Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.li.te.ra.si] | اليتراسي

Definisi : (Lin) pengulangan bunyi atau huruf pertama (pd) beberapa perkataan yg berturut­an (dlm sesuatu baris, terutamanya dlm sajak) spt derup derap. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.li.te.ra.si] | اليتراسي

Definisi : pengulangan bunyi yg sama pd bahagian awal kata-kata yg berurutan; bersajak pd bahagian awal bagi kata-kata yg berurutan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aliterasi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah perbezaan asonansi dan aliterasi?

Apakah perbezaan asonansi dan aliterasi ?

asonansi - pengulangan “bunyi vokal” dalam deretan kata seperti “secupak” dan “sesukat”, atau “pokok” dan “tokoh”.

aliterasi - pengulangan “bunyi” atau “huruf pertama” pada beberapa perkataan yang berturutan dalam sesuatu baris, terutamanya dalam sajak seperti “derup” “derap”. 

Carian jawapan boleh dibuat melalui laman web PRPM atau klik pautan FAQ (Soalan Lazim) melalui laman web KNDBP terutamanya untuk soalan yang berulang. Rujukan juga boleh dibuat pada halaman 115, 163, 197-198, 200-201, 228 Ensiklopedia Bahasa Melayu

Lain-lain28.08.2022
Apa perbezaan asonansi dan aliterasi ?

asonansi - pengulangan “bunyi vokal” dalam deretan kata seperti “secupak” dan “sesukat”, atau “pokok” dan “tokoh”.

aliterasi - pengulangan “bunyi” atau “huruf pertama” pada beberapa perkataan yang berturutan dalam sesuatu baris, terutamanya dalam sajak seperti “derup” “derap”. 

Carian jawapan boleh dibuat melalui laman web PRPM atau klik pautan FAQ (Soalan Lazim) melalui laman web KNDBP. Rujukan juga boleh dibuat pada halaman 115, 163, 197-198, 200-201, 228 Ensiklopedia Bahasa Melayu.

Lain-lain19.08.2022
Apakah perbezaan asonansi dan aliterasi ?

asonansi - pengulangan “bunyi vokal” dalam deretan kata seperti “secupak” dan “sesukat”, atau “pokok” dan “tokoh”.

aliterasi - pengulangan “bunyi” atau “huruf pertama” pada beberapa perkataan yang berturutan dalam sesuatu baris, terutamanya dalam sajak seperti “derup” “derap”. 

Carian jawapan boleh dibuat melalui laman web PRPM atau klik pautan FAQ (Soalan Lazim) melalui laman web KNDBP. Rujukan juga boleh dibuat pada halaman 115, 163, 197-198, 200-201, 228 Ensiklopedia Bahasa Melayu.

Lain-lain19.08.2022
apakah yang dimaksudkan dengan aliterasiMaknanya ialah pengulangan bunyi atau huruf pertama (pd) beberapa perkataan yg berturutan (dlm sesuatu baris, terutamanya dlm sajak). Untuk mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna10.12.2008
BERIKAN JENIS GAYA BAHASA SERTA MAKSUDNYA?

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 440, gaya bahasa ialah cara pemakaian bahasa. Gaya bahasa terdiri daripada pelbagai jenis seperti personifikasi,  simile, metafora, aliterasi, hiperbola dan sebagainya yang sering digunakan dalam karya-karya sastera seperti sajak, cerpen, novel dan lain-lain

Personafikasi - memberikan sifat manusia sama ada dari segi perasaan, perwatakan atau tindak-tanduk kepada benda-benda mati, binatang, idea atau hal-hal yang abstrak.  

Simile - unsur yang digunakan untuk menyamakan sesuatu objek atau benda dengan sesuatu benda yang lain. Unsur ini menggunkaan perkataan seperti, umpama, bak , dan laksana untuk menunjukkan perbandingan.

Metafora - perbandingan secara terus tanpa menggunakan kata-kata seperti , bak, umpama dsbnya.  

