Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Ar Tuhan (Yang Esa); ~ Azzawajalla Allah Yang Maha Agung; ~ Subha­nahuwataala Allah Yang Maha Suci dan Maha Tinggi; kerana ~ a) oleh kehendak Allah; b) dgn percuma (utk mendapat pahala sahaja); dibuat kerana ~ menjadi murka ~ prb dilakukan dgn maksud baik, disangka orang kurang baik (menjadi tidak baik). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : Tuhan Yang Maha Esa, Yang bersifat dgn sifat-sifat Yang Maha Sempurna dan Yang mencipta alam ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata allah

Puisi
 

Ya Allah Alaikum Rahman,
     Terang seperti air di taman;
Jikalau tiada ditetapkan iman,
     Tuanlah juak kubuat teman.


Lihat selanjutnya...(51)
Peribahasa

Neraca palingan Allah,
     mata palingan setan.

Bermaksud :

Pendirian orang mudah berubah atau selalu berubah-ubah. (Biasa juga: Teraju palingan tali, manusia palingan Tuhan).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Pantun

PantunSumberTema
Allah disembah raja ditaati, Orang yang tua dimuliakan; Harta dijaga nama dihormati, Barang amanah diutamakan.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Ya Allah ya Tuhan kami, Nabi Muhammad penghulu kami; Kitab Quran iman kami, Kaabatullahlah kiblat kami.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Ya Allah malikul rahman, Anakku ini berilah beriman; Amal ibadah minta kuatkan, Syaitan iblis minta jauhkan.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Ya Allah Tuhan Yang Esa, Dikenak patuk ular yang bisa; Jika diturut hatiku suka, Jika tak luka badan binasa.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ya Allah Alaikum Rahman, Terang seperti air di taman; Jikalau tiada ditetapkan iman, Tuanlah juak kubuat teman.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ya Allah alaihi Rabbi, Terang seperti air perigi; Jikalau diturut hati begini, Tuanlah juak rela kumati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Taat umat kepada Allah, Hidup selalu menjaga amal; Kuat adat mulia maruah, Hidup bermalu sempurna akal.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Taat umat kepada Allah, Tentulah ingat hidup kan mati; Kuat adat mulia maruah, Di situlah tempat kita berdiri.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Taat umat kepada Allah, Loba dan tamak ia jauhkan; Kuat adat mulia maruah, Di mana tegak ia teladan.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Taat umat kepada Allah, Kerja maksiat ia haramkan; Kuat adat mulia maruah, Petuah nasihat ia fahamkan.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
12345678910...

Kembali ke atas