Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.li.mén.ta.ri] | اليمينتاري

Definisi : (aliméntari) bkn makanan yg ter­libat dgn penghadaman dan penghadaman­nya: salur ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.li.mén.ta.ri] | اليمينتاري

Definisi : /aliméntari/ ist bkn atau berkaitan dgn makanan. salur ~ pembuluh (dr pangkal halkum hingga ke perut) yg menjadi laluan makanan ke perut dan juga menjadi tempat penyerapan sebahagian drpd makanan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata alimentari


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SALUR ALIMENTARI

Salur alimentari ialah tiub panjang yang

menyalurkan makanan ke dalam tubuh dan

dihadam. Pada manusia, tiub ini kira-kira 9 meter

panjangnya. Haiwan yang memakan daging

biasanya mempunyai salur alimentari yang lebih

pendek daripada haiwan yang memakan rumput.

Salur alimentari bermula di mulut dan termasuk

farinks, esofagus, perut, usus kecil dan usus besar.

UMUM 
PERUT

Perut ialah bahagian yang membesar dalam salur

alimentari. Ia terletak di antara esofagus dengan

usus kecil (lihat Esofagus; Usus ). Pada manusia dan

kebanyakan haiwan, ia adalah organ ringkas bak

pundi. Pada lembu, biri-biri, dan lain-lain ruminan

(haiwan yang mengunyah mamahannya), perut

mempunyai empat petak dan lebih rumit daripada

perut manusia (lihat Ruminan ).

UMUM 

Kembali ke atas