Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Ar Tuhan (Yang Esa); ~ Azzawajalla Allah Yang Maha Agung; ~ Subha­nahuwataala Allah Yang Maha Suci dan Maha Tinggi; kerana ~ a) oleh kehendak Allah; b) dgn percuma (utk mendapat pahala sahaja); dibuat kerana ~ menjadi murka ~ prb dilakukan dgn maksud baik, disangka orang kurang baik (menjadi tidak baik). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : Tuhan Yang Maha Esa, Yang bersifat dgn sifat-sifat Yang Maha Sempurna dan Yang mencipta alam ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata allah

Puisi
 

Ya Allah Alaikum Rahman,
     Terang seperti air di taman;
Jikalau tiada ditetapkan iman,
     Tuanlah juak kubuat teman.


Lihat selanjutnya...(51)
Peribahasa

Neraca palingan Allah,
     mata palingan setan.

Bermaksud :

Pendirian orang mudah berubah atau selalu berubah-ubah. (Biasa juga: Teraju palingan tali, manusia palingan Tuhan).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Dibuat kerana Allah, menjadi murka Allah.Dilakukan dengan maksud baik, tetapi diterima orang dengan curiga.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Neraca palingan Allah, mata palingan setan.Pendirian orang mudah berubah atau selalu berubah-ubah. (Biasa juga: Teraju palingan tali, manusia palingan Tuhan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bukan mati kerana Allah, melainkan kerana olah.Mendapat kecelakaan kerana banyak tingkah atau akalnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sudah makan bismillah.Melakukan pekerjaan dengan tidak menurut aturan. bismillah = mulai dengan nama Allah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Neraca palingan bungkal, hati palingan Tuhan.Pendirian orang mudah berubah atau selalu berubah-ubah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Neraca palingan Allah, mata palingan setan, b. Teraju palingan angin, hati palingan Tuhan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Teraju palingan angin, hati palingan Tuhan.Pendirian orang mudah berubah atau selalu berubah-ubah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Neraca palingan Allah, mata palingan setan, b. Neraca palingan bungkal, hati palingan Tuhan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Habis hulubalang bersiak.Apabila sudah tidak ada orang yang akan diperintah, maka diri sendirilah yang harus mengerjakannya. siak = orang yang hidup miskin kerana Allah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas