekian dimaklumkan dan wassalam.

Lain-lain04.08.2010
Luqman Alias SAB 1.14 PTG Assalamualaikum Boleh saya tahu, untuk tempahan penggunaan Auditorium DBP, saya perlu berhubung dengan siapa ya?Untuk urusan tempahan tempat/dewan, sila berhubung terus dengan Bahagian Pentadbiran Am, DBP melalui talian 03-21479095/9409/9080.Lain-lain13.05.2017
Ariy Alias Dec. 15 4:09PM assalamualaikum bolehkah admin dbp bantu saya bagaimana cara saya boleh pergi ke dbp menggunakan perkhidmatan komuter n lrt saya dari stesen komuter shah alam seksyen 19 sekian, terima kasihStesen Hang Tuah dan perlu berjalan kaki ke DBP (Sekitar 5 ke 7 minit sahaja) Atau boleh juga menggunakan Monorel - Stesen Maharajalela (Berjalan kaki ke DBP sekitar 5 ke 7 minit)Lain-lain15.12.2015
salam, 1. bagaimanakah untuk saya menghubungi penulis-penulis seperti A. samad Said, Zaharah Zawawi dan Jamilah Alias?

Waalaikumusalam wbk. Alamat perhubungan bagi tiga orang penulis yang diperlukan iaitu:

1.   SN Datuk A. Samad Said, Lot 4-9-6, Pangsapuri Bangsar Utama, 59100 Kuala Lumpur.

2.   Zaharah Nawawi, No. 53, Jalan USJ 4/1F, UEP, Subang Jaya, 47600 Petaling Jaya, Selangor D/Ehsan.

      Alamat e-mel beliau ialah nemoku@tm.net.my.  

3.  Jamilah Alias, No 8 - 3C, KM 1, Jalan Simpang 3, 45800 Jeram, Selangor D/Ehsan.

Dalam hal ini, pada kebiasaannya no telefon penulis di atas tidak dapat disertakan kerana tidak mendapat keizinan daripada penulis tersebut.

 Sekian, teima kasih dan wassalam.

Lain-lain26.06.2010
Saya memerlukan biodata Keris Mas dan T. Alias Taib.Sila rujuk bahan ini : 1.Sasterawan negara: Keris Mas Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2001 2. The Memoirs of Keris Mas Shah Rezad Ibrahim Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2004 3. Keris Mas dalam Kenangan Tuk Aji Dewan Siswa 01/04/1992 . 5. Keris Mas Dewan Sastera 01/06/2005Lain-lain23.09.2007
Saya cuba membuat pencarian kata tetapi mesej berikut terpapar : ERROR [08004] [IBM] SQL30061N The database alias or database name "SPMB " was not found at the remote node. SQLSTATE=08004 Apakah masalah dan cara penyelesaiannya?

Masalah ini adalah masalah  teknikal dan pihak kami akan mengajukan perkara ini kepada Bahagian Sistem Maklumat DBP untuk tindakan lanjut.

Lain-lain19.06.2009
Tuan, adakah perkataan `sayang' boleh digunakan untuk kata ganti nama diri kedua? Contoh ayat: "Sayang, buatkan saya secawan kopi," kata Pak Alias kepada isterinya.Kata sapaan tersebut sesuai dalam konteks tidak rasmi bagi menimbulkan kemesraan atau keakraban.Tatabahasa10.04.2017
Assalam, Saya pensyarah uthm sedang membangunkan polisi memerlukan terjemahan tepat bagi perkataan berikut 1) self-reliant 2) self-improvement Terima kasih atas maklum balas Dr AliasWaalaikumussalam...
Terjemahan yang sesuai bagi:
 1) self-reliant - berdikari
2) self-improvement - kemajuan diri
Makna12.06.2017
Kamalia Ramlan 21 Disember 2015 MON 8:50PM Kamalia Salam pihak DBP. Saya ingin bertanya adakah pihak DBP masih ada stok buku-buku kumpulan puisi T. Alias Taib atau sudah tidak dicetak lagi? Terima kasih.Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Kedai Buku DBP melalui talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp@yahoo.com.Lain-lain21.12.2015
Dalam pengacaraan majlis yang formal, bagaimanakah cara yang betul untuk menyebut nama individu yang mempunyai tanda "@" pada nama mereka?Simbol @ digunakan dalam penulisan nama seseorang yang mempunyai lebih daripada satu nama contohnya Kasim@Hasyim bin Samad. Dalam majlis rasmi simbol @ boleh disebut "[a.lias] alias" dan  "atau". Nama Kasim@Hasyim bin Samad boleh disebut sebagai "Kasim alias Hasyim bin Samad" atau "Kasim atau Hasyim bin Samad." 

Tatabahasa05.02.2023
12

Kembali ke atas