Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[al.ka.na] | الکان

Definisi : (Kim) kumpulan sebatian hidrokarbon alifatik yg atom-atom karbonnya mempu­nyai ikatan tunggal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[al.ka.na] | الکان

Definisi : ist kumpulan sebatian hidrokarbon alifatik tepu yg atom-atom karbonnya mempunyai ikatan tunggal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata alkana


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
alkanealkanaKimiaTiadaKumpulan sebatian hidrokarbon alifatik tepu, iaitu atom-atom karbonnya mempunyai ikatan tunggal sahaja dan berformula am CnH2n=2. Sebatian ini larut di dalam pelarut organik seperti kloroform dan benzena. Pada suhu bilik, empat ahli pertama, iaitu metana, etana, propana dan butana berbentuk gas, sebelas ahli yang seterusnya (C5 hingga C15) berbentuk cecair, manakala yang selebihnya pula berbentuk pepejal berlilin. Alkana kurang reaktif tetapi dapat bertindak balas dengan klorin atau bromin dengan adanya cahaya. Alkana terdapat semula jadi sebagai juzuk petroleum. Lazimnya, alkana disediakan secara penghidrogenan alkena atau dengan menindakkan iodoalkana (alkil iodisa) dengan natrium di dalam larutan eter. Sebatian jenis ini digunakan sebagai bahan api dan bahan pemula bagi penyediaan bahan kimia lain. nama umumnya ialah parafin.
photocatalysispemfotomangkinanKimiaTiadaProses mempercepat sesuatu tindak balas dengan menggunakan cahaya sebagai mangkin. Misalnya, pengklorinan alkana: cahaya RH + C12 RC1 + HC1 dengan RH ialah alkana.
alkanealkanaKimiaTiadaKumpulan sebatian hidrokarbon alifatik tepu iaitu atom-atom karbonnya mempunyai ikatan tunggal sahaja dan berformula am CnH2n=2. Nama biasanya ialah parafin. Sebatian ini larut dalam pelarut organik seperti kloroform dan benzena.
chloro alkanealkana kloroKimiaTiadaTiada
hexadecaneheksadekanaGeologiTiadaAlkana yang terdapat dalam petroleum, formula C10H34.
butanebutanaPerubatanTiadaAlkana tidak berwarna yang mudah terbakar, formula C4H10.
hexadecaneheksadekanaKimiaTiadaAlkana yang terdapat dalam petroleum, formula C10H34.
butanebutanaKimiaTiadaAlkana tidak berwarna yang mudah terbakar, formula C4H10.
octaneoktanaKimiaTiadaAlkana, formula CH3(CH2)6CH3, takat beku -56.79°C, takat didih 125.6°C, berbentuk cecair yang tidak berwarna, larut di dalam alkohol dan aseton, tetapi tidak larut di dalam air, dan mudah terbakar. Sebatian ini terdapat dalam petroleum dan digunakan dalam sintesis organik, dan sebagai pelarut.
pentanepentanaKimiaTiadaAlkana alifatik, formula CH3(CH2)3CH3, takat beku ‒129.7°C, takat didih 36.1°C, cecair, tidak berwarna, baunya sedap, mudah terbakar, larut di dalam alkohol dan kebanyakan pelarut organik, tetapi tidak larut di dalam air. Pentana diperoleh daripada penyulingan berperingkat petroleum. Sebatian ini digunakan dalam pembuatan termometer suhu rendah, racun perosak dan sebagai pelarut.
12345

Kembali ke atas