Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata alomorf


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
makna alomorf

Pewujudan morfem disebut alomorf atau varian morfem. Dalam perkataan lain alomorf itu tidak lain dari morfem dalam penggunaannya yang sebenar. Sesuatu morfem itu sekurang-kurangnya mempunyai satu alomorf. Tidak ada morfem yang tidak mempunyai alomorf.

Makna25.05.2010
Mengapakah alomorf meny- dan menge- tidak tergolong sebagai bentuk awalan meN- dalam Tatabahasa Dewan? Dalam Nahu Melayu Mutakhir pula menyenaraikan 6 alomorf termasuk menge- dan meny-.Khidmat Nasihat Bahasa tidak mempunyai maklumat tentang mengapakah alomorf meny- dan menge- tidak tergolong sebagai bentuk awalan meN- dalam Tatabahasa Dewan. Hal ini perlu dirujuk kepada penyusun Tatabahasa Dewan terlebih dahulu. Apabila merujuk buku Tatabahasa Dewan alomorf meny- wujud di bawah alomorf me-, iaitu bagi kata dasar yang bermula dengan huruf s. Manakala alomorf menge- wujud di bawah alomorf meng-, iaitu bagi perkataan yang mempunyai eka suku kata. Berkemungkinana dalam hal ini penyusun buku Tatabahasa Dewan tidak sependapat dengan penulis buku Nahu Mutakhir.Tatabahasa14.10.2012
apakah yang dimaksudkan dengan alomorf?

Pewujudan morfem disebut alomorf atau varian morfem. Dalam perkataan lain alomorf itu tidak lain dari morfem dalam penggunaannya yang sebenar. Sesuatu morfem itu sekurang-kurangnya mempunyai satu alomorf. Tidak ada morfem yang tidak mempunyai alomorf.

Tatabahasa11.07.2011
Makna alormof dalam morfem.Pewujudan morfem disebut alomorf atau varian morfem. Dalam perkataan lain alomorf itu tidak lain dari morfem dalam penggunaannya yang sebenar. Sesuatu morfem itu sekurang-kurangnya mempunyai satu alomorf. Tidak ada morfem yang tidak mempunyai alomorf.Makna03.11.2007
Mengapakah alomorf meny- dan menge- tidak tergolong sebagai bentuk awalan meN- dalam Tatabahasa Dewan? Dalam Nahu Melayu Mutakhir pula menyenaraikan 6 alomorf termasuk menge- dan meny-.Khidmat Nasihat Bahasa tidak mempunyai maklumat tentang mengapakah alomorf meny- dan menge- tidak tergolong sebagai bentuk awalan meN- dalam Tatabahasa Dewan. Hal ini perlu dirujuk kepada penyusun Tatabahasa Dewan terlebih dahulu. Setelah memperoleh jawapan daripada panel Tatabahasa Dewan, maklumat tersebut akan di-e-mel kepada tuan.Tatabahasa22.09.2012
Dalam Tatabahasa Dewan oleh Karim et al. (2011)awalan meN-mempunyai 4 alomorf, iaitu:me-, men-, mem-, dan meng-. Dalam Nahu Melayu Mutakhir oleh Asmah Hj. Omar dan Morfologi oleh Abdullah Hasan, awalan meN- mengandungi 6 alomorf, iaitu: me-, men-, mem-, meng-, meny- dan menge-. Mengapakah alomorf meny-, dan menge- tidak tergolong sebagai bentuk awalan meN- dalam Tatabahasa Dewan? Di manakah kedua-dua alomorf itu dimasukkan?Khidmat Nasihat Bahasa tidak mempunyai maklumat tentang awalan meN- mempunyai 4 alomorf sahaja, iaitu me-, men-,mem-, dan meng- kenapa meny-, dan menge- tidak tergolong sebagai bentuk awalan meN- dalam Tatabahasa Dewan. Hal ini perlu dirujuk terus kepada penyusun buku Tatabahasa Dewan. Untuk makluman puan, menye- ada di bawah me-, iaitu apabila kata dasar yang bermula dengan huruf s menerima awalan me- seperti susun apabila menerima awalan me- mengalami perubahan huruf pertama dalam kata dasar (s kepada ny) menjadi menyusun. Menge- pula wujud di bawah meng- bagi kata dasar yang terdiri daripada satu suku kata seperti had apabila menerima awalan meng- menjadi mengehadkan. Tatabahasa20.10.2012
msud alomorf cth-bgi imbhan meN-..kan?

Soalan saudara kurang jelas, sila gunakan bahasa Melayu dengan ejaan yang betul.

Lain-lain24.06.2011
Dalam Tatabahasa Dewan, awalan meN- mempunyai 4 alomorf me-, men-,mem-, dan meng-. Mengapa meny-, dan menge- tidak tergolong sebagai bentuk awalan meN- dalam Tatabahasa Dewan? Dimanakah kedua-dua alomorf itu dimasukkan?Khidmat Nasihat Bahasa tidak mempunyai maklumat tentang awalan meN- mempunyai 4 alomorf sahaja, iaitu me-, men-,mem-, dan meng-. Mengapa meny-, dan menge- tidak tergolong sebagai bentuk awalan meN- dalam Tatabahasa Dewan. Hal ini perlu dirujuk terus kepada penyusun buku Tatabahasa Dewan. Walau bagaimanpun menye- ada di bawah me-, iaitu apabila kata dasar yang bermula dengan huruf s menerima awalan meN-. Menge- wujud di bawah meng- bagi kata dasar yang terdiri daripada satu suku kata.Tatabahasa19.10.2012
Berikan contoh imbuhan morfem dan alomorf.Contoh imbuhan morfem ialah "meng-" dalam perkataan "mengajar", "ber-" dalam "bersekolah" , "-an" dalam "lautan" dan sebagainya. Manakala imbuhan alomorf pula me-N, peN- dll.Tatabahasa16.03.2015
Apa maksud penggunaan huruf-huruf besar seperti N dan R pada perkataan yang berimbuhan..me N-, mempe R- , dipe R-.

Penggunaan huruf besar seperti N dan R pada perkataan yang berimbuhan meN-, mempeR- dan dipeR- dipanggil alomorf.   Pewujudan morfem disebut alomorf atau varian morfem. Dalam perkataan lain alomorf itu tidak lain dari morfem dalam penggunaannya yang sebenar. Sesuatu morfem itu sekurang-kurangnya mempunyai satu alomorf. Tidak ada morfem yang tidak mempunyai alomorf. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Nahu Melayu Mutakhir, penulis Asmah Haji Omar. 

Tatabahasa04.07.2010
12

Kembali ke atas