Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Ar Tuhan (Yang Esa); ~ Azzawajalla Allah Yang Maha Agung; ~ Subha­nahuwataala Allah Yang Maha Suci dan Maha Tinggi; kerana ~ a) oleh kehendak Allah; b) dgn percuma (utk mendapat pahala sahaja); dibuat kerana ~ menjadi murka ~ prb dilakukan dgn maksud baik, disangka orang kurang baik (menjadi tidak baik). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : Tuhan Yang Maha Esa, Yang bersifat dgn sifat-sifat Yang Maha Sempurna dan Yang mencipta alam ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata allah

Puisi
 

Ya Allah Alaikum Rahman,
     Terang seperti air di taman;
Jikalau tiada ditetapkan iman,
     Tuanlah juak kubuat teman.


Lihat selanjutnya...(51)
Peribahasa

Neraca palingan Allah,
     mata palingan setan.

Bermaksud :

Pendirian orang mudah berubah atau selalu berubah-ubah. (Biasa juga: Teraju palingan tali, manusia palingan Tuhan).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ASMA ALLAH AL-HUSNA

Asma Allah al-Husna ialah nama-nama bagi zat

Allah S.W.T. yang disebut dalam al-Qur’an dan juga

dalam hadith Nabi Muhammad s.a.w. Firman Allah

yang bermaksud:

Allah S.W.T. mempunyai nama-nama yang baik”.

UMUM 
NABI DAUD A.S.

Nabi Daud a.s. ialah salah seorang daripada Nabi

Allah yang diutuskan kepada manusia. Baginda

adalah anak kepada Yahudha ibn Ya‘kub ibn Ishak

ibn Ibrahim Khalil al-Rahman alaihissalam. Allah

SWT telah menurunkan kepadanya kitab Zabur

yang mengandungi pengajaran, teladan, kata-kata

hikmah dan zikir-zikir yang memuji Allah. Allah juga

telah mengurniakannya ilmu pengetahuan dan

kepetahan berucap di samping kedudukan sebagai

seorang nabi dan raja. Nabi Daud a.s. mempunyai

suara yang sangat lunak dan merdu hinggakan

apabila membaca kitab Zabur, burung-burung yang

terbang akan berhenti dan hinggap di dahan pokok

sambil berkicau mendengar bacaannya. Burung-

burung itu juga akan turut bertasbih apabila Nabi

Allah Daud bertasbih. Begitu juga dengan gunung-

ganang. Ia akan mengiringi Nabi Daud a.s. berzikir

pada waktu pagi dan petang. Nabi Daud a.s. banyak

melakukan amal ibadat pada waktu malam,

berpuasa pada waktu siang dan banyak

menghabiskan masanya dengan beribadat di masjid.

Allah SWT memberikan keistimewaan dan

mukjizat kepadanya iaitu gunung-ganang turut

mengiringinya bertasbih pada waktu pagi dan

petang. Burung-burung akan berkicau

mengiringinya apabila Nabi Daud a.s. membaca

kitab Zabur. Nabi Allah Daud dapat memahami

bahasa pertuturan burung. Bahkan turut mampu

melembutkan besi dan melenturnya dengan tangan

seolah-olah membuat adunan tepung. Selain

daripada itu, Nabi Allah Daud juga pakar dalam

membuat perisai perang.

UMUM 
MUQTADIY BI AMRI ALLAH, AL-

Muqtadiy bi Amri Allah, al- (448 H.–487 H./

1056 M.–1094 M.), khalifah kerajaan Bani

Abbasiyyah. Nama penuhnya ialah Abdullah ibn

Muhammad al-Qa’im bi Amri Allah ibn al-

Muqtadir. Dia lahir dan dibesarkan di Baghdad.

Datuknya, al-Qa’im bi Amri Allah menjanjikan

jawatan khalifah kepadanya dan dia bergelar al-

Muqtadiy. Al-Muqtadiy bi Amri Allah dilantik

sebagai khalifah selepas kematian datuknya pada

tahun 467 H./1074 M. ketika berumur 18 tahun. Dia

berusaha memulihkan keadaan kota Baghdad

dengan mengeluarkan perintah agar dihapuskan

penyanyi serta perosak negara, melarang

pengurungan burung, melarang pembuangan air

mandi ke Sungai Dajlah dan menggalakkan

rakyatnya menggali telaga untuk mendapatkan air.

Dia juga melarang percampuran bebas antara

lelaki dengan perempuan dalam mempamerkan

kecantikan. Al-Muqtadiy bi Amri Allah juga

meminati sastera dan syair. Zaman

pemerintahannya aman dan makmur. Dia

meninggal dunia secara mengejut di Baghdad.

