Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : pertukaran drpd satu bahasa kpd bahasa yg lain, penterjemahan; mengalihbahasakan menterjemahkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata alih bahasa


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
code switchalih kodSosiolinguistikTiadaPengubahan kod daripada bahasa standard secara langsung dengan menggantikan kata-kala atau ayat-ayat dengan bahasa asing lazimnya bahasa lnggeris.
code switchingalih-mengalih kodPsikologiPsikologi UmumKebolehan individu untuk menggunakan dua atau lebih bahasa dalam masa yang sama secara bersilih ganti. Alih-mengalih kod dikenali juga sebagai pertukaran kod.
talking dictionarykamus bersuaraSosiologiTiadaSistem perkamusan yang menggunakan peralatan elektronik mudah alih dan boleh bersuara bagi memudahkan pengajaran dan pembelajaran bahasa.
bangsawanbangsawanKesusasteraanTiadaSejenis teater bersifat opera yang mengandungi lagu, muzik, dialog dan dipersembahkan tanpa skrip. Walaupun tanpa skrip, rangka lakon atau senario setiap cerita ditampalkan di belakang pentas untuk dijadikan panduan. Justeru, persembahan bangsawan banyak memanfaatkan teknik improvisasi dalam dialog dan aksi. Ciri-ciri lain termasuklah penggunaan latar yang diwarnakan, aksi yang streotaip, serta muzik dan tarian yang tidak dirancang. Cerita bangsawan berkisar tentang dalam raja, istana dan dewi-dewi. Ada juga cerita berdasarkan sejarah tempatan, kisah Islam, cerita Hindi, cerita Cina, dan lain-lain. Bangsawan berasal dari Bombay, India dan dibawa oleh sekumpulan pelakon teater parsi (dikenali sebagai Wayang Parsi) yang menyampaikan persembahannya dalam bahasa Urdu. Apabila wayang Parsi tidak lagi aktif, persembahan bangsawan diambil alih oleh pelakon tempatan yang menubuhkan kumpulan bangsawannya sendiri dalam bahasa Melayu. Kumpulan bangsawan yang terkenal dan rpfesional di Pulau Pinang ialah Pushi Indera Bangsawan of Penang (1914). Kumpulan ini kemudiannya berkembang di Sumatera, dan dikenali oleh Opera Stambul. Bangsawan mengalami kemerosotan selepas Perang Dunia Kedua dan semasa penjajahan Jepun. Persembahan bangsawan kemudiannya diambil alih oleh sandiwara. Contoh bangsawan ialah Jula Juli Bintang Tujuh, Laksamana Mati Dibunuh, dan Bawang Putih Bawang Merah. Lihat juga sandiwara, stambul.
aristocratbangsawanKesenianDrama dan TeaterPersembahan teater Melayu yang menggunakan unsur lakonan, muzik, tarian, nyanyian dan lawak serta kelengkapan pentas dalam bentuk set tirai. Secara tradisinya, persembahan bangsawan tidak mempunyai skrip dan banyak bergantung pada kebolehan para pelakonnya untuk membawa cerita. Kebiasaannya, kisah dalam bangsawan berkisar tentang raja-raja dan golongan bangsawan. Terdapat juga kisah berdasarkan sejarah tempatan, kisah Islam, cerita Hindi, cerita Cina dan lain-lain. Bangsawan berasal dari Bombay, India dan dibawa oleh sekumpulan pelakon teater Parsi (dikenali sebagai wayang Parsi) yang menyampaikan persembahannya dalam bahasa Urdu. Apabila wayang Parsi tidak lagi aktif, persembahan bangsawan diambil alih oleh pelakon tempatanyang menubuhkan kumpulan bangsawannya sendiri dalam bahasa Melayu. Contoh cerita bangsawan ialah Jula Juli Bintang Tujuh, Laksamana Mati Dibunuhdan Bawang Putih Bawang Merah. Sinonimwayang Parsi.
dynamic link library (DLL)perpustakaan pautan dinamik (DLL)Teknologi MaklumatPerisianKonsep perpustakaan berkongsi yang dilaksanakan dalam sistem pengendali Windows dan OS/2. Perpustakaan ini mempunyai sambungan fail seperti DLL dan OCX bagi perpustakaan yang mempunyai kawalan ActiveX atau DRV bagi pemacu sistem. Format bagi DLL adalah sama bagi fail yang mempunyai sambungan fail EXE dalam Windows, iaitu boleh laku mudah alih (PE) bagi Windows 32-bit dan 64-bit, dan boleh laku baharu bagi Windows 16-bit. DLL boleh mengandungi pelbagai kombinasi kod, data dan sumber. Contoh fail sumber DLL termasuk perpustakaan ikon yang mempunyai sambungan ICL dan fail fon yang mempunyai sambungan FON dan FOT. Contoh kod panggilan DLL dalam bahasa C dan C++ adalah seperti yang berikut: #include // DLL entry function (called on load, unload, ...) BOOL APIENTRY DllMain(HANDLE hModule, DWORD dwReason, LPVOID lpReserved) { return TRUE; } // Exported function - adds two numbers extern "C" __declspec(dllexport) double AddNumbers(double a, double b) { return a + b; }

Kembali ke atas