Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[al.ka.na] | الکان

Definisi : (Kim) kumpulan sebatian hidrokarbon alifatik yg atom-atom karbonnya mempu­nyai ikatan tunggal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[al.ka.na] | الکان

Definisi : ist kumpulan sebatian hidrokarbon alifatik tepu yg atom-atom karbonnya mempunyai ikatan tunggal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata alkana


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya, pencarian istilah DBP menterjemahkan "asphalt" kepada "asfalt". Bukankah terdapat istilah "turap" yang kebiasaannya digunakan? (cth: jalan berturap). Apakah perbezaan antara kedua-duanya? Saya juga ingin bertanya, yang mana lebih tepat: 1) mahkamah telah menetapkan bagi perbicaraan tersebut DIDENGAR esok; atau 2) mahkamah telah menetapkan bagi perbicaraan tersebut DIDENGARI esok. Terima kasih.Waalaikumussalam...

Menurut Istilah MABBIM daripada data kami maksud asphalt dari bidang geologi ialah asfalt. Maksud asfalt ialah dari bidang fizik dan geografi ialah:
1. bahan berbitumen yang berbentuk separuh pepejal, berlekit, berwarna hitam, dan terdiri daripada campuran alkana, hidrokarbon aromatik, dan sebatian hidrokarbon yang lebih kompleks.
2. Bahan perintang asid dalam cetak guris. 

Ayat yang betul ialah mahkamah telah menetapkan bagi perbicaraan tersebut didengari esok.

Sekian terima kasih.
Istilah22.01.2018

Kembali ke atas