Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[al.ka.li] | الکالي

Definisi : (Kim) bahan yg meneutralkan asid utk membentuk garam dan boleh menukarkan kertas litmus merah menjadi biru; beralkali berkaitan dgn, mempunyai sifat, atau mengandungi alkali: larutan ~; garam ~; mengalkalikan menjadikan atau menye­bab­kan beralkali; kealkalian darjah sesuatu larutan akueus itu bersifat alkali; pengalkalian perihal (proses atau per­buatan) mengalkalikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[al.ka.li] | الکالي

Definisi : ist sebatian (spt ammonia, soda) yg apabila bertindak balas dgn asid membentuk garam; sebatian dlm bentuk larutan yg dpt meneutralkan asid. beralkali terdapat alkali di dlmnya atau mempunyai sifat-sifat spt alkali. mengalkalikan mencampurkan alkali pd sesuatu; menjadikan sesuatu berbentuk alkali. kealkalian keadaan beralkali (kerana banyak ion hidroksida di dlmnya. pengalkalian proses, perbuatan dsb mengalkalikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata alkali


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ALKALI

Alkali, dalam kimia, merujuk kepada enam unsur

kimia yang dikenali sebagai logam alkali: litium,

natrium, kalium, rubidium, sesium, dan fransium.

UMUM 
AMMONIA

Ammonia (formula kimia NH3 ) ialah gas alkali

yang tidak berwarna yang terdiri daripada satu

bahagian nitrogen dan tiga bahagian hidrogen. Ia

lebih ringan daripada udara, dan mempunyai bau

yang sengit. Ammonia boleh disedut jika ia

dicairkan dalam udara, tetapi gas ammonia pekat

boleh menyebabkan kelemasan dan kematian.

Ammonia tidak terbakar dalam udara, tetapi ia

terbakar dalam oksigen dengan nyala yang lemah

berwarna kuning.

UMUM 
NATRIUM

Natrium ialah unsur kimia dengan simbol Na. Ia

adalah logam berwarna putih keperakan yang

mempunyai banyak kegunaan penting. Ia adalah

logam yang lembut dan mudah dibentuk atau

dipotong dengan pisau. Natrium tergolong dalam

kumpulan unsur kimia yang dikenali sebagai logam

alkali .

UMUM 
MOND, LUDWIG

Mond, Ludwig (1839–1909) ialah ahli kimia

British kelahiran Jerman, yang membantu

menubuhkan syarikat kimia yang kini dikenali

sebagai Imperial Chemical Industry (ICI).

Penemuan Mond banyak membawa kemajuan

dalam perindustrian kimia. Proses kimia yang

direkanya termasuk mendapatkan sulfur daripada

bahan buangan alkali; proses untuk membuat

klorin; pengeluaran gas pengeluar untuk

pemanasan; dan ekstrasi nikel daripada bijih

tertentu. Dia juga mereka bateri gas. Mond lahir

di Kassel. Dia menerima pendidikan di universiti

di Marburg dan Heidelberg dan dilatih oleh

Robert Bunsen. Dia menetap di Britain pada tahun

1862. Lihat juga Industri kimia.

UMUM 
MINYAK TUNG

Minyak tung ialah minyak yang didapati daripada

isirung biji tung. Pokok tung pada asalnya tumbuh

di Asia Timur, terutamanya di China. Minyak tung

juga dikenali sebagai minyak China-wood, minyak

Japanese-wood , atau sebagai minyak wood sahaja.

Minyak tung adalah satu daripada agen pengering

yang paling berkuasa. Minyak ini tahan terhadap

asid, alkali dan alkohol.

UMUM 
PH

pH ialah nombor yang digunakan oleh ahli sains

untuk menunjukkan kepekatan ion hidrogen

dalam larutan. Umumnya pH berbeza-beza dari 0

hingga 14. Pada 5 o C, pH kurang daripada 7

menunjukkan bahawa larutan adalah asid,

manakala pH lebih daripada 7 menunjukkan

bahawa larutan adalah bes (alkali). Larutan

neutral, seperti air tulen, bukan asid atau bukan

bes, mempunyai pH 7. Darah manusia mempunyai

pH kira-kira 7.4. Huruf pH adalah bagi keupayaan

hidrogen (potential of hidrogen).

UMUM 
ASID

Asid ialah sebarang kumpulan sebatian kimia yang

mempunyai sifat-sifat tertentu yang sama. Larutan

asid berasa masam dan menghasilkan rasa pedih

jika terkena pada kulit. Asid melarutkan banyak

logam dan menukar warna kertas litmus biru

kepada merah. Sebatian kimia yang dinamakan bes

atau alkali meneutralkan asid.

UMUM 
TITANIUM

Titanium ialah unsur kimia dengan simbol Ti : Ia

adalah logam yang ringan, berwarna kelabu perak.

Nombor atomnya ialah 22, dan berat atomnya ialah

47.88. Ketumpatan titanium adalah antara ketumpatan

aluminium dengan keluli tahan karat. Ia melebur

pada 1667 ° C ( _ 10 ° C) dan mendidih pada 3287 ° C.

Titanium tahan terhadap kakisan atau karat air laut

atau udara laut dan juga sebaik platinum dan lebih

baik daripada keluli tahan karat. Banyak asid dan

alkali yang mengakis tidak menjejaskan titanium.

UMUM 
NEODIMIUM

Neodimium ialah unsur kimia yang mempunyai

simbol Nd. Ia adalah logam yang tergolong dalam

kumpulan nadir bumi. Nombor atomnya ialah 60.

Berat atomnya ialah 144.24. C. F. Auer von

Welsbach dari Austria menemui unsur ini pada

tahun 1885. Dia mengasingkan unsur yang dikenali

sebagai didimium kepada neodimium dan

praseodimium. Neodimium melebur pada 1021 o C,

dan mendidih pada 3074 o C. Ia mempunyai

ketumpatan 7.003 gram per sentimeter padu pada

25 o C. Logam ini boleh disediakan melalui

elektrolisis garam halidanya, atau melalui

penurunan garam ini oleh logam bumi alkali ini

dengan menggunakan haba. Industri seramik

menggunakan garam neodimium untuk

mewarnakan kaca dan dalam serlis. Logam ini

wujud dalam logam misch , iaitu aloi yang

mempunyai banyak kegunaan, dan dalam laser Nd-

YAG yang penting.

UMUM 

Kembali ke atas