Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.lir] | الير

Definisi : ; mengalir 1. bergerak berterusan (bkn air, cecair, tenaga elektrik, dll): air sungai ~ ke laut; darah ~ keluar drpd luka di kepala­nya; 2. bergerak perlahan-lahan dan sedikit-sedikit, meleleh (bkn air mata, peluh, dll): air matanya ~ juga dlm suram-suram cahaya; 3. bergerak melalui atau menerusi kawat (bkn arus atau tenaga elektrik); 4. bergerak keluar atau masuk (dr sebuah negara ke negara lain dsb), berpindah banyak-banyak (ke negara atau tempat lain): emas ~ ke luar negeri; mengaliri Id mengalir ke (sesuatu kawasan, daerah, dll): air bendungan itu dapat ~ daerah yg luas; mengalirkan 1. menyebabkan (menjadi­kan) mengalir, menyalurkan (air dll) ke: maksud bendungan ini ialah utk ~ air ke sawah; pertempuran yg ~ darah; 2. menye­babkan bergerak (di air), menghanyutkan: ~ rakit; 3. menyalurkan (cita-cita, kegiatan, dsb), mengarahkan; aliran 1. gerakan mengalir (bkn air, tenaga elektrik, dll): ~ air sungai menuju ke laut; ~ tenaga elektrik; 2. gerakan keluar atau masuk biasanya banyak-banyak (dr sebuah negara ke negara lain dsb): ~ emas ke luar negeri; 3. saluran (spt paip air, dawai elektrik, dll) tempat mengalirnya sesuatu: ~ sungai itu selalu berpindah-pindah; 4. haluan pemikir­an (pendapat), mazhab (politik, pandangan hidup, dll); ~ falsafah moden pandangan (haluan) falsafah moden; ~ komunis pendapat atau pemikiran komunis; ~ zaman pandangan hidup masa tertentu; 5. jalan (cerita dsb): cerita ini kutuliskan secara roman sejarah, tetapi ~nya kusesuaikan dgn kisah pepe­rangan Kedah; 6. arah perkembangan, ke­cen­derungan atau kemungkinan (hala sesuatu perkembangan): ~ puisi tahun enam puluhan; ~ pasaran getah; 7. yg termasuk dlm sesuatu golongan yg khusus atau tertentu (bkn pem­bahagian atau pengelasan pelajar atau pelajar­an dsb), sekolah menengah ~ Melayu; pelajar-pelajar ~ sains; ~ tunai penerimaan dan pem­bayaran wang tunai; beraliran berhaluan pendapat (politik, pan­dangan hidup dll): lunas itu ~ utk mendirikan suatu negara sosialis; pengaliran perihal (perbuatan, usaha dsb) mengalirkan, penyaluran (air, arus elektrik, dll), pemindahan (emas, modal dsb): ~ air ke sawah padi; ~ emas ke luar negeri dilarang oleh kerajaan; pengalir sesuatu yg (digunakan utk) meng­alir­kan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.lir] | الير

Definisi : sj pancing utk menangkap buaya; me­nah­an ~ memasang tali alir; mengalir menangkap buaya dgn tali alir. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.lir] | الير

Definisi : Mn licin (permukaan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.lir] | الير

Definisi : ; mengalir 1 bergerak maju perlahan-lahan (ttg benda-benda cair): Air sungai ~ ke laut. 2 bergerak perlahan-lahan dan sedikit-sedikit (spt air mata dll); meleleh: Peluhnya ~ membasahi bajunya. 3 bergerak melalui atau menerusi kawat (ttg tenaga elektrik). mengalirkan 1 membuat supaya mengalir; menyalurkan sesuatu: Apakah ikhtiar kita hendak ~ air sungai ini ke sawah? 2 menggerakkan (tenaga elektrik) melalui kawat. aliran 1 gerakan sesuatu yg cair; gerakan mengalir. 2 gerakan tenaga elektrik melalui kawat: Kerana sesuatu kerosakan, ~ elektrik telah terputus. 3 ki haluan pendapat (pandangan hidup dll) yg timbul drpd sesuatu faham. pengaliran proses (hal dsb) mengalir atau mengalirkan sesuatu. pengalir benda-benda yg digunakan utk mengalirkan sesuatu: ~ elektrik yg baik ialah besi, perak dan tembaga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata alir