UMUM 
ALLAH

Allah, Tuhan (Ilah) yang Maha Esa, pencipta (Khaliq) dan pentadbir (Rabb) alam semesta. Dalam hubungan ini, terdapat 2 doktrin dalam mengimani kewujudan Allah SWT iaitu pengesaan dalam bentuk ketuhanan (tauhid uluhiyyah) iaitu mengimani bahawa Allah SWT ialah pencipta alam ini.

AGAMAKonsep
NABI YAHYA A.S.

Nabi Yahya a.s. ialah salah seorang nabi utusan

Allah dan juga anak Nabi Zakaria a.s. Baginda

daripada keturunan Nabi Allah Sulayman a.s., anak

Nabi Allah Daud a.s. Keturunan ini berasal daripada

puak Yahuza ibn Ya‘kub iaitu salah satu puak

daripada kalangan Bani Israel. Nabi Yahya a.s. lahir

tiga bulan lebih awal sebelum kelahiran Nabi Isa a.s.

Nabi Yahya a.s. turut menemani Nabi Isa a.s. dalam

mengembangkan dakwah.

UMUM 
JALA' AL-QULUB BI DHIKR ALLAH

JALA’ AL-QULUB BI DHIKR ALLAH, kitab tasawuf.  Kitab ini dikarang oleh Haji Abdul Samad bin Muhammad Salih yang dikenal Tuan Tabal.  Kitab yang berbentuk risalah ini selesai dikarang pada tahun 1287H./1870 M. Di Kelantan.  Kitab ini pernah dicetak di al-Matbaah al-Asasiah, Kota Baharu, Kelantan (edisi kedua 1354H.), berukuran 21cm x 14 cm setebal 26 halaman.

SASTERAKarya
NABI DAN RASUL

Nabi dan rasul ialah orang lelaki daripada

kalangan manusia yang dipilih oleh Allah SWT

dan diturunkan wahyu kepada mereka. Perbezaan

antara nabi dan rasul ialah: Allah SWT

membangkitkan para nabi dengan membawa

syariat baru atau syariat lama, dan menyuruh

mereka beramal dengannya untuk menjadi ikutan

kepada orang lain. Contohnya, banyak nabi di

kalangan Bani Israel, tetapi mereka tidak

diperintahkan berdakwah kepada seluruh manusia,

kerana setiap nabi itu diutuskan kepada kaumnya

sahaja. Manakala para rasul pula dipilih oleh Allah

SWT dan diwahyukan syariat kepada mereka serta

disuruh menyampaikannya kepada seluruh

manusia. Allah SWT menurunkan kitab kepada

Nabi Muhammad SAW., iaitu al-Qur’an. Manakala

Nabi Isa a.s. telah berdakwah untuk beberapa

ketika dengan menyeru kepada ajaran Taurat,

kemudian Allah SWT menurunkan kepadanya

kitab Injil, lalu dia pun menyeru kepada ajaran Injil.

Dengan keterangan di atas, nyatalah bahawa

gelaran rasul lebih umum daripada gelaran nabi,

kerana rasul juga adalah nabi sedangkan nabi

mungkin tidak menjadi rasul.

UMUM 
SYAHADAHlafaz kalimah umat islam-pengakuan tiada tuhan selain Allah dan nabi Muhammad pesuruh AllahAGAMAKonsep
NABI HARUN A.S.

Nabi Harun a.s. ialah salah seorang dari kalangan

nabi-nabi yang diutuskan oleh Allah SWT. Harun

a.s. merupakan saudara kepada Nabi Musa a.s. Allah

SWT mengutuskan baginda sebagai rasul bersama

Nabi Musa a.s. untuk menolongnya berdakwah.

Allah SWT memperkenankan doa Nabi Musa a.s.

untuk menjadikan Harun sebagai pembantu dalam

menyampaikan dakwah. Firman Allah SWT yang

bermaksud: Supaya mereka faham perkataan Ia.

Dan jadikanlah bagiku, seorang penyokong dari

keluargaku. Iaitu Harun, saudaraku. Kuatkanlah

dengan sokongannya, pendirianku. Dan jadikanlah

dia turut campur bertanggungjawab dalam

urusanku”.

UMUM 
MANUSIA

Manusia ialah sebaik-baik dan semulia-mulia

makhluk Allah di muka bumi antara semua

kejadian-Nya. Allah mencipta manusia dan

menjadikan kejadiannya sama dan seimbang.

Manusia didatangkan dalam bentuk yang elok

dan seragam serta dikurniakan dengan akal dan

pertuturan yang dapat membezakannya daripada

makhluk yang lain.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas