Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Ar kata ganti diri yg digunakan sebelum nama orang lelaki Islam, biasanya digunakan pd raja dan kerabatnya yg telah mangkat atau meninggal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : yg diberi rahmat (digunakan ketika menyebut nama orang Islam yg telah meninggal): ~ Sultan Sulaiman. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : Allahyarham. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata almarhum


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SULTAN ISMAIL PETRA

Sultan Ismail Petra (1949– ) ialah Sultan

Kelantan yang ke-28. Baginda merupakan putera

tunggal Sultan Yahya Petra ibni Almarhum Sultan

Ibrahim. Berikutan kemangkatan ayahandanya pada

29 Mac, 1979, di Istana Negara, Kuala Lumpur,

baginda telah ditabalkan sebagai Sultan Kelantan

yang ke-12 pada 30 Mac 1980 di Istana Bali, Kota

Bharu.

UMUM 
YAMTUAN ANTAHYAMTUAN ANTAH (  ?  -1887), Yamtuan Negeri Sembilan (1876-1887).  Nama penuh baginda ialah Tunku Laksamana Antah ibn Almarhum Raja Radin. Baginda pernah memakai gelaran Alwatak birabbi-ghapur Yamtuan Tunku Antah Seri Menanti ibn Almarhum Yamtuan Raja Radin @ Almalikulmanan al-Sultan Tunku Antah ibn Almarhum Raja Radin. Baginda ialah putera Yamtuan Radin dan cucu kepada Raja Lenggang (raja yang terakhir dijemput dari Minangkabau untuk dirajakan di Negeri Sembilan).SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
RENCANA MELAYU

RENCANA MELAYU, buku tatabahasa Melayu karya Raja Haji Muhammad Tahir ibni Almarhum Mursyid, dari Riau. Buku ini siap diltulis pada 24 April 1915 (1 Jamadilakhir 1333 H.). Buku ini hanya dicetak dan diterbitkan  pada 12 Mei 1928 (20 Zulkaedah 1346 H.) oleh Maktabah Wa-Matbaah al-Ahmadiah, Singapura. Buku ini mengandungi 35 halaman dan menggunakan tulisan Jawi.

BAHASAKarya
SULTAN AHMAD SHAH

SULTAN AHMAD SHAH (1930 -    ), Sultan Pahang yang kelima (1974 -   ).  Gelaran penuh baginda ialah Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Muadzam Shah.  Baginda diputerakan pada 24 Oktober 1930 di Istana Mangga Tunggal, Pekan, Pahang.  Ayahanda baginda ialah Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Muadzam Shah.  Bonda baginda ialah Raja Hajah Fatimah Ibni Almarhum Sultan Iskandar Shah.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
ADAT PERTABALAN SULTAN PERAK

ADAT PERTABALAN SULTAN PERAK, upacara menabalkan Sultan Perak yang baharu untuk menggantikan sultan yang mangkat. Upacara dimulai dengan istiadat mengangkat sumpah di hadapan jenazah almarhum sultan sebelum jenazah dimakamkan. Walau bagaimanapun, istiadat pertabalan yang lain boleh dan biasanya diadakan beberapa bulan atau setahun kemudiannya.

           

BUDAYAKonsep
DARUL ARQAM

DARUL ARQAM, pertubuhan dakwah Islam. Ia ditubuhkan oleh Ustaz Asaari Muhammad pada tahun 1968. Sebelum Darul Arqam ditubuhkan, Ustaz Asaari, yang berguru dengan almarhum Syekh Mahmood Bukhari, memimpin kegiatan usrah di Datuk Keramat, Kuala Lumpur. Dia memperkenalkan konsep ‘ikhwan’ (persaudaraan Islam) di kalangan para pengikutnya. Dia telah membina sebuah perkampungan Islam di Sungai Pencala, Kuala Lumpur di samping menjadi pusat kegiatan dakwah yang dipimpinnya sendiri sebagai Syekhul Arqam. Darul Arqam tidak berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966.

        

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
RAJA HAJI

RAJA HAJI (1730-an-1784), Yang Dipertuan Muda Riau yang keempat (1777-1784). Raja Haji juga dikenal sebagai Engku Kelana, Pangeran Suta Wijaya dan Almarhum Mangkat di Teluk Ketapang. Raja Haji adalah anak Daeng Celak, Yang Dipertuan Muda Riau yang Kedua.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
ISTANA MAIMOON

ISTANA MAIMOON, istana milik Sultan Mahmud al-Rashid Perkasa Alam Syah (Sultan Deli), terletak di jalan Brigadir Jeneral Katamso, Medan, Sumatera Utara. Istana yang didirikan pada tahun 1869 diberi nama Maimoon sempena nama almarhum isterinya, Maimunah.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBangunan/Kota
SYED HAMZAH JAMALULLAIL

SYED HAMZAH JAMALULLAIL (1895-1958), Raja Perlis yang kelima (1943-1945). Baginda ialah putera ketiga almarhum Syed Saffi Jamalullail (1897-1905). Baginda memerintah negeri Perlis pada masa pendudukan Jepun. Baginda dilantik sebagai Raja Perlis pada 2 Februari 1943, selepas kemangkatan Raja Syed Alwi Jamalullail (1905-1945). Syed Hamzah Jamalullail diiktiraf sebagai waris takhta kerajaan negeri Perlis oleh pihak berkuasa tentera Jepun. Syed Mahmud Jamalullail kakanda baginda, dan putera Syed Mahmud yang bernama Syed Hassan Jamalullail telah meninggal dunia sebelum kemangkatan Raja Syed Alwi Jamalullail.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SULTAN ABDUL AZIZ AL-MU'TASIM BILLAH SYAH

SULTAN ABDUL AZIZ AL-MU’TASIM BILLAH SYAH (1887 – 1948), Sultan Perak yang ke-31 (1938 – 1948).  Baginda diputerakan pada 14 November 1887 di Kampung Bandar,  Teluk Intan, Perak.  Nama sebenar baginda ialah Raja Abdul Aziz Ibni Almarhum Raja Muda.  Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Inggeris Teluk Intan dan Central School Taiping.  Kemudian baginda belajar di Malay College Kuala Kangsar (MCKK).

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
12

Kembali ke atas