Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[al.ki.sah] | القصه

Definisi : kata yg digunakan ketika memulakan sesuatu cerita atau riwayat dan bermakna, kisahnya, ceritanya; ® kisah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[al.ki.sah] | القصه

Definisi : ceritanya (digunakan utk memulakan hikayat); riwayat: ~ maka ceritanya ialah .... (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata alkisah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, kata-kata pembuka cerita seperti syahadan, sebermula dan alkisah boleh digunakan dalam karangan zaman ini tak? Tuan sila lihat ayat-ayat yang telah saya bina, tengok betul tak ayat saya: 1. Alkisah terdapat seorang pemabuk yang terlanggar oleh kereta semalam. 2. Syahadan dia ditangkap oleh guru disiplin oleh memakai (menggunakan) telefon bimbit di sekolah. 3. Sebermula orang itu pun segera memalu (memukul) meja maka (lalu) meninggalkan bilik mesyuarat itu. Saya difahamkan oleh Kamus Dewan bahawa kata-kata seperti alkisah, sebermula dan syahadan digunakan di pangkal atau permulaan ayat untuk memulakan cerita. Jadi bolehkah perkataan-perkataan tersebut digunakan dalam ayat yang telah saya bina?Perkataan syahadan, sebermula dan alkisah digunakan di pangkal atau permulaan ayat untuk memulakan cerita. Oleh itu, contoh ayat yang tuan berikan di atas adalah betul penggunaannya. Biasanya, perkataan tersebut digunakan dalam penulisan buku sastera.Sastera07.12.2014
kenapa bentuk sastera klasik selalunya mempunyai intro yang yang sama.... seperti contoh ayat... sebermula alkisah diceretarakan oleh orang tua dahulu kala...Ciri-ciri permulaan atau intro seperti yang saudara maksud  merupakan ciri-ciri istimewa karya Melayu klasik. Ciri-ciri itu menandakan sesebuah karya itu adalah karya klasik. Namun begitu, jika ada karya-karya baharu atau moden yang meminjam ciri-ciri tersebut, ia hanya sebagai satu gaya sahaja.Lain-lain21.08.2008
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Antara tiga perkataan berikut yang manakah yang betul: Al-Azhar al-Syarif atau al-Azhar asy-Syarif atau al-Azhar as-Syarif? Boleh jelaskan sebab?

Perkataan bahasa Arab seperti al-, an-, as- dieja dengan huruf kecil dan diletakkan tanda sempang sekiranya diikuti dengan huruf besar selepasnya seperti al-Quran dan as-Siddiq. Sekiranya diikuti dengan kata nama am, perkataan bahasa Arab tersebut dieja bersambung tanpa tanda sempang seperti alkisah dan alhasil. Walau bagaimanapun, perkataan bahasa Arab tersebut dieja dengan huruf besar sekiranya berada pada awal ayat.

Merujuk pertanyaan saudara berkaitan dengan penggunaan awalan al-, asy- atau as-, DBP tidak dapat mengesahkan penggunaan perkataan Arab yang betul, kecuali saudara dapat memberikan ejaan dalam bahasa Arab bagi awalan tersebut.

Tatabahasa24.03.2024
Apakah ejaan yang betul bagi perkataan al-Attas atau alAttas? Begitu juga dengan al-Arabiah atau alArabiah? Ini kerana ada sesetengah dieja rapat dan ada sesetengahnya diletakkan tanda sengkang. Begitu juga dengan nama Syed Muhammad Alsagoff. Adakah Alsagoff atau alSagoff atau al-Sagoff atau Al-Sagoff? Adakah penggunaan 'al' itu harus diletakkan tanda sengkang selepasnya atau tidak dan bagaimana pula dengan huruf 'A' adakah 'al' atau 'Al'?Perkataan Arab "al-" yang diterima sebagai kata nama khas dieja dengan tenda sempang dan diikuti dengan huruf besar selepasnya, seperti al-Quran dan al-Attas, manakala kata nama am seperti alkisah dan alhasil dieja bersambung.Ejaan28.08.2012

Kembali ke atas