Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata allium


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Chinese chives (Allium odorum)kucai (Allium odorum)PertanianTiadaTiada
apogamyapogamiBiologiEkologiPembiakan tanpa penyatuan gamet, biasanya tanpa meiosis. Apogami juga merangkumi pembiakan tampang. Contoh tumbuhan yang mengalami pembiakan jenis ini ialah manggis, Garcinia mangostana, dan bawang, Allium sp. Sinonim apomiksis.
bulbbebawangHerbaBotani dan BioteknologiBatang yang memendek dan mempunyai daun yang tersusun rapat, menebal dan berisi di pangkalnya. Bebawang biasanya berbentuk kon dan di bawahnya terdapat akar serabut. Di celah susunan daun terdapat tunas yang dikenali sebagai bulbil. Contohnya, bawang merah (Allium cepa) dan tembaga suasa atau bakong (Crinum asiaticum).
KecubungDatura metelPertanianTiadaSejenis renek daripada famili Solanaceae. Daunnya jenis ringkas berbentuk ovat dan tepinya sinuat. Pokok ini ditanam sebagai tumbuhan hiasan. Bunganya berbentuk corong dan berwarna putih. Buah bentuk bulat berduri dan mengandungi banyak biji. Daunnya digunakan secara luaran untuk sengal-sengal tulang, sakit sendi, terseliuh dan sakit telinga. Daun dan bunganya dibuat pupuk bersama bawang merah (Allium cepa) dan halia (Zingiber officinale) untuk mengubati sengal tulang. Hirisan daun dihisap seperti rokok untuk mengubati lelah dan resdung. Daun yang dilayur ditampal pada bahagian bawah abdomen untuk melegakan sembelit. Buahnya sangat beracun serta mempunyai kesan narkotik dan anestetik (bius) yang boleh menyebabkan khayal dan menghilangkan rasa sakit gigi.
Datura metelkecubungHerbaBotani dan BioteknologiPokok renek daripada famili Solanaceae. Daunnya jenis ringkas berbentuk ovat dan tepinya sinuat. Pokok ini ditanam sebagai tumbuhan hiasan. Bunganya berbentuk corong dan berwarna putih. Buahnya berbentuk bulat berduri dan mengandungi banyak biji. Daunnya digunakan secara luaran untuk merawat sengal tulang, sakit sendi, terseliuh dan sakit telinga. Daun dan bunganya dibuat pupuk bersama bawang merah (Allium cepa) dan halia (Zingiber officinale) untuk mengubati sengal tulang. Hirisan daun dihisap seperti rokok untuk mengubati lelah dan resdung. Daun yang dilayur ditampal pada bahagian bawah abdomen untuk melegakan sembelit. Buahnya sangat beracun serta mempunyai kesan narkotik dan anestetik yang boleh menyebabkan khayal, dan boleh menghilangkan sakit gigi.

Kembali ke atas