Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.lir] | الير

Definisi : ; mengalir 1. bergerak berterusan (bkn air, cecair, tenaga elektrik, dll): air sungai ~ ke laut; darah ~ keluar drpd luka di kepala­nya; 2. bergerak perlahan-lahan dan sedikit-sedikit, meleleh (bkn air mata, peluh, dll): air matanya ~ juga dlm suram-suram cahaya; 3. bergerak melalui atau menerusi kawat (bkn arus atau tenaga elektrik); 4. bergerak keluar atau masuk (dr sebuah negara ke negara lain dsb), berpindah banyak-banyak (ke negara atau tempat lain): emas ~ ke luar negeri; mengaliri Id mengalir ke (sesuatu kawasan, daerah, dll): air bendungan itu dapat ~ daerah yg luas; mengalirkan 1. menyebabkan (menjadi­kan) mengalir, menyalurkan (air dll) ke: maksud bendungan ini ialah utk ~ air ke sawah; pertempuran yg ~ darah; 2. menye­babkan bergerak (di air), menghanyutkan: ~ rakit; 3. menyalurkan (cita-cita, kegiatan, dsb), mengarahkan; aliran 1. gerakan mengalir (bkn air, tenaga elektrik, dll): ~ air sungai menuju ke laut; ~ tenaga elektrik; 2. gerakan keluar atau masuk biasanya banyak-banyak (dr sebuah negara ke negara lain dsb): ~ emas ke luar negeri; 3. saluran (spt paip air, dawai elektrik, dll) tempat mengalirnya sesuatu: ~ sungai itu selalu berpindah-pindah; 4. haluan pemikir­an (pendapat), mazhab (politik, pandangan hidup, dll); ~ falsafah moden pandangan (haluan) falsafah moden; ~ komunis pendapat atau pemikiran komunis; ~ zaman pandangan hidup masa tertentu; 5. jalan (cerita dsb): cerita ini kutuliskan secara roman sejarah, tetapi ~nya kusesuaikan dgn kisah pepe­rangan Kedah; 6. arah perkembangan, ke­cen­derungan atau kemungkinan (hala sesuatu perkembangan): ~ puisi tahun enam puluhan; ~ pasaran getah; 7. yg termasuk dlm sesuatu golongan yg khusus atau tertentu (bkn pem­bahagian atau pengelasan pelajar atau pelajar­an dsb), sekolah menengah ~ Melayu; pelajar-pelajar ~ sains; ~ tunai penerimaan dan pem­bayaran wang tunai; beraliran berhaluan pendapat (politik, pan­dangan hidup dll): lunas itu ~ utk mendirikan suatu negara sosialis; pengaliran perihal (perbuatan, usaha dsb) mengalirkan, penyaluran (air, arus elektrik, dll), pemindahan (emas, modal dsb): ~ air ke sawah padi; ~ emas ke luar negeri dilarang oleh kerajaan; pengalir sesuatu yg (digunakan utk) meng­alir­kan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.lir] | الير

Definisi : sj pancing utk menangkap buaya; me­nah­an ~ memasang tali alir; mengalir menangkap buaya dgn tali alir. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.lir] | الير

Definisi : Mn licin (permukaan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.lir] | الير

Definisi : ; mengalir 1 bergerak maju perlahan-lahan (ttg benda-benda cair): Air sungai ~ ke laut. 2 bergerak perlahan-lahan dan sedikit-sedikit (spt air mata dll); meleleh: Peluhnya ~ membasahi bajunya. 3 bergerak melalui atau menerusi kawat (ttg tenaga elektrik). mengalirkan 1 membuat supaya mengalir; menyalurkan sesuatu: Apakah ikhtiar kita hendak ~ air sungai ini ke sawah? 2 menggerakkan (tenaga elektrik) melalui kawat. aliran 1 gerakan sesuatu yg cair; gerakan mengalir. 2 gerakan tenaga elektrik melalui kawat: Kerana sesuatu kerosakan, ~ elektrik telah terputus. 3 ki haluan pendapat (pandangan hidup dll) yg timbul drpd sesuatu faham. pengaliran proses (hal dsb) mengalir atau mengalirkan sesuatu. pengalir benda-benda yg digunakan utk mengalirkan sesuatu: ~ elektrik yg baik ialah besi, perak dan tembaga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata alir


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
makna atau maksud serta huraian tekanan dan kadar alirKadar alir merujuk kepada perihal mengeluarkan sesuatu, seperti air atau kekotoran dari tangki. Tekanan merujuk kepada keamatan daya yang bertindak pada sesuatu kawasan, dan merupakan hasil bahagi daya dengan luas kawasan tindakannya.Istilah23.03.2007
Selamat Pagi Tuan, Saya ingin tahu tentang perbezaan antara (1) carta alir atau carta aliran (2) Malaysia Prison Depatment atau Malaysian Prison Department Saya juga ingin tahu bagaimanakah caranya untuk saya meningkatkan perbendaharaan kata supaya tidak berlaku kekeliruan perkataan mana yang lebih sesuai. Sekian, terima kasih.Carta alir dan carta aliran merujuk makna yang sama, iaitu terjemahan perkatan flow chart. Tuan boleh menyemak penggunaan kata melalui laman web kami www.prpm.dbp.gov.my. Tuan boleh menyemak data daripada sumber kamus, istilah dan Khidmat Nasihat DBP.Tatabahasa22.06.2015
Bagaimana cara saya ingin membuat permohonan Pantau Bahasa untuk tujuan pengiklanan bunting kepada Pihak Bandaraya? Saya tidak Berjaya menemui Carta Alir bagi permohonan Pantau Bahasa. Mohon penjelasan dari pihak Tuan/Puan.Untuk pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui portal “Khidmat Pengesahan Bahasa DBP”, tuan boleh membuat carian melalui Google.Lain-lain15.11.2016
Apaka perbezaan antara parit dan longkang?Parit bermaksud 1. alur (salur dll) utk mengalirkan air dll; 2. lubang yg panjang dlm tanah (sbg kubu dll); 3. alir, terusan air, tali air; 4. lubang tempat menggali bijih dll, lombong; 5. alur atau jalur pd kayu dll; 6. ark ranjau darat (laut); manakala longkang pula ialah parit, limbahan. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Lain-lain04.03.2010
Apakah istilahnya dalam bahasa melayu bagi 1) fenomena 'microburst' 2) dan 'grave robber' 3) downdraft (berkenaan udara)Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:

1) fenomena microburst - fenomena mikroletusan
2) grave robber - perompak kubur
3) downdraft - alir bebas bawah
Istilah06.03.2017
Salam sejahtera. 1. Adakah ayat ini betul? Semoga puan akan menjalankan tugas dengan lebih cemerlang lagi di masa akan datang. 2. Saya tidak dapat cari perkataan "menghadang" dan "bola lisut" dalam Kamus Dewan, adakah perkataan ini masih wujud? Terima kasih.1. Semoga puan menjalankan tugas dengan lebih cemerlang lagi pada masa akan datang.

2. Dalam data kami tiada perkataan menghadang tetapi mempunyai perkataan menghalang, iaitu menahan se­suatu supaya tidak dapat bergerak, meng­alir dll: Beting pasir itu ~ air mengalir ke laut. 2 tidak membenarkan seseorang melakukan sesuatu; menahan; me­negah; melarang: Maka hulubalang Melaka itu pun dihalang oleh Bendahara, tiada diberinya melawan. 3 menutupi atau melindungi: Jerebu ~ pemandangan kami.

Perkataan bola lisut masih digunakan selain perkataan sofbal.
Tatabahasa08.10.2013
Mohon pengesahan istilah-istilah berikut di dalam bahasa melayu Bil. Bahasa Inggeris Bahasa Melayu 1. Sediment load 2. Erosion and Sediment Control Plan 3. Mulching 4. Control at source 5. Rapid Disposal 6. Runoff Management 7. Flow 8. Runoff 9. Surface runoff 10. Stormwater management 11. SustainableCadangan terjemahan yang sesuai bagi perkataan tersebut ialah:
1. Sediment load - beban enapan
2. Erosion and Sediment Control Plan - pelan kawalan endapan dan hakisan
3. Mulching - sungkupan
4. Control at source - kawalan sumber
5. Rapid Disposal - pelupusan pantas
6. Runoff Management - pengurusan air larian
7. Flow - alir atau aliran
8. Runoff - larian, melorot 
9. Surface runoff - larian permukaan
10. Stormwater management - pengurusan air hujan
11. Sustainable - mapan
Makna25.10.2020

Kembali ke atas