Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.li.ran] | اليرن

Definisi : 1. gerakan mengalir (bkn air, tenaga elektrik, dll): ~ air sungai menuju ke laut; ~ tenaga elektrik; 2. gerakan keluar atau masuk biasanya banyak-banyak (dr sebuah negara ke negara lain dsb): ~ emas ke luar negeri; 3. saluran (spt paip air, dawai elektrik, dll) tempat mengalirnya sesuatu: ~ sungai itu selalu berpindah-pindah; 4. haluan pemikir­an (pendapat), mazhab (politik, pandangan hidup, dll); ~ falsafah moden pandangan (haluan) falsafah moden; ~ komunis pendapat atau pemikiran komunis; ~ zaman pandangan hidup masa tertentu; 5. jalan (cerita dsb): cerita ini kutuliskan secara roman sejarah, tetapi ~nya kusesuaikan dgn kisah pepe­rangan Kedah; 6. arah perkembangan, ke­cen­derungan atau kemungkinan (hala sesuatu perkembangan): ~ puisi tahun enam puluhan; ~ pasaran getah; 7. yg termasuk dlm sesuatu golongan yg khusus atau tertentu (bkn pem­bahagian atau pengelasan pelajar atau pelajar­an dsb), sekolah menengah ~ Melayu; pelajar-pelajar ~ sains; ~ tunai penerimaan dan pem­bayaran wang tunai; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.li.ran] | اليرن

Definisi : 1 gerakan sesuatu yg cair; gerakan mengalir. 2 gerakan tenaga elektrik melalui kawat: Kerana sesuatu kerosakan, ~ elektrik telah terputus. 3 ki haluan pendapat (pandangan hidup dll) yg timbul drpd sesuatu faham. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aliran


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ocean currentarus lautan; arus samuderaGeografiTiadaIstilah yang merujuk kepada aliran-aliran air yang lebih laju dalam lautan berbeza dengan aliran-airan lebih perlahan yang digelar hanyutan.
overland flowaliran dataran , aliran daratanGeologiTiadaAliran air di permukaan bumi yang tidak ditangkis oleh tumbuh-tumbuhan dan mengalir sebagai sebuah lembaran nipis tak beralur.
regional trendarah aliran serantau;arah aliran wilayah;arah aliran kawasanGeografiTiadaTiada
sheet flowaliran lembar; aliran bambangGeografiTiadaTiada
channel flowaliran saluran; aliran alurGeologiTiadaGerakan air larian permukaan di sepanjang lekukan seperti palung yang sempit, yang dibatasi tebing atau dinding lembah yang cerunnya mengarah ke alur.
channel flowaliran saluran; aliran alurKejuruteraanTiadaTiada
flow distributiontaburan aliran; agihan aliranFizikTiadaTiada
cross flowaliran silangKejuruteraanTiada1. Aliran yang melintasi suatu aliran yang lain.,2. Enjin yang mempunyai manifold masukan dan ekszos pada sisi blok silinder yang bertentangan, menyebabkan gas mengalir seolah-olah melintasi silinder.
one-dimensional flowaliran satu dimensiKejuruteraanTiadaAliran bendalir yang semua aliran selari ke suatu garis lurus, dan ciri-ciri pengaliran tidak berubah jika mengalir menegak ke garisan.
interflowaliran antaraGeografiTiada1. Bahagian kerpasan yang tidak turun sampai ke muka air tanah tetapi diluahkan ke alur sungai dari kawasan tersebut sebagai aliran bawah permukaan.,2. Aliran air dari zon tepu berkala yang bergerak melalui bahagian atas strata suatu bentukan dengan kadar yang lebih tinggi daripada rembesan aliran dasar biasa.
12345678910...

Kembali ke atas