Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.li.ran] | اليرن

Definisi : 1. gerakan mengalir (bkn air, tenaga elektrik, dll): ~ air sungai menuju ke laut; ~ tenaga elektrik; 2. gerakan keluar atau masuk biasanya banyak-banyak (dr sebuah negara ke negara lain dsb): ~ emas ke luar negeri; 3. saluran (spt paip air, dawai elektrik, dll) tempat mengalirnya sesuatu: ~ sungai itu selalu berpindah-pindah; 4. haluan pemikir­an (pendapat), mazhab (politik, pandangan hidup, dll); ~ falsafah moden pandangan (haluan) falsafah moden; ~ komunis pendapat atau pemikiran komunis; ~ zaman pandangan hidup masa tertentu; 5. jalan (cerita dsb): cerita ini kutuliskan secara roman sejarah, tetapi ~nya kusesuaikan dgn kisah pepe­rangan Kedah; 6. arah perkembangan, ke­cen­derungan atau kemungkinan (hala sesuatu perkembangan): ~ puisi tahun enam puluhan; ~ pasaran getah; 7. yg termasuk dlm sesuatu golongan yg khusus atau tertentu (bkn pem­bahagian atau pengelasan pelajar atau pelajar­an dsb), sekolah menengah ~ Melayu; pelajar-pelajar ~ sains; ~ tunai penerimaan dan pem­bayaran wang tunai; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.li.ran] | اليرن

Definisi : 1 gerakan sesuatu yg cair; gerakan mengalir. 2 gerakan tenaga elektrik melalui kawat: Kerana sesuatu kerosakan, ~ elektrik telah terputus. 3 ki haluan pendapat (pandangan hidup dll) yg timbul drpd sesuatu faham. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aliran


Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
Copenhagen schoolaliran Glosematikaliran Kopenhagen/ aliran Glosematikaliran Kopenhagen/ aliran GlosematikLinguistik
plug flowaliran pipa, aliran sumbataliran palam/ aliran penyumbataliran palamKejuruteraan
creep flowaliran lamban, aliran merayapaliran rayapaliran rayapKejuruteraan
viscous flowaliran viskos/aliran kentalaliran likataliran likatKejuruteraan
urinary streamaliran urin/aliran kemihaliran kamihaliran kencingPerubatan
traffic flowtata aliranaliran trafik; tata aliranaliran trafikFarmasi
schoolaliranaliranaliranKesusasteraan
Bloomfieldianismaliran Bloomfieldaliran Bloomfieldaliran BloomfieldLinguistik
underflowaliran bawahaliran bawahaliran bawahKejuruteraan
stemflowaliran batangaliran batangaliran batangPerhutanan
12345678910...

Kembali ke atas