Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Ar Tuhan (Yang Esa); ~ Azzawajalla Allah Yang Maha Agung; ~ Subha­nahuwataala Allah Yang Maha Suci dan Maha Tinggi; kerana ~ a) oleh kehendak Allah; b) dgn percuma (utk mendapat pahala sahaja); dibuat kerana ~ menjadi murka ~ prb dilakukan dgn maksud baik, disangka orang kurang baik (menjadi tidak baik). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : Tuhan Yang Maha Esa, Yang bersifat dgn sifat-sifat Yang Maha Sempurna dan Yang mencipta alam ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata allah

Puisi
 

Ya Allah Alaikum Rahman,
     Terang seperti air di taman;
Jikalau tiada ditetapkan iman,
     Tuanlah juak kubuat teman.


Lihat selanjutnya...(51)
Peribahasa

Neraca palingan Allah,
     mata palingan setan.

Bermaksud :

Pendirian orang mudah berubah atau selalu berubah-ubah. (Biasa juga: Teraju palingan tali, manusia palingan Tuhan).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaYa Allah Tuhan Yang Esa, Dikenak patuk ular yang bisa; Jika diturut hatiku suka, Jika tak luka badan binasa.
Kurik Kundi Merah SagaYa Allah Alaikum Rahman, Terang seperti air di taman; Jikalau tiada ditetapkan iman, Tuanlah juak kubuat teman.
Kurik Kundi Merah SagaYa Allah alaihi Rabbi, Terang seperti air perigi; Jikalau diturut hati begini, Tuanlah juak rela kumati.
Kurik Kundi Merah SagaOrang berzikir bawa tawakal, Jawablah dengan Allah ya Rabbi; Habis berfikir dengan akal, Tuan juga masih di hati.
Kurik Kundi Merah SagaSayang galah hujungnya tirus, Hendak mengait sarang merpati; Demi Allah sumpah putus, Sudah berjanji wajib tepati.
Kurik Kundi Merah SagaOrang Deli balik ke Deli, Bawa duit beribu dinar; Allah di langit menjadi saksi, Saya berdiri tempat yang benar.
Kurik Kundi Merah SagaMalam ini malam Arbaª, Malam besok malam Khamis; Kepada Allah minta doa, Di hari akhirat tidak menangis.
Kurik Kundi Merah SagaBelahnya belum bunyinya malam, Bunyi di darat rumah penghulu; Allah belum menjadikan alam, Barang bersurat dari dahulu.
Kurik Kundi Merah SagaBelah buluh bersegi-segi, Buat mari serampang ikan; Kuasa Allah berbagai-bagai, Lebih laut dari daratan.
Kurik Kundi Merah SagaAmbil galah kupaskan jantung, Orang Arab bergoreng kicap; Kepada Allah tempat bergantung, Kepada nabi tempat mengucap.
123456

Kembali ke atas