Alitrasi - pengulangan bunyi konsonan yang sama dalam baris sajak.

hiperbola - sejenis bahasa kiasan untuk menyatakan sesuatu secara berlebih-lebihan daripada maksud yang sebenarnya.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau mana-mana perpustakaan untuk membuat rujukan yang boleh membantu saudari dalam hal ini. Terima kasih

Lain-lain08.01.2009
Saya amat keliru tentang jenis-jenis gaya bahasa. Soalan saya: i. Adakah kata ganda merupakan salah satu daripada gaya bahasa? kerana kebanyakan buku rujukan menyatakan kata ganda merupakan salah satu jenis gaya bahasa. Kalau betul, bagaimana pula dengan kata majmuk, kata nama, kata sendi nama, kata adjektif ? ii. adakah unsur bunyi seperti asonansi dan aliterasi merupakan salah satu daripada gaya bahasa?Kata ganda ialah bentuk kata dan bukan gaya bahasa. Dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga menyatakan bahawa  kata ganda ialah bentuk kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulangi kata dasar sama ada kata tersebut diulang keseluruhannya atau pada bahagian-bahagian tertentu dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan.
Manakala gaya bahasa ialah cara pemakaian bahasa. Gaya bahasa terdiri daripada pelbagai jenis seperti personifikasi,  simile, metafora, aliterasi, hiperbola dan sebagainya yang sering digunakan dalam karya-karya sastera seperti sajak, cerpen, novel dan lain-lain.
Tatabahasa04.07.2015
1)Apa perbezaan antara laras bahasa dan gaya bahasa? 2)Berikan kategorinya dan contohnya sekali.Laras Bahasa ialah variasi bahasa berdasarkan penggunaannya. Laras terdiri daripada pelbagai bidang seperti laras undang-undang, laras sejarah, laras kimia, laras sains, laras agama dan sebagainya. Contohnya ialah : Teknologi terbaharu "X" telah menghasilkan tilam yang sempurna. - Laras iklan- Menurut Kamus Dewan, Gaya bahasa pula ialah cara pemakaian bahasa. Gaya bahasa terdiri dalam pelbagai kategori seperti personifikasi, metafora, simile, aliterasi dan sebagainya. Contoh gaya bahasa ialah - Api pelita meliuk-lintuk apabila dihembus angin. (Gaya bahasa personifikasi)-iaitu sikap manusia (meliuk-lintuk) yang diberikan kepada benda tidak bernyawa. Gaya bahasa sering digunakan dalam karya-karya sastera seperti sajak.Lain-lain03.07.2006
Apa perbezaan penggunaan pemeliharaan dengan pemuliharaan?Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, pemuliharaan bermaksud perihal (proses, usaha, per­buatan, dsb) memulihara (sesuatu): kini usaha sedang dipergiat utk memelihara serta memulihkan kesuburan tanah agar dapat digunakan selama-lamanya, iaitu usaha yg dikenali sbg ~ tanah. Pemeliharaan  pula bermaksud 1. perbuatan memelihara, pembelaan, perawatan: amalkan langkah-langkah asas ~ kulit; 2. pendidikan: anaknya itu diserahkan ke dlm ~ seorang pengasuh; 2. penternakan (binatang): diadakan kawasan khas utk ~ binatang-binatang ternakan; 3. penjagaan (pengolahan, penyelenggaraan) bahasa dll: pd Amir Hamzah ~ aliterasi dan asonansi merupakan corak puisinya; 5. pe­nyelamatan (drpd bencana, rosak, dll): ~ tanah.Ejaan29.10.2014
Apakah perbezaan antara "pemuliharaan" dan "pemeliharaan"?Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, pemuliharaan bermaksud perihal (proses, usaha, per­buatan, dsb) memulihara (sesuatu): kini usaha sedang dipergiat utk memelihara serta memulihkan kesuburan tanah agar dapat digunakan selama-lamanya, iaitu usaha yg dikenali sbg ~ tanah. Pemeliharaan  pula bermaksud 1. perbuatan memelihara, pembelaan, perawatan: amalkan langkah-langkah asas ~ kulit; 2. pendidikan: anaknya itu diserahkan ke dlm ~ seorang pengasuh; 2. penternakan (binatang): diadakan kawasan khas utk ~ binatang-binatang ternakan; 3. penjagaan (pengolahan, penyelenggaraan) bahasa dll: pd Amir Hamzah ~ aliterasi dan asonansi merupakan corak puisinya; 5. pe­nyelamatan (drpd bencana, rosak, dll): ~ tanah.Istilah23.12.2010

Kembali ke atas