Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[al.ko.hol] | الکوهول

Definisi : 1. cecair yg mudah terbakar dan juga memabukkan (terdapat dlm minuman keras dll); 2. minuman keras; beralkohol mengandungi alkohol: jangan minum minuman ~ atau bergas; elakkan merawat luka dan calar dgn larutan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[al.ko.hol] | الکوهول

Definisi : 1 ist cecair tidak berwarna dan mudah terbakar yg diperoleh drpd peraman gula (digunakan sbg pelarut dlm perusahaan ubat-ubatan dll). 2 minuman keras (yg terdapat alkohol 1 di dlmnya). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata alkohol


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah istilah bau yg sesuai untuk bau alkoholIstilah yang sesuai bagi bau alkohol ialah tengik. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, 1) tengik - i. bau atau rasa yg tidak sedap (bau minyak kelapa yg sudah lama disimpan dll), pering; ii. ki berbau busuk.Istilah27.10.2006
Apakah terjemahan untuk liquor dan spirit? Apakah perbezaan antara keduanya?Dalam pangkalan data DBP, terdapat beberapa padanan bahasa Melayu untuk "liquor", iaitu likuor, arak, minuman keras dan cecair. Padanan bahasa Melayu untuk "spirit" ialah spirit.  Dalam bidang Farmasi, maksud yang diberikan untuk "spirit" ialah larutan alkohol  atau hidroalkohol suatu bahan mudah meruap. Contohnya, spirit kamfor dan spirit ammonia aromatik. Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, spirit bermaksud cairan yang mengandungi alkohol yang mudah menyejat atau terbakar. Dalam bidang Biologi, maksud likuor ialah 1. Cecair yang digunakan atau yang dihasilkan daripada beberapa proses. 2. Minuman alkohol yang diminum sedikit selepas makan. Oleh itu, padanan bahasa Melayunya bergantung pada konsep dan konteks penggunaan.Istilah08.06.2016
Terjemahan untuk "alcohol withdraw"Padanan bahasa Melayu bagi istilah alcohol withdrawal ialah sarak alkohol. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah30.04.2023
Apakah perkataan "metabolised" dalam ayat di bawah ini yang dipadankan dengan "dimetabolasi" betul dari aspek tatabahasa. Melalui semakan kami di prpm, tiada perkataan "metabolised" tetapi terdapat perkataan "metabolise/metabolize" iaitu memetabolismekan. 388.(2) For the purposes of this regulation, the term “carbohydrate” includes alcohol, glycerol, sorbitol or sugar alcohol, and any carbohydrate substance that is capable of being metabolised. 388.(2) Bagi maksud peraturan ini, terma “karbohidrat” termasuklah alkohol, giserol, sorbitol atau gula alkohol, dan apa-apa bahan karbohidrat yang boleh dimetabolasi.Tuan boleh membetulkan ayat tersebut seperti di bawah:
Bagi maksud peraturan ini, terma “karbohidrat” termasuklah alkohol, giserol, sorbitol atau gula alkohol, dan apa-apa bahan karbohidrat yang menggunakan kaedah metabolisme.
Tatabahasa18.07.2021
Assalamualaikum wb.t, Saya ingin mendapatkan maklumat berkenaan terjemahan bagi perkataan Cider. Sekarang perkataan dalam Bahasa Inggeris adalah Clear Cider carbonated drink.Menurut istilah bahasa Melayu, maksud cider daripada bidang makanan dan pemakanan bermaksud sider iaitu jus perahan epal yang dijadikan minuman atau digunakan dalam pembuatan cuka. Di Britain, sider selalunya mengandungi alkohol manakala di Amerika Syarikat, sider selalunya tidak mengandungi alkohol. Sider keras ialah sider yang mengandungi alkohol.Makna30.12.2019
Assalamualaikum. Perkataan berarak, dimabil daripada perkataan arak ke? Boleh kah sy tahu asal usul pengambilan perkataan berarak?Salam sejahtera,

Tuan,
Berdasarkan Kamus Dewan, arak merujuk kepada dua maksud iaitu, pertama sejenis minuman yang mengandungi alkohol dan memabukkan. Maksud kedua merujuk kepada berarak iaitu berjalan beramai-ramai atau beriring-iring.

Pihak kami tidak mempunyai maklumat berkaitan asal-usul terbinanya sesebuah perkataan. Pihak tuan boleh merujuk kepada universiti atau membuat kajian sendiri atau boleh menghubungi Bahagian Penyelidikan Bahasa DBP untuk maklumat lanjut.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa15.02.2019

Kembali ke atas