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
flow netjaring alirHidrogeologiTiadaJaring garis sekeupayaan dan garis alir yang menghuraikan aliran dua-dimensi dalam medium berselanjar, yang baginya hukum Darcy terpakai. Dalam medium isotropi garis ini tegak lurus. Ruj.: Am. Soc. Civil Eng. 1958 Sin.: pola alir
stream ciphersifer alirTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerKategori penyulitan yang membenarkan penerima mesej memulakan aktiviti penyahsulitan pada mesej walaupun mesej berkenaan belum lengkap diterima sepenuhnya. Dalam sifer alir, perubahan dari teks sifer ke teks biasa hanyalah bergantung pada aksara semasa, kekunci penyahsulitan, algoritma penyulitan dan maklumat kawalan. Antara kelebihan sifer alir ialah kelajuan penyahsulitan yang tinggi dan kesan rebakan ralat yang rendah. Contoh sifer alir ialah sifer Vernam, sifer Caesar dan sifer Vigenere.
stream functionfungsi aliranHidrologiTiadaFungsi matematik yang dipakai terutamanya dalam aliran dua dimensi (misalnya dalam aliran satah atau aliran bersimetri dengan paksi). Nilainya adalah tetap di sepanjang suatu garis alir (atau bambang-alir) dan pertambahannya (atau kurangnya) merupakan luahan antara dua garis alir (atau bambang aliran) yang berdekatan.
conductalir; kelakuanPerubatanTiadaAlir: Memindahkan gelombang bunyi, cahaya, impuls saraf atau elektrik.
tubing safety valveinjap keselamatan tetiubKejuruteraanPetroleumPeranti yang dipasang di dalam rentetan tetiub untuk menyekat atau mengawal aliran pengeluaran telaga jika kadar alir pengeluarannya melebihi kadar alir yang dikehendaki atau yang telah ditetapkan. Kadang kala digunakan juga untuk mencegah pencemaran lingkungan sekitaran telaga terutama pada telaga di kawasan luar pantai apabila kepala telaga yang digunakan gagal menyekat pencemaran tersebut daripada berlaku. Pencemaran yang umumnya terjadi ialah pencemaran air laut yang diakibatkan oleh tumpahan atau limpahan minyak dari lubang telaga.
geostrophic advectionalir lintang geostrofiSainsHidrometeorologiAlir lintang yang dihasilkan oleh komponen geostrofi angin.
flowmetermeter alirGeologiTiadaAlat yang digunakan untuk mengukur tekanan, kadar alir, dan kadar nyahcas sesuatu cecair, wap, atau gas yang mengalir di dalam suatu paip.
flowmetermeter alirKejuruteraanTiadaAlat yang digunakan untuk mengukur tekanan, kadar alir, dan kadar nyahcas sesuatu cecair, wap, atau gas yang mengalir di dalam suatu paip.
flowmeter loggingrakaman meter alirHidrogeologiTiadaPengukuran, dengan menggunakan meter alir khas, halaju gerakan air yang berubah-ubah dalam sesuatu perigi disebabkan oleh masukkan dan keluaran air. Alat ini serupa dengan meter arus kecil dan mampu mengukur halaju yang rendah. Ruj.: Margat 1973
condition rationisbah keadaanKejuruteraanPetroleumUkuran yang menyatakan darjah kerosakan formasi atau darjah pemulihan formasi. Nilainya sama dengan kadar alir pengeluaran telaga sebenar dibahagi dengan kadar alir pengeluaran telaga unggul yang tidak mengalami pencemaran zon. Kedua-dua kadar alir pengeluaran tersebut diukur pada tekanan susutan yang sama.
12345678910...

Kembali ke atas