Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[al.ku.na] | الکونا

Definisi : (Kim) kumpulan sebatian hidrokarbon alifatik yg mempunyai ikatan ganda tiga antara atom-atom karbonnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[al.ku.na] | الکونا

Definisi : ist kumpulan sebatian hidrokarbon alifatik tak tepu yg atom-atomnya mempunyai ikatan ganda tiga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata alkuna


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
alkynealkunaKimiaTiadaKumpulan sebatian hidrokarbon alifatik tak tepu, iaitu atom-atom karbonnya mempunyai ikatan ganda tiga, dan mempunyai formula am CnH2n-2. Alkuna wujud semula jadi sebagai juzuk petroleum. Sebatian ini tidak larut di dalam air tetapi larut di dalam pelarut organik. Pada suhu bilik, tiga ahli pertama kumpulan alkuna, iaitu etuna, propuna dan butuna berbentuk gas; pentuna dan heksuna berbentuk cecair; manakala ahli yang lebih tinggi daripada heksuna berbentuk pepejal berlilin. Alkuna lebih reaktif daripada alkana dan alkena. Sebatian ini lazimnya disediakan secara pemecahan alkana atau secara tindakan larutan beralkohol panas kalium hidroksida terhadap dibromoalkana. Alkuna digunakan sebagai bahan api dan bahan pemula dalam penyediaan bahan kimia lain. kumpulan ini juga dikenali sebagai hidrokarbon asetilena.
alkynealkunaKimiaTiadaHidrokarbon tak tepu yang mengandungi ikatan ganda tiga di antara atom-atom karbon di dalam molekulnya.
alkynealkunaFarmasiTiadaSebatian yang mempunyai ikatan ganda tiga antara atom-atom karbon di dalam strukturnya.
halo alkynehalo alkunaKimiaTiadaSebatian organik yang mempunyai ikatan ganda tiga di antara karbon dengan karbon, dan mengandung atom halogen terikat kepada mana-mana karbon.
acetyleneasetilenaKimiaTatanama KimiaAhli pertama dalam siri alkuna alifatik, berbentuk gas yang tidak berwarna, takat didih -84°C, larut sedikit dalam air, dan larut dalam aseton dan alkohol.
heptyneheptunaKimiaTiadaSebilangan sebatian organik dalam siri homolog alkuna yang mempunyai formula am C7H12.
ethineetunaKimiaTiadaSebatian yang paling ringkas dalam siri hidrokarbon alkuna, formula C2H2, takat lebur -81.8oC, takat didih -84oC, berbentuk gas yang tidak berwarna.
ethyneetunaKimiaTiadaSebatian yang paling ringkas dalam siri hidrokarbon alkuna, formula HC=CH, takat lebur –81.8oC, takat didih –84oC, berbentuk gas, tidak berwarna, mudah terbakar, bau ciriannya seperti eter, larut di dalam alkohol, aseton dan larut sedikit di dalam air. Sebatian ini diperoleh daripada tindak balas air dengan kalsium karbida atau melalui pemecahan hidrokarbon petroleum dengan stim. Etuna digunakan untuk membuat vinil, klorida, vinilidena klorida, vinil asetat, dan digunakan sebagai gas nyala pengimpalan. Nama umumnya ialah asetilena.
hydrationpenghidratanKimiaTiada1. Penggabungan molekul air dengan sesuatu bahan. 2. Tindak balas penambahan air kepada alkena untuk menghasilkan alkohol, atau kepada alkuna untuk menghasilkan keton.
aliphatic hydrocarbonhidrokarbon alifatikKimiaTiadaSebatian hidrokarbon yang atom karbonya tersusun dalam bentuk rantai lurus atau rantai bercabang. hidrokarbon alifatik terbahagi kepada kumpulan alkana, alkena, dan alkuna.
12

Kembali ke atas