Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Ar Tuhan (Yang Esa); ~ Azzawajalla Allah Yang Maha Agung; ~ Subha­nahuwataala Allah Yang Maha Suci dan Maha Tinggi; kerana ~ a) oleh kehendak Allah; b) dgn percuma (utk mendapat pahala sahaja); dibuat kerana ~ menjadi murka ~ prb dilakukan dgn maksud baik, disangka orang kurang baik (menjadi tidak baik). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : Tuhan Yang Maha Esa, Yang bersifat dgn sifat-sifat Yang Maha Sempurna dan Yang mencipta alam ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata allah

Puisi
 

Ya Allah Alaikum Rahman,
     Terang seperti air di taman;
Jikalau tiada ditetapkan iman,
     Tuanlah juak kubuat teman.


Lihat selanjutnya...(51)
Peribahasa

Neraca palingan Allah,
     mata palingan setan.

Bermaksud :

Pendirian orang mudah berubah atau selalu berubah-ubah. (Biasa juga: Teraju palingan tali, manusia palingan Tuhan).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
الملاعنpeli‘anAgama IslamFiqhSuami isteri yang bersumpah dengan nama Allah agar Allah melaknat dirinya jika ia berbohong menuduh isterinya berzina.
حق اللّهhak AllahAgama IslamFiqhHak yang sememangnya telah ditentukan oleh Allah s.w.t. seperti hukuman hudud.
حق العبدhak hambaAgama IslamFiqhSeseorang hamba Allah berhak mendapat ganjaran (pahala) setelah menunaikan segala perintah Allah dengan sempurna.
invocationscru pujaKesusasteraanPuisiPermintaan, permohonan dan seruan khususnya kepada Allah subhanahu wa taala dengan tujuan mendapatkan taufik dan hidayah serta perlindungan daripada-Nya supaya dijauhi daripada sebarang mara bahaya. Penggunaan seru puja ini dapat dilihat pada doa di bawah. "Pendinding" Allah kan payungku! Nabi Muhammad mimbarku! Raja Jibrail di kananku! Israfil di kiriku! Rasul Allah di hadapanku! Turun malaikat yang bcrempat! Terkunci terkancing pintu bahayaku!
‘awarid samawiyyahhalangan ditetapkan AllahPerniagaan IslamTiadaKeadaan individu yang tidak sengaja dilakukan sehingga menyebabkan hilang atau terjejas kemampuan untuk berurus niaga. Contohnya, gila, dungu, pengsan atau sakit tenat.
ProphetRasulSejarahTiadaPesuruh Allah yang diutuskan untuk menjadi khalifah di bumi membimbing umat manusia ke jalan yang benar.
idtirarterpaksaPerniagaan IslamTiadaKeadaan yang menyebabkan individu mukalaf terpaksa mendapatkan perlindungan dengan melakukan perkara yang dilarang oleh syarak. Keterpaksaan berkaitan hak Allah s.w.t. adalah tidak berdosa, manakala yang berkaitan manusia akan menyebabkan wujudnya tanggungan sivil. Contohnya, individu yang merosakkan harta benda pihak lain kerana terpaksa demi memelihara keselamatan diri, walaupun tidak berdosa terhadap Allah tetapi harus bertanggungjawab membayar ganti rugi tersebut.
عبادةibadaṯAgama IslamFiqhPengabdian diri kepada Allah.
zikirzikirKesusasteraanTiadaSejenis puisi bagi memuji Allah.
القسمbersumpahAgama IslamFiqhBersumpah dengan menggunakan nama Allah.
1234

Kembali ke atas