Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Ar Tuhan (Yang Esa); ~ Azzawajalla Allah Yang Maha Agung; ~ Subha­nahuwataala Allah Yang Maha Suci dan Maha Tinggi; kerana ~ a) oleh kehendak Allah; b) dgn percuma (utk mendapat pahala sahaja); dibuat kerana ~ menjadi murka ~ prb dilakukan dgn maksud baik, disangka orang kurang baik (menjadi tidak baik). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : Tuhan Yang Maha Esa, Yang bersifat dgn sifat-sifat Yang Maha Sempurna dan Yang mencipta alam ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata allah

Puisi
 

Ya Allah Alaikum Rahman,
     Terang seperti air di taman;
Jikalau tiada ditetapkan iman,
     Tuanlah juak kubuat teman.


Lihat selanjutnya...(51)
Peribahasa

Neraca palingan Allah,
     mata palingan setan.

Bermaksud :

Pendirian orang mudah berubah atau selalu berubah-ubah. (Biasa juga: Teraju palingan tali, manusia palingan Tuhan).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bagaimana menulis sifat Allah. Adakah Allah yang Maha Pengasih atau Allah yang maha pengasih?Allah yang Maha Pengasih. Maha Pengasih satu daripada Asma'ul-husna (Nama Allah).Ejaan23.09.2011
Yang mana betul: Allah SWT atau Allah S.W.T atau Allah swt atau Allah s.w.t. Terima kasihEjaan yang betul ialah Allah SWT (tanpa tanda titik).Ejaan11.01.2012
Benarkah cara menulis kata ganti diri bagi Tuhan adalah begini, kepada-Mu, pada-Nya, insya-Allah, masya-Allah dan sebagainya? Adakah salah jika tidak diletakkan sempang?Ejaan yang betul ialah kepada-Mu, pada-Nya, insya-Allah dan masya-Allah. Salah dari aspek ejaan jika tidak meletak tanda sempang.Ejaan29.10.2011
Mana satukah yang betul? - ya Allah - Ya AllahEjaan yang betul ialah "ya Allah".Ejaan10.12.2015
Yang mana paling tepat: 1. Percaya kepada Allah 2. Percaya pada AllahPercaya kepada Allah.Tatabahasa01.04.2013
Salam sejahtera. Soalan: Allah (sendiri/Sendiri?), (perkasa/Perkasa?), (mulia/Mulia?) Terima kasihJawapannya ialah:

i. Allah Yang Berdiri Sendiri (merujuk kepada satu daripada 99 nama Allah, al-Qayyum)

ii. Allah Yang Maha Perkasa (merujuk kepada satu daripada 99 nama Allah, iaitu al-Jabbar)

iii. Allah Yang Maha Mulia (merujuk kepada satu daripada 99 nama Allah, al-Karim, iaitu Yang Maha Mulia dan Sedia Memberi)


Ejaan21.09.2013
Cikgu, huruf i dalam perkataan insya-Allah perlu ditulis secara huruf besar atau huruf kecil? Jadi insya-Allah atau Insya-Allah? Atau kedua-duanya pun sama boleh diterima?insya-Allah.Ejaan27.05.2014
Allah swt atau Allah SWT ? Nabi Muhammad saw atau Nabi Muhammad SAW ?Ejaan yang betul ialah Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW.Ejaan06.02.2010
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Untuk penggunaan perkataan 'Rasul', 'rasul' atau 'Rasul'? Contoh: Allah dan Rasul... atau Allah dan rasul? Sekian, terima kasih.Waalaikumsalam. Penulisan yang betul ialah Allah SWT dan Rasulullah SAW atau Allah dan Rasul.Ejaan09.12.2014
apakah ejaan terkini bagi perkataan insya-Allah/ in sya Allah? mohon semakan tqEjaan yang betul insya-AllahEjaan04.05.2016
12345678910...

Kembali ke